Tuesday, September 12, 2017

Zoo Negara!

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu kitorang pergi ke Zoo Negara woo hoooo!! Amboi suka benau dia pergi Zoo Negara hahahah. It was Sazli punya idea la. Dia cakap masa Shein pergi 2 tahun lepas dia macam tak berapa enjoy sangat datang Zoo so ni dia dah runjau boleh bawak lagi sekali lah. Shein memang suka la binatang-binatang ni. Kekadang binatang yang tak familiar macam Hyena pon dia tau. I pulak yang tebangang-bangang amenda pulak Hyena ni ha. Shein tengok dalam National Geographic lah and bagitau I, ‘Mama, Hyena’ Lepas tu Mama cakap ‘Yes, clever boy’ and cecepat Google amenda Hyena, berdebar I takot Shein tanya lebih kang aku taktau. Hahahaha. Macam Mentadak Mentadu tu dia ada tunjuk I dalam youtube. I dok fikir amenda in English so belasah sebut ‘Mentadu Shein’. Lepas tu dia correct I, ‘Mama, Mantis!’ Oooooo kisahnya Mantis ke nama beliau in English? Hahahaha. Tak boleh jadik ni. Bebudak zaman sekarang tau eh binatang memacam. I dulu tau Gajah, Singa, Kerbau, Lembu, Kambeng tu je tau. Hahahaha. Ongkampung gitu la. Dulu I jumpa katak bersepah lari, Shein jumpa katak dia kejar. Takde sapa takot-takotkan dia so bebudak ni lebih enjoy explore animals. Bagi I, bagitau yang bahaya je. Yang tak bahaya biar dia berani sikit. Lagipon senang la Mama nanti kalau Shein nampak katak, tak sempat katak kejar aku dia kena deal dulu lah dengan Shein debab. Lagipon anak jantan kena la berani, ye dak? Cuma lipas tu je lah tak boleh buat apa. Pengaruh Upin Ipin. Shein nampak cockroaches memang panjat belebas terus *rolling eyes. Kata Bapak ‘Orang pekan macam tu la takot lipas’. Hahahaha. Ishk tapi lipas sapa pon yang tak takot? I pon takot. Kita panggil dia Karim. Jangan sebut nama betul dia, nanti dia datang. Macam dalam kereta kan ada karim kecik-kecik? I kekadang cakap ‘Babi babi babi!’ Sebab spontan lantas ada la yang tukang correct. ‘No Mama, cockroach!’ Sambil naik jari telunjuk dekat I. Hahahaha. Shein shein… Membesar dengan bijak ye sayang? Nanti jadik Dentist. Abah cakap jangan jadik Architect ikut Abah, dia taknak Shein stressed. Biar jadik Ahli Muzik takpe. (Lantas mendapat jelingan padu dia isteri beliau).


Ok group photo sebelum masuk Zoo. Ni semua nak paksa beli la ni. Lantas kami terjebak. 12 keping gambar save dalam android, 6 keping print out RM135.00 kata Sazli beli je la, buat sedekah untuk makanan animals dalam Zoo ni. Cuba tengok mana kedudukan Intan? Tetiba sebelah Sazli. Hahahahaha.



Bak balik laki aku! Meh duduk sebelah sini. Hahahahah


So ni lah entourage kitotang minus adik Intan Zati dengan anak buah dia Kayla. Kayla taknak weh amek gambar. Beliau rimas.

Kitorang gerak awal dari rumah. Zoo bukak at 9.00am. I suggest kalau korang nak datang, datanglah awal pagi dan berdoa supaya cuaca ok sebab kalau hujan memang tak best la. Leceh! Kalau datang lewat sangat nanti panas belecak ketiak. Tiket dewasa harga RM44.00 and kanak-kanak 3 tahun keatas RM16.00 sahaja. Below 3 is FREE. Now tiket dah include untuk Panda sekali. Dulu asing kan? If nak murah datang la grouping. I tak sure untuk harga group berapa orang. 20 kot? Mana nak carik 20 orang? Hahahahahah. Dalam Zoo ada jual makanan but of coz a bit pricey la. Eskrem pon RM7.50 sebatang. Air mineral botol kecik RM4.00 so baik la bawak makanan sendiri. Macam kitorang bawak roti-roti, milo, mineral water and Nasi Kerabu Air Dingin beli dekat area rumah I letak dekat stroller Kayla and Aurel. So jimat la on makan tapi tak berapa jimat bila dapat dekat Shein sebab dia nak toys and masuk 3D Movie sampai 5-6 kali. Geram je aku. Hahahaha. Susah betul nak please nko ni Shein. Dia pulak kemain suka pegang map and semua binatang yang dia tau, dia nak pergi. Nampak binatang, tunjuk dekat map. Dah. Bukan dia nak tengok beria sangat pon except yang dia suka macam White Tiger. Zoo ni dah la besar kan? Nak pergi dari satu animal ke satu animal boleh tahan la dia punya jauh. Dah jom layan gambar.




Dyba, Aurel and Sophie. Sama besar je 3 orang ni. Comel. Dyba tu macam budak sekolah menengah je tapi sebenarnya ada anak 2 orang. Tu special orang petite ni. Nampak muda je all the time.


Ok, let’s start!


Intan masa malam tu kita bincang dalam group, dia cakap dia bedebar sebab takot Kayla tak suka and meragam. Macam la dia yang jaga Kayla sangat. Zati yang banyak layan Kayla. Kata Intan, Kayla tak suka dia sangat. ‘Dia tau tak baju-baju and toys dia Intan banyak beli?’ Intan. Duit bukan pengukur sebuah kebahagian. Gittewwww.



Bak kata readers ‘Muka Shein herot pon takpe Kaksu, janji Kaksu cantik’. Tauuuuu pon. Hahahahha.



Ni budak ni kan? E! Susah betul dia. Excited lain macam. Taktau letih pulak tu. Abah beliau dah letih, dah masuk kereta nak pelurus kaki dia masih lagi ‘hidup’.


Badak Sumbu! Besarnya….!! Kata Sazli ‘Eh macam Mama!’ T____T
(Wei, ni badak air la - Aisyah tachiu betulkan hahahaha)


Best la time ni sebab still pagi, so tak panas sangat lagi. Kitorang memang lari jauh dengan rombongan bebudak tadika sebab hingaq. Nampak je dorang, terus cecepat lari. Hahahaha.


Korang, nak datang Zoo, pakailah baju jenis cotton and sport shoes. Selesa sikit.


Tengok macam Intan, kemain lawa dia nak pergi zoo dengan kasut Ferragamo siap pakai necklace lagi. Betul punya Pwincess ni.



Sophie and Shein. Kawan since dalam perut Mama lagi.


Sophie macam malu-malu while Shein kisah pulak dia kan? Betul la, lelaki ni lambat matang. Mama tengok perangai nko Shein, dapat agak dah besar nanti macam mana T____T Jenis hati kental dia ni. Jenis tak paham bahasa kalau awek merajuk. Hahahah.


Flamingo!


Ni tempat favorite Shein lah. Ada Harimau Putih. Dia duduk sini lama-lama pon takpa hatta nak masuk kandang kawan dengan harimau tu pon I agak dia akan OK.


Shein baca map macam P Ramlee daaaaaa.



Ni kitorang masuk tempat Panda. Hoi ko apesal comel sangat ha?? Ni kalau uli best ni. Tempat Panda ni special, dia sejuk jeeeee. Tak boleh buat bising takot Panda stressed. Tapi Shein kisah pulak?


Elephant! Tapi I rasa Elephant masa dekat Phuket haritu lagi besar kot?


Ala… Lupa nak bawak binocular la Shein. Kalau tak boleh tengok White Tiger lagi clear, kan?


Sophie, Aurel and Mr Giraffe

Dekat Zoo ni I rasa a bit semak bila each point macam kena paksa ambik gambar lepas tu kena paksa beli. It’s not easy to handle kids nak ambik gambar sama-sama sebab dorang lagi excited nak tengok binatang so jadik a bit stressed tapi takper la, the doing their job kan? Kejap kena tahan suruh amek gambar and gambar pulak bukan la murah ye? Sekeping makan RM50-Rm60 kot kalau tak ambik package tapi takper lah, maybe itu cara Zoo nak collect duit untuk maintenance Zoo and all the animals dalam ni. Kira macam sedekah la.Tapi I ambik satu je la yang gambar memula tadi. Yang dekat Panda semua takde pon beli. Ambik je la gambar, jaga hati pekerja.


Korang jangan terlepas show Singa Laut dengan Buruk Kakak Tua tau? 11.00am. Memang best! Shein enjoy the show la. Mama lagi la kuat tepuk tangan. 


Alololo. Aurel, Sophie and Shein Iskandar.



Ni part paling exciting. 3D Movie. Best sebab movie dia duduk dekat kerusi and kerusi tu gerak-gerak, ada tepercik air and nampak macam real giler! 


Shein masuk 6 kali kan Dyba? Kitorang semua dalam 2-3 kali sorang. Show 5 minutes. Harga tiket RM10.00 Adult and RM8.00 children. Ambik package la lebih murah. Ada 6 jenis movie kot? Ada Dinosaur, roller coaster and kapalterbang. Semua best!


Ni Shein nak masuk lagi. I memang dah nak muntah sebab show ni macam real. Sudahnya Dyba and Intan teman bebudak dua tu dating la. Hahaha. 


Kata Sophie ‘Shein tak pegang pon tangan Sophie macam Mama’. Kepada Shein, mohon lebih romantic next time ok? Wanita ni hatinya selembut sutera. Jangan jatuhkan reputasi Mama and Abah. Hahahahah. OMG macam mana la I nak bermenantu nanti.


Shein sebok nak masuk 3D Movie ni lagi. Dia ingat sekali masuk doposen? So I umpan dengan eskrem while Abah pelurus kaki dalam kereta and the rest pergi continue tengok Gajah pulak.


OTW nak ke tempat rehat, nampak this little Poney. Bestnyaaa. Ingat nak beli Shein sekor la. (Sembang kencang. Hahahah)

Dalam 2.30pm kitorang meninggalkan Zoo Negara dengan hati yang gembira. Time tu pon macam dah nak start hujan so dah makin tak selesa dengan kids start cranky + panas semua. So terus la balik. Intan pon ada appointment dengan orang massage and I pulak ada Birthday Party Raisa later dekat Evolve Concept Mall so just nice la masa kami meninggalkan Zoo Negara ni. We had FUN! Memang best sangat sangat sangat. Kata Dyba next kita pergi yang Farm in the City pulak. Kitorang pernah pergi tu but wouldn’t mind to pergi sana balik. Best dapat feed the animals and Shein sure akan happy. Kata Sazli now dia enjoy bawak Shein jalan-jalan macam ni. Ada je activities untuk dia every week. Biar dia ada sweet memory masa childhood and dia tau yang Mama Abah buat macam-mamcam menda untuk bagi dia happy. Shein, terus terang Mama cakap you are so lucky Shein. Nanti bila Shein dah besar, Mama akan bagitau macam mana Mama punya kehidupan masa kecik. Anak patung pon takde. Guna belati kayu je imagine tu doll. Melancong, makan sedap-sedap semua takde tapi rezeki Shein lebih murah. So Shein kena appreciate life and Abah ok? Jangan selalu ikut kepala sendiri and cranky. Abah buat too many things for you and lebih dari Mama buat untuk Shein. Sayang Abah lebih pon takpe. Tapi kita boleh becinta senyap-senyap. Hahahaha. So this weekend nak buat apa pulak? Sila suggest.

-eNd-

3 comments:

Mrs pink said...

Wah best nye shein dpt mama and abah yang sentiasa plan for activities. Dh lama x pegi zoo last masa sek. Mcm dh berubah byk hehehe. Kak su nanti boleh share mcm mana kak su toilet trained shein. Byk saya belajar dari blog kak su pasal speech delay. Thank you kak su.

Nur Aishah said...

its badak air laa sue...mana dtgnya badak sumbu kulit lennnchenn bekilat,berendam dalam air mcmtu... osah shein pandai lagi ni! hahahhahhaha.

Chooyaya! said...

mrs pink : shein tak 100% lagi pon. haha. cuma dekat sekolah mmg dia dah belajar and takde masalah nak pergo toilet. kaksu je tak besungguh. kasik sampaii bln 12 ni. hahahahah

nur aishah : hahahahahhaha betul laaaaaaaaaaaa! ngek!