Assalamualaikum..
Happy 29th birthday Izzy. Assemoga!! OMG
mudanya 29 tahun. I dulu 29 tengah jadik apa eh? Jap nak ingat. Ooo baru
setahun kawen. Hahahaha. Now semenjak umur dah 35 tahun ni, asal dengar orang
umur 20-an rasa alahai mudanyaaaaa. Aku pon pernah muda macam tu jugak dulu.
Sedih giler statement. Now masa berlalu pantas sangat kan? Tapi biasanya kalau
orang cakap I tuwe, I akan sambung. ‘Tuwe
takpe, janji…….’ Isi tempat kosong. Kah kah kah. Itu ayat penyejuk hati
sebab dah tuwe sebenarnya. Korang pernah tak rasa bila tengok orang umur 40
tahun rasa macam OMG tuwenya engkau, tapi bila kita sendiri meningkat usia and
dah lalui sendiri rasa macam takde apa pon sebenarnya. Age is just a number
gitu. Siti Nurhaliza yang betul-betul pon dah nak masuk 40 kan? Apa ada hal. Tuwe
tu semua orang akan merasa kalau dia panjang umur. Berapa umur kita tak kisah
pon sebenarnya, janji apa yang kita dah achieve dalam hidup kita tak kisah lah
cepat atau lambat asalkan ada perubahan yang lebih baik dari sebelumnya, macam
mana kita hargai hidup kita dan orang-orang yang kita sayang sebab mati tu tak
kira tua atau muda dan macam mana kita nak berubah jadik yang lebih baik dari
sebelumnya. Kalau umur dah banyak tapi hidup takde kualiti, perangai masih teruk, hati masih busuk dan suka
buruk sangka and rasa this world is about you and your problem, lepas tu semua
orang jahat itu lain cerita lah. Orang jenis ni, hidup 100 tahun pon tak guna
sebab takde kualiti. So tua atau muda bukan ukurannya janji macam mana kita
buat hidup kita menjadik lebih baik dari sehari ke sehari. Ok Izzy? I know you
pon usaha nak jadik lebih baik dari sekarang. Kaksu doakan semoga at the end of
the day, you akan dapat yang indah-indah sahaja dalam hidup you. Happy
Birthday!
Birthday
Izzy harini tapi yang paling excited ialah yang pakai baju biru. Kata dia, dia
Neelofa harini sebab pakai selendang. Haha. Yerlaaaa Intan.
OTW
nak ke Le Petite Dotty’s for lunch, macam biasa usung balloons and chocolate
bouquet. Ni naseb baik tak plan. Kalau tak segala birthday sash dengan crown
kena pakai. Intan paling suka acara yang macam ni. Dia kan Pwincess?
Birthday
Girl ni busy betul layan WhatsApp and ambik gambar. Biasa dia cool, tapi harini
jadik clumsy. Garpu jatuh, purse jatuh, blur semacam. Muka senyum all the way.
Dapat 2 set bouquet and balloons dia harini. Kata Intan, ‘Konon macam tak suka, padahal suka tu’. HAHAHAHA.
Kita
berempat je today. Kaklong ada medical check-up and Izzah tak kerja sebab dia
tak larat. Perut dah memboyot dah. Nanti Jumaat la kita buat elok sikit eh?
Tema kaler apa la tu. Biar Izzy la decide. Intan jangan nak sebok-sebok eh?
Senyum
je Izzy eh? I hope you dapat hadiah handphone. Kena doa panjang sikit lah lepas
solat. Kata Kaklong kalau doa dengan Allah bagitau direct. Takyah hint. Macam
kalau nak henpon cakap je ‘Ya Allah, aku nak henpon la untuk birthday ni.
Semoga Kau makbulkan’. Takyah nak kona-kona cakap mintak murah rezeki ke apa
ke. Nak henpon mintak je henpon. Ok?
‘Kaksu, cepat ambik gambar Intan dengan
Latte ni’. Ok. Lepas gambar dia, gambar dia lagi. I cakap ‘Intan nak gambar cantik-cantik, ingat Kaksu
nak letak dalam blog ke?’ Bengang je member. Haha.
Dyba
kesayangan sorang ni tabah je melayan mood Kaksu dia swing 2 3 hari ni. Cowie
Dyba. I love you. Dengan Dyba I manja lebih sikit banding Intan sebab Intan
sejenis selenga. Merajuk dengan dia mana dia paham. Orang taknak kawan, tapi
lalu tempat orang sebok nak Hello Hello buat suara Mr Bean. Orang cakap tanak
makan (sebab merajuk) dia datang suap. Dia peduli apa. Hahahaha.
Kau
lagi.
Harini
kita makan Salted Egg Pasta, Chicken Sandwich and ambik Pavlova + Charcoal Salted
Egg Cronut.
Subhanallah
sedapnyaaaaa. Intan cakap dia taknak makan sebab takot hitam. Boleh? Dia ingat
kalau makan apapa yang charcoal boleh jadik hitam ke?
Tapi
harini Intan bayar la. Dia kaya now. Tachiu Intan…. Jumaat ni tong-tong or
Intan belanja lagi?
Sampai
office ambik gambar dengan CEO pulak. Intan suruh boss pegang belon. Boleh je
dia tu T___T
Sambung
celebrate potong cake pulak. Meriah birthday Izzy tahun ni eh?
Birthday
Girl with the Bosses. Belajar mana buat ‘love’
tu? Hahahaha. Orang tua zaman sekarang catch up dengan new trend. I pon masa
Encik KP suruh buat tanda love tu masa Jamuan Raya bulan lepas, I blur.
Hahahaha. Aku ke sapa yang dah tuwe ni?
Izzy
ni dah macam YB. Semua boss ambik gambar dengan dia.
Intan
suruh letak hadiah-hadiah yang Izzy dapat.
Yang
ni dari Intan
Yang
ni dari family Izzy
Ni
pulak dari Adi Lazarus husband Izzy.
Once again, Happy Birthday Izzy! Semoga panjang
umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, kurus serta cantik and tahun depan
celebrate birthday dengan baby pulak ok? Enjoy la last birthday yang angka 2
dekat depan. Tahun depan masuk 3 series dah. So ni you consider muda lagi lah.
Good luck for your Ping Pong tournament untuk SUFMA next week. Kalau menang,
open table and kalau kalah pon open table. Konsep dia, you dah tak boleh lari. I
suka kalau keluar dengan Izzy sebab parking dia tak kisah bayar sorang. Dapat
Dyba and Intan, doposen pon kena bayar balik. Gaduh la dua orang tu jerit-jerit
sampai nak terkeluar anak tekak. Dengan I dorang takde pulak mintak. Berani la
kan? Suruh balik jalan kaki baru tau. Hahahaha. Kalau ada Sarah mesti lagi
best. Rasa missing pulak bila Sarah takde dekat office now. Dulu kita selalu
imagine akan pencen sama-sama. I dulu lah pencen sebab paling tuwe. Lepas I,
Intan and last sekali Dyba dengan Izzy la. Kata Dyba, if I dengan Intan dah
pencen, dia ambik early retirement la. Hahaha. Ni betul friendship goal sampai
tua bangka ni. Semoga Allah kabulkan, Aminnnnnnn. Sejuk je rasa harini, cuaca
pon mendung, kan? Kalau hujan jangan lupa doa dengan Allah sebab doa time hujan
ni bagus. Apa pon yang kita mintak kalau Allah tak bagi lagi sekarang, doa je.
Jangan give up. Ok? Kata Dato’ Sri Vida Mintak je dengan Allah banyak-banyak
kali. Jangan bosan. Nanti lama-lama Allah kesian, dia akan bagi lah. Macam tu.
Ok? Okbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment