Pages

Wednesday, September 6, 2017

Siti Nohaliza Masak Lah!

Assalamualaikum..

Haritu masa dekat rumah Mak and Bapak, kite buat Ikan and Udang Bakar. Cicah Air Asam Power and I buat Sambal Tomato lawan dengan Kobes Masak Lemak Putih and Ulam Pegaga lawan dengan Sambal Nyiok. Peeeeeerrrrrghhhhh cenggini! *thumbs up dekat tepi peha, kaki bengkok sikit. Selera giler makan Ok? Walaupon simple je lauk semua. Bakar-bakar tu Mak Cuma letak kunyit je. Garam apa semua takyah. Bakar dalam Kuali Ajaib. Lagi rasa manis ikan/udang tu terasa. Orang kata tak menganggu rasa semulajadi semua haiwan tersebut. Hahahah. Yang Sambal Tomato tu memang akan jadik I punya favorite sampai bila-bila la sebab S E D A P. Sendiri masak, sendiri puji sedap. Ain memang dah lama bebulu tapi biarlah, dah sedap nak cakap apa? Hahahaha. Sambal Tomato tu I dapat resepi dari Cik Ain Mak Sedara Sazli. Kita makan masa dekat rumah Tok time Hari Raya haritu. Sambal Tomato + Telur Dadar + Paru Masak Hitam peeeeerrrghhhh wei please lah kenapa sedap sangat ni???? So esoknya I buat pulak Sambal Tomato dekat rumah Mak. Wei, layan wei Sambal Tomato ni I tak tipu. Lepas dah gaul-gaul letak dalam peti ais. Makan dengan nasik panas-panas lepas tu ikan bakar. Tu pon dah layan giler. Syukur al-hamdulillah I dapat rasa makan yang sedap-sedap macam ni, nikmat Allah bagi. Sesekali makan nasik, kena enjoy la bebetul. Tapi masa makan tu kalau boleh jangan la beria nak menambah. Gemok baru tahu. Hahaha. Haritu Mak ajar I buat Sambal Nyiok. Kata beliau resepi OngKedah. Makan dengan ulam pegaga atau ulam selom. Memang sedap. I pon sukaaaaaaaaaaa!! Bahagian sesambal semua I la buat. Bahan semua sama setiap sambal tapi cara dia la berbeza sikit. Yang basic is Lada Kecik, Lada Besar, Bawang Merah/Besar dengan Belacan. Adoi, sambil taip sambil tadah ailio takot menitis dekat keyboard.



Sambal Nyiok. Resepi : Lada besar, lada kecik, belacan, bawang merah. Tumbuk semua. Perasa dengan gula and garam sikit and masukkan air asam jawa pekat dalam sesudu + air limau nipis sehiris. Gaul dengan kelapa. Siap!



Sedap di makan dengan Pegaga or Ulam Raja or Daun Selom.


Ni Air Asam my style. Mak ajar buat. Lada kecik, lada besar, belacan. Tumbuk kasar. Perasa dengan gula, garam. Lepas tu letak air asam jawa + bawang merah hiris. I suka letak kicap. Sedap!! Simple je. Ada orang suka letak tomato, kerisik, daun kesom. I tak suka macam tu.


Sambal Tomato ni pon senang nak buat. Tomato 2 bijik, bawang besar sebijik. Hiris bentuk bulan. Nak buat bentuk bintang pon boleh kalau suka. Cili padi, cili besar, belacan semua tumbuk. Lepas tu masukkan dalam tomato + bawang ni and perasakan with garam and sesudu dua gula ikut citarasa lah. Siap! Letak dalam peti ais kasik mesra. Peeerrrrrghhh Bro, layan weh sambal ni wa cakap lu!


Udang debab bakar sahaja. Only letak serbuk kunyit. Nanti rasa manis udang ni. Tak yah beria nak marinate macam-macam. Less is more konsep dia.


Ikan Kembong, Ikan tenggiri pon ada. Semua lumur garam je. Bakar dalam Kuali Ajaib. Siap!


Ni pagi I buat Mee Goreng anje Sazli request. Letak udang geragau memang sedap la. I suka makan dengan limau nipis.

Biasa kita kalau Raya Haji buat daging bakar tapi masa hari kejadian takde dapat lagi daging korban. Dalam FB banyak tu share resepi daging bakar ala-ala Thailand. Sedap tu… I suka kalau daging bakar pakai yang quality punya la. Kalau tak pakai bahagian berquality rasa macam makan selipar bakar pulak. Liat nak mampos sampai nak tercabut lah gigi I ni. Banyak urat. Bakar pulak jangan la beria sampai hilang semua juice dia and jadik keras. Buat medium well paling perfect la. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Haritu masa dah balik KL, Kaklong semua buat Sup Tulang dekat kampung. Makan dengan sambal kicap. Kepundek betul la! Bak kata Rish, ‘Kalau you balik Jengka, I menyirap je tengok you all masak sedap-sedap’. Macam Rish dia dah tau dah macam mana masakan Kaklong. Tu tengah bodek suruh Kaklong buat masak-masak dekat rumah. Hahahahaha. Masakan Kaklong sebenarnya bukan Rish je suka, Mak and Bapak also big fan of Kari Ayam Kaklong. Kari Ayam Kaklong sedap tau? I ada la suruh dia jual buat frozen ke kan? Tapi dia cakap dia M A L A S. Hahahaha. Btw, kepada yang terliur I mintak maaf ok? Jilat je la screen pc/henpon memasing. Okbye.

-eNd-

No comments:

Post a Comment