Pages

Wednesday, July 19, 2017

Selamat Hari Raya 2017 - Part II

Assalamualaikum..

Tak abes lagi cerita pasal Raya ke? Raya kan sebulan? Weekend ni last kopek la untuk pergi memana open house. I ada dapat a few invitation, kita tengok mana yang melekat. Macam last week, tak dapat pergi mana sebab Kaklong tak sihat and Mak pon ada dekat sini. Raya ni sebenarnya seronoknya kalau boleh hias rumah cecantik, ada langsir baru and ada bekas kuih raya atas meja. Lepas tu terima tetamu and masak sendiri. Lagi best kalau dapur besar and boleh buat cooking show (tak abes-abes berangan hahahaha). Dulu masa zaman umur belas-belas asal raya Mak cabut kusyen, lepas tu pasang langsir, hias rumah dengan bunga, buat spring cleaning cuci tingkat semua, best sangat rasa. 2 3 hari menjelang raya is my favorite time la. Lain sangat feel dia. Cuaca biasa cantik je, ada bau asap orang bakar lemang tak pon bakar sampai. Sebok memasing buat kerja. Yang takde kerja pon sebok kehulu-kehilir (I ler). Nanti kalau pergi Bandar Pusat, orang ramai lepas tu rasa macam best sangat suasana hari raya sebab kereta banyak, kedai pasang lagu raya kuat-kuat. Malam raya kita isi kuih dalam jar, lepas tu tingkap pon boleh bukak. Tengok orang main bunga api semua. Raya yang best, memang la dekat kampung dengan family. I hope nanti, Mak umur panjang so that Shein dapat feel suasana beraya dekat kampung waktu dia umur belas-belas sama macam I J InsyaAllah. Raya tahun ni, I sempat beraya dengan a few kawan-kawan sekolah. Jumpa pon setahun sekali je pun… Seronok jugak. Kawan-kawan sekolah I takde yang close pon. Memang andau-andau jumpa setahun sekali je. Other than that, takde. Tapi selagi ada umur, InsyaAllah kumpul time raya ni kita kekalkan. 



Ni bukan kawan sekolah, tapi kawan office. Sapa tak kenal Intan. Now dia dah abes exam. Nak tunggu result je. Ada ke tak #intancelebration kali ni eh? Hahaha. Intan datang beraya dengan I Raya Ke-6 dekat rumah MIL bawak Nordin (Bukan nama sebenar). Jumaat tu Intan kerja lagi, so lepas office dia singgah datang. Dah 5 kali datang pon taktau2 kat mana rumah Mak Sazli. Geram jer!



Ehem-ehem. Siapa tu Intan? I ada buat Burito’s time ni, so jamu la Intan dengan Burito’s. Intan memula mintak pizza, I suruh dia makan dulu. Tak kenyang baru order pizza. Intan ni kalau dengan Pizza memang berhantu.


Raya Ke-4 I beraya dengan kawan-kawan sekolah. Raya Ke-2 dorang ada buat Gathering, tapi clash dengan BBQ I dekat rumah so tak dapat la join. Masa Raya-4 Nik Rafisah buat makan-makan kat rumah dia, so kitorang pergi la. Tak ramai pon yang ada. Beberapa kerat je. Gambar pulak tak berapa nak ok so taknaklah share. Hehe. Dari rumah Nik, kitorang ke rumah Azdi. Azdi baru sampai dari Kelantan time tu, kata dia tengah malam balik KL sebab esoknya nak kena kerja T____T. I ni naseb baik takde masalah nak cuti raya and masalah kena kerja time raya. Kalau tak, mesti sedih.


Dengan Nik otw nak ke rumah Azdi


Azdi yang ada janggut tu. Sebelah dia kawan sekolah tapi I lupa nama sebab tak sekelas. Boleh? Hahahaha. Ni masa beraya dekat rumah Azdi. Dulu masa sekolah Di selalu cakap macam ni time Trawikh. ‘Salallah… Salamun alaik… Lepas makan, boleh balik…’. Lagi satu, ‘Now you see it, now you do. Makan nasik, lauk budu’. Hek ko! Hahahaha.


Ni family jiran sebelah rumah. Anak/Cucu anak Arwah Cik Asfari.


Now dorang beraya dekat Jengka selepas berbelas tahun tak balik. Riuh la sikit bunyi dekat sebelah. Dulu rumah tu disewakan. Now Cik Jam (wife Cik Asfari) repair balik rumah tu, kemas semua so anak beranak dia boleh la berkumpul beraya bersama. 5 dari kiri tu nama dia Idris tapi kitorang panggil Andong. Now dia Ustaz dekat Sabah. Mengajar dekat sana. Belajar sampai ke Mesir, jadi Ustaz sebab permintaan Ayah dia. I memang saspek dah dia jadik Ustaz kalau dia dah besar nanti sebab dulu dah ada tokoh walaupon nakal nak mampos. Suka bergusti dengan I. Memang manjang gaduh. I remember pergi sekolah Andong bonceng dekat belakang. I wanita, I yang kena bawak dia. Bengang je, dah la berat. Kerja sekolah dia pon kekadang I buat. I remember main masak-masak dengan dia sampai kuali hangit, I remember main khemah-khemah sama-sama. Kejar ayam, main pondok-pondok semua. Dulu memang selalu la datang main-main kat rumah Andong. Arwah Cik Asfari panggil I ‘bini’. Nanti kalau I datang Cik Asfari cakap ‘Andong, Bini ko sampai ni’. Takpon, ‘Biniiiiiiiiii meh makan’. Hahahaha. Cik Asfari orangnya baik…  Anak-anak dia tahun ni semua dapat kumpul beraya sama.


Balik dari rumah Azdi, I pergi beraya rumah Mak Itam. Dekat Jengka 1 jugak. Kebetulan dapat sama dengan Mak masuk rancangan. Si Shein ni, dah la taknak kasik kerjasama bergambar lepas tu sebok nak amek gambar. Ngah and Ayiel time ni nak balik dah KL. Sempat jumpa sekejap.


Esoknya. Mazli and Ijal pulak datang beraya dekat rumah. Malas dah nak berbaju raya. TShirt pon ok.

Ijal and Mazli ni sama la geng dulu masa sekolah. Ni diantara kawan lelaki I yang close la. Pergi camping pengakap sama-sama dekat Tasik Chini and Taman Negara. Lepas sekolah Ijal and Lee duduk sama jugak, tetiba tak lama Lee kawen dengan adik Ijal nama Jun. Dulu masa sekolah, Lee suka la kirim salam dekat Jun, Ijal suka kirim salam dekat Da adik Azdi. Hahahaha. Bongok memasing. Jodoh pulak Lee dengan Jun, tak pepasal jadik adik ipar Ijal. Kah kah kah. Sama macam kes I la, tetiba Edy jadik anak buah I. Tau dulu, baik buli dari zaman sekolah. Sekolah dulu ada kenangan manis, kenangan pahit. Dulu I muka memang ‘cop’ suka kacau BF orang *rolling eyes. Sian I, walaupon tak bersalah tapi redha je laaaaaaaaaaaaa. Hahahaha. I happy je bila ingat balik. Kelakar pon ada. I don’t really have a close friend. Geng pon ada banyak. Ada geng belajar, geng sekelas and geng nakal. Close pon dengan Kasmawarni. Dulu dia cantik, selalu la I jadik postmen. Now taktau apa cerita dia. Sekolah dulu I aktif jugak. Perkhemahan Pengakap la paling best. Masuk pertandingan masak semua. Tapi gambar taktau dah kemana. Nanti kena korek balik… Kenangan semua tu.

-eNd-

No comments:

Post a Comment