Assalamualaikum..
Haritu masa dekat rumah Mak and Bapak, kite buat
Ikan and Udang Bakar. Cicah Air Asam Power and I buat Sambal Tomato lawan
dengan Kobes Masak Lemak Putih and Ulam Pegaga lawan dengan Sambal Nyiok.
Peeeeeerrrrrghhhhh cenggini! *thumbs up
dekat tepi peha, kaki bengkok sikit. Selera giler makan Ok? Walaupon simple
je lauk semua. Bakar-bakar tu Mak Cuma letak kunyit je. Garam apa semua takyah.
Bakar dalam Kuali Ajaib. Lagi rasa manis ikan/udang tu terasa. Orang kata tak
menganggu rasa semulajadi semua haiwan tersebut. Hahahah. Yang Sambal Tomato tu
memang akan jadik I punya favorite sampai bila-bila la sebab S E D A P. Sendiri
masak, sendiri puji sedap. Ain memang dah lama bebulu tapi biarlah, dah sedap
nak cakap apa? Hahahaha. Sambal Tomato tu I dapat resepi dari Cik Ain Mak
Sedara Sazli. Kita makan masa dekat rumah Tok time Hari Raya haritu. Sambal
Tomato + Telur Dadar + Paru Masak Hitam peeeeerrrghhhh wei please lah kenapa
sedap sangat ni???? So esoknya I buat pulak Sambal Tomato dekat rumah Mak. Wei,
layan wei Sambal Tomato ni I tak tipu. Lepas dah gaul-gaul letak dalam peti
ais. Makan dengan nasik panas-panas lepas tu ikan bakar. Tu pon dah layan
giler. Syukur al-hamdulillah I dapat rasa makan yang sedap-sedap macam ni,
nikmat Allah bagi. Sesekali makan nasik, kena enjoy la bebetul. Tapi masa makan
tu kalau boleh jangan la beria nak menambah. Gemok baru tahu. Hahaha. Haritu
Mak ajar I buat Sambal Nyiok. Kata beliau resepi OngKedah. Makan dengan ulam
pegaga atau ulam selom. Memang sedap. I pon sukaaaaaaaaaaa!! Bahagian sesambal
semua I la buat. Bahan semua sama setiap sambal tapi cara dia la berbeza sikit.
Yang basic is Lada Kecik, Lada Besar, Bawang Merah/Besar dengan Belacan. Adoi,
sambil taip sambil tadah ailio takot menitis dekat keyboard.
Sambal
Nyiok. Resepi : Lada besar, lada kecik, belacan, bawang merah. Tumbuk semua.
Perasa dengan gula and garam sikit and masukkan air asam jawa pekat dalam
sesudu + air limau nipis sehiris. Gaul dengan kelapa. Siap!
Sedap
di makan dengan Pegaga or Ulam Raja or Daun Selom.
Ni
Air Asam my style. Mak ajar buat. Lada kecik, lada besar, belacan. Tumbuk
kasar. Perasa dengan gula, garam. Lepas tu letak air asam jawa + bawang merah
hiris. I suka letak kicap. Sedap!! Simple je. Ada orang suka letak tomato,
kerisik, daun kesom. I tak suka macam tu.
Sambal
Tomato ni pon senang nak buat. Tomato 2 bijik, bawang besar sebijik. Hiris bentuk
bulan. Nak buat bentuk bintang pon boleh kalau suka. Cili padi, cili besar,
belacan semua tumbuk. Lepas tu masukkan dalam tomato + bawang ni and perasakan
with garam and sesudu dua gula ikut citarasa lah. Siap! Letak dalam peti ais
kasik mesra. Peeerrrrrghhh Bro, layan weh sambal ni wa cakap lu!
Udang
debab bakar sahaja. Only letak serbuk kunyit. Nanti rasa manis udang ni. Tak
yah beria nak marinate macam-macam. Less is more konsep dia.
Ikan
Kembong, Ikan tenggiri pon ada. Semua lumur garam je. Bakar dalam Kuali Ajaib.
Siap!
Ni
pagi I buat Mee Goreng anje Sazli request. Letak udang geragau memang sedap la.
I suka makan dengan limau nipis.
Biasa kita kalau Raya Haji buat daging bakar tapi
masa hari kejadian takde dapat lagi daging korban. Dalam FB banyak tu share
resepi daging bakar ala-ala Thailand. Sedap tu… I suka kalau daging bakar pakai
yang quality punya la. Kalau tak pakai bahagian berquality rasa macam makan
selipar bakar pulak. Liat nak mampos sampai nak tercabut lah gigi I ni. Banyak
urat. Bakar pulak jangan la beria sampai hilang semua juice dia and jadik keras.
Buat medium well paling perfect la. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Haritu masa
dah balik KL, Kaklong semua buat Sup Tulang dekat kampung. Makan dengan sambal
kicap. Kepundek betul la! Bak kata Rish, ‘Kalau
you balik Jengka, I menyirap je tengok you all masak sedap-sedap’. Macam Rish
dia dah tau dah macam mana masakan Kaklong. Tu tengah bodek suruh Kaklong buat
masak-masak dekat rumah. Hahahahaha. Masakan Kaklong sebenarnya bukan Rish je
suka, Mak and Bapak also big fan of Kari Ayam Kaklong. Kari Ayam Kaklong sedap
tau? I ada la suruh dia jual buat frozen ke kan? Tapi dia cakap dia M A L A S. Hahahaha.
Btw, kepada yang terliur I mintak maaf ok? Jilat je la screen pc/henpon
memasing. Okbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment