Pages

Wednesday, July 19, 2017

Sawan OZEKI

Assalamualaikum..

Masuk je kerja lepas Raya haritu terus I ajak Kaklong and Dyba makan dekat Ozeki. Teringin nak makan. Kekadang I memang akan masuk fasa ‘Sawan Ozeki’. Makan dua tiga kali pon tak puas-puas. Ni dah takde dah…. Tunggu la 5 6 bulan lagi pulak I tingin. Saja jer la belanja dorang sebab dorang berkelakuan baik (tetiba). Intan takde, sebab dia cuti 2 minggu nak exam lepas tu nanges bila dia dapat tau dia punya carry mark sikit and Lecturer dia cakap dia ponteng kelas. Ketar-ketar suara citer kat kitorang. Hahahaha. Sian Intan. Dia memang seorang pelajar yang gigih. Tu I suruh sambung Master, lepas tu ambik la PhD alang-alang kan? Biar takde life sampai ke tua. Intan ni dia memang memacam projek tapi I respect la pada kegigihan dia. Nak exam bertapa dekat Library sampai sebulan. Kata dia, classmate dia yang tak belajar beria yang dapat high mark. Dia yang beria ni dapat markah sikit. I tanya Intan, tak cuba ke try Lecturer dia kot dapat markah tepi, kata Intan dia dah cuba tapi failed. Hahahahahahah. Eh, tercerita bab Intan pulak. Padahal tadi nak cerita pasal makan dekat Ozeki. Rezeki Kaklong la makan dekat sini sebelum dia admitted. Now dia kena jaga diet. No raw foods termasuklah buah and sayur. Asal namanya raw semua dia tak boleh makan. Lepas sebulan tengok balik result darah dia macam mana. Kalau ok, Alhamdulillah. Kalau tak, kena la buar further treatment. Ni harap dia tak meleleh la ailio tengok gambar throwback ni. Iyan iyer akit. I pon dah make promise to myself, sepanjang sebulan Kaklong tak boleh makan Japanese foods ni, I pon taknak makan jugak. Saja bagi support pada Kaklong. Tak sampai hati bila tengok my closest one kena pantang makan sebab kita memang jenis enjoy makan kan? 


New Style Sashimi ni first time la Dyba makan. Diam je dia masa makan. Kata Dyba ‘Sedapnyaaaa Kaksu’. Haaa baru kau tau. Dapat la makan sorang 5 helai sebab 5 jenis ikan. Hahaha. RM78.00 ok? Sapa yang suka makan Sashimi WAJIB try ni.



Ni first time I try. Tak berapa berapa berahi. Kaki Fried nama dia. Kaki tu Oyster. Harga RM25.00 sahaja Tuan Puan sekalian.


Nak close up Kaki Fried tapi nampak Chicken Teppan pulak. Hahaha.


Selagi tak puas. I ordered this. Sama dengan Kaklong. Chicken Teppan kuah banjir. RM28.00


Ni patut takyah order, tapi biasa la T A M A K. Last-last makan kulit dia jer. Agedashi Tofu. RM15.00


Dyba memang suka Salmon. So dia makan Salmon Teriyaki Set. RM26.00


Al-Dyba Dbuh. Semalam dia punya pasal lotion masuk dalam lubang hidung I. Berani dia?


Tak sangka kita adik beradik. Mana ada yang sama kan? Hidung, mata, mulut semua lain. Get well soon Kaklong.

Dekat Ozeki ni makanan dia takdelah semuanya mahal tapi I perasan Sashimi dia yang mahal. Yang masakan panas (apa ko ingat ni kedai mamak?) semua harga ok je. RM20-RM30.00 dah dapat bento. Minum la green tea baru RM2.50 segelas. Yang makan kalini total masuk tax is RM239.00. Mahal jugak eh? Ni semua New Style Sashimi punya pasal. Tapi biarlah bayar mahal janji makan puas hati. New Style Sashimi tu I rasa 4 pinggan pon I boleh makan. Sedap la dia punya sos tu. I pon taktau dia letak apa. Yang penting memang tak dapat la rasa sedap macam ni. To be frank, New Style Sashimi dekat Ozeki is the best Sashimi yang I pernah makan dalam dunia ni. Serious sedap. So Kaklong, amacam? Ko nak makan tak? Aku belanja 8 pinggan. Hahahahahah. Gurau kasar ni nama dia.

Ozeki Toyo Cuisine
G.07, Ground Floor, mera TA One
22, Jalan P Ramlee
50250 Kuala Lumpur
03-21664263

-eNd-

1 comment:

  1. thankyou kaksu belanja mkn kat Ozeki terlampau sedap gile nak bapushhh..semoga murah rezeki kaksu...iloveyouthankyou ^.^

    ReplyDelete