Assalamualaikum..
Hari Sabtu haritu kitorang pergi ke Zoo Negara woo
hoooo!! Amboi suka benau dia pergi Zoo Negara hahahah. It was Sazli punya idea
la. Dia cakap masa Shein pergi 2 tahun lepas dia macam tak berapa enjoy sangat datang
Zoo so ni dia dah runjau boleh bawak lagi sekali lah. Shein memang suka la
binatang-binatang ni. Kekadang binatang yang tak familiar macam Hyena pon dia
tau. I pulak yang tebangang-bangang amenda pulak Hyena ni ha. Shein tengok
dalam National Geographic lah and bagitau I, ‘Mama, Hyena’ Lepas tu Mama cakap ‘Yes, clever boy’ and cecepat Google amenda Hyena, berdebar I takot
Shein tanya lebih kang aku taktau. Hahahaha. Macam Mentadak Mentadu tu dia ada tunjuk
I dalam youtube. I dok fikir amenda in English so belasah sebut ‘Mentadu Shein’. Lepas tu dia correct I,
‘Mama, Mantis!’ Oooooo kisahnya Mantis
ke nama beliau in English? Hahahaha. Tak boleh jadik ni. Bebudak zaman sekarang
tau eh binatang memacam. I dulu tau Gajah, Singa, Kerbau, Lembu, Kambeng tu je
tau. Hahahaha. Ongkampung gitu la. Dulu I jumpa katak bersepah lari, Shein
jumpa katak dia kejar. Takde sapa takot-takotkan dia so bebudak ni lebih enjoy
explore animals. Bagi I, bagitau yang bahaya je. Yang tak bahaya biar dia
berani sikit. Lagipon senang la Mama nanti kalau Shein nampak katak, tak sempat
katak kejar aku dia kena deal dulu lah dengan Shein debab. Lagipon anak jantan
kena la berani, ye dak? Cuma lipas tu je lah tak boleh buat apa. Pengaruh Upin
Ipin. Shein nampak cockroaches memang panjat belebas terus *rolling eyes. Kata
Bapak ‘Orang pekan macam tu la takot
lipas’. Hahahaha. Ishk tapi lipas sapa pon yang tak takot? I pon takot. Kita
panggil dia Karim. Jangan sebut nama betul dia, nanti dia datang. Macam dalam
kereta kan ada karim kecik-kecik? I kekadang cakap ‘Babi babi babi!’ Sebab spontan lantas ada la yang tukang correct. ‘No Mama, cockroach!’ Sambil naik jari
telunjuk dekat I. Hahahaha. Shein shein… Membesar dengan bijak ye sayang? Nanti
jadik Dentist. Abah cakap jangan jadik Architect ikut Abah, dia taknak Shein
stressed. Biar jadik Ahli Muzik takpe. (Lantas mendapat jelingan padu dia
isteri beliau).
Ok
group photo sebelum masuk Zoo. Ni semua nak paksa beli la ni. Lantas kami
terjebak. 12 keping gambar save dalam android, 6 keping print out RM135.00 kata
Sazli beli je la, buat sedekah untuk makanan animals dalam Zoo ni. Cuba tengok
mana kedudukan Intan? Tetiba sebelah Sazli. Hahahahaha.
Bak
balik laki aku! Meh duduk sebelah sini. Hahahahah
So
ni lah entourage kitotang minus adik Intan Zati dengan anak buah dia Kayla.
Kayla taknak weh amek gambar. Beliau rimas.
Kitorang gerak awal dari rumah. Zoo bukak at
9.00am. I suggest kalau korang nak datang, datanglah awal pagi dan berdoa
supaya cuaca ok sebab kalau hujan memang tak best la. Leceh! Kalau datang lewat
sangat nanti panas belecak ketiak. Tiket dewasa harga RM44.00 and kanak-kanak 3
tahun keatas RM16.00 sahaja. Below 3 is FREE. Now tiket dah include untuk Panda
sekali. Dulu asing kan? If nak murah datang la grouping. I tak sure untuk harga
group berapa orang. 20 kot? Mana nak carik 20 orang? Hahahahahah. Dalam Zoo ada
jual makanan but of coz a bit pricey la. Eskrem pon RM7.50 sebatang. Air
mineral botol kecik RM4.00 so baik la bawak makanan sendiri. Macam kitorang
bawak roti-roti, milo, mineral water and Nasi Kerabu Air Dingin beli dekat area
rumah I letak dekat stroller Kayla and Aurel. So jimat la on makan tapi tak
berapa jimat bila dapat dekat Shein sebab dia nak toys and masuk 3D Movie
sampai 5-6 kali. Geram je aku. Hahahaha. Susah betul nak please nko ni Shein.
Dia pulak kemain suka pegang map and semua binatang yang dia tau, dia nak
pergi. Nampak binatang, tunjuk dekat map. Dah. Bukan dia nak tengok beria
sangat pon except yang dia suka macam White Tiger. Zoo ni dah la besar kan? Nak
pergi dari satu animal ke satu animal boleh tahan la dia punya jauh. Dah jom
layan gambar.
Dyba,
Aurel and Sophie. Sama besar je 3 orang ni. Comel. Dyba tu macam budak sekolah
menengah je tapi sebenarnya ada anak 2 orang. Tu special orang petite ni.
Nampak muda je all the time.
Ok,
let’s start!
Intan
masa malam tu kita bincang dalam group, dia cakap dia bedebar sebab takot Kayla
tak suka and meragam. Macam la dia yang jaga Kayla sangat. Zati yang banyak
layan Kayla. Kata Intan, Kayla tak suka dia sangat. ‘Dia tau tak baju-baju and toys dia Intan banyak beli?’ Intan.
Duit bukan pengukur sebuah kebahagian. Gittewwww.
Bak
kata readers ‘Muka Shein herot pon takpe
Kaksu, janji Kaksu cantik’. Tauuuuu pon. Hahahahha.
Ni
budak ni kan? E! Susah betul dia. Excited lain macam. Taktau letih pulak tu.
Abah beliau dah letih, dah masuk kereta nak pelurus kaki dia masih lagi ‘hidup’.
Badak
Sumbu! Besarnya….!! Kata Sazli ‘Eh macam
Mama!’ T____T
(Wei, ni badak air la - Aisyah tachiu betulkan hahahaha)
(Wei, ni badak air la - Aisyah tachiu betulkan hahahaha)
Best
la time ni sebab still pagi, so tak panas sangat lagi. Kitorang memang lari
jauh dengan rombongan bebudak tadika sebab hingaq. Nampak je dorang, terus
cecepat lari. Hahahaha.
Korang,
nak datang Zoo, pakailah baju jenis cotton and sport shoes. Selesa sikit.
Tengok
macam Intan, kemain lawa dia nak pergi zoo dengan kasut Ferragamo siap pakai
necklace lagi. Betul punya Pwincess ni.
Sophie
and Shein. Kawan since dalam perut Mama lagi.
Sophie
macam malu-malu while Shein kisah pulak dia kan? Betul la, lelaki ni lambat
matang. Mama tengok perangai nko Shein, dapat agak dah besar nanti macam mana
T____T Jenis hati kental dia ni. Jenis tak paham bahasa kalau awek merajuk.
Hahahah.
Flamingo!
Ni
tempat favorite Shein lah. Ada Harimau Putih. Dia duduk sini lama-lama pon
takpa hatta nak masuk kandang kawan dengan harimau tu pon I agak dia akan OK.
Shein
baca map macam P Ramlee daaaaaa.
Ni
kitorang masuk tempat Panda. Hoi ko apesal comel sangat ha?? Ni kalau uli best
ni. Tempat Panda ni special, dia sejuk jeeeee. Tak boleh buat bising takot
Panda stressed. Tapi Shein kisah pulak?
Elephant!
Tapi I rasa Elephant masa dekat Phuket haritu lagi besar kot?
Ala…
Lupa nak bawak binocular la Shein. Kalau tak boleh tengok White Tiger lagi
clear, kan?
Sophie,
Aurel and Mr Giraffe
Dekat Zoo ni I rasa a bit semak bila each point
macam kena paksa ambik gambar lepas tu kena paksa beli. It’s not easy to handle
kids nak ambik gambar sama-sama sebab dorang lagi excited nak tengok binatang so
jadik a bit stressed tapi takper la, the doing their job kan? Kejap kena tahan
suruh amek gambar and gambar pulak bukan la murah ye? Sekeping makan RM50-Rm60
kot kalau tak ambik package tapi takper lah, maybe itu cara Zoo nak collect
duit untuk maintenance Zoo and all the animals dalam ni. Kira macam sedekah la.Tapi
I ambik satu je la yang gambar memula tadi. Yang dekat Panda semua takde pon
beli. Ambik je la gambar, jaga hati pekerja.
Korang
jangan terlepas show Singa Laut dengan Buruk Kakak Tua tau? 11.00am. Memang
best! Shein enjoy the show la. Mama lagi la kuat tepuk tangan.
Alololo.
Aurel, Sophie and Shein Iskandar.
Ni
part paling exciting. 3D Movie. Best sebab movie dia duduk dekat kerusi and
kerusi tu gerak-gerak, ada tepercik air and nampak macam real giler!
Shein
masuk 6 kali kan Dyba? Kitorang semua dalam 2-3 kali sorang. Show 5 minutes.
Harga tiket RM10.00 Adult and RM8.00 children. Ambik package la lebih murah.
Ada 6 jenis movie kot? Ada Dinosaur, roller coaster and kapalterbang. Semua best!
Ni
Shein nak masuk lagi. I memang dah nak muntah sebab show ni macam real.
Sudahnya Dyba and Intan teman bebudak dua tu dating la. Hahaha.
Kata
Sophie ‘Shein tak pegang pon tangan
Sophie macam Mama’. Kepada Shein, mohon lebih romantic next time ok? Wanita
ni hatinya selembut sutera. Jangan jatuhkan reputasi Mama and Abah. Hahahahah.
OMG macam mana la I nak bermenantu nanti.
Shein
sebok nak masuk 3D Movie ni lagi. Dia ingat sekali masuk doposen? So I umpan
dengan eskrem while Abah pelurus kaki dalam kereta and the rest pergi continue
tengok Gajah pulak.
OTW
nak ke tempat rehat, nampak this little Poney. Bestnyaaa. Ingat nak beli Shein
sekor la. (Sembang kencang. Hahahah)
Dalam 2.30pm kitorang meninggalkan Zoo Negara
dengan hati yang gembira. Time tu pon macam dah nak start hujan so dah makin
tak selesa dengan kids start cranky + panas semua. So terus la balik. Intan pon
ada appointment dengan orang massage and I pulak ada Birthday Party Raisa later
dekat Evolve Concept Mall so just nice la masa kami meninggalkan Zoo Negara ni.
We had FUN! Memang best sangat sangat sangat. Kata Dyba next kita pergi yang
Farm in the City pulak. Kitorang pernah pergi tu but wouldn’t mind to pergi sana
balik. Best dapat feed the animals and Shein sure akan happy. Kata Sazli now
dia enjoy bawak Shein jalan-jalan macam ni. Ada je activities untuk dia every
week. Biar dia ada sweet memory masa childhood and dia tau yang Mama Abah buat
macam-mamcam menda untuk bagi dia happy. Shein, terus terang Mama cakap you are
so lucky Shein. Nanti bila Shein dah besar, Mama akan bagitau macam mana Mama
punya kehidupan masa kecik. Anak patung pon takde. Guna belati kayu je imagine
tu doll. Melancong, makan sedap-sedap semua takde tapi rezeki Shein lebih
murah. So Shein kena appreciate life and Abah ok? Jangan selalu ikut kepala
sendiri and cranky. Abah buat too many things for you and lebih dari Mama buat
untuk Shein. Sayang Abah lebih pon takpe. Tapi kita boleh becinta
senyap-senyap. Hahahaha. So this weekend nak buat apa pulak? Sila suggest.
-eNd-
Wah best nye shein dpt mama and abah yang sentiasa plan for activities. Dh lama x pegi zoo last masa sek. Mcm dh berubah byk hehehe. Kak su nanti boleh share mcm mana kak su toilet trained shein. Byk saya belajar dari blog kak su pasal speech delay. Thank you kak su.
ReplyDeleteits badak air laa sue...mana dtgnya badak sumbu kulit lennnchenn bekilat,berendam dalam air mcmtu... osah shein pandai lagi ni! hahahhahhaha.
ReplyDeletemrs pink : shein tak 100% lagi pon. haha. cuma dekat sekolah mmg dia dah belajar and takde masalah nak pergo toilet. kaksu je tak besungguh. kasik sampaii bln 12 ni. hahahahah
ReplyDeletenur aishah : hahahahahhaha betul laaaaaaaaaaaa! ngek!