Monday, October 9, 2017

Birthday Week and Throwback Birthday at Bukchon Village, Korea

Assalamualaikum..

Hi semua. Minggu ni ialah my Birthday Week. Jangan sesapa berani lupa birthday Siti Nohaliza OK? Kalau tak, I merajuk. Tadi I dah pesan pada bebudak ni, ‘Sempena dengan Birthday Week kaksu minggu ni, semua orang jangan nak moody and tak friend antara satu sama lain. Semua kena be nice and jadik good girl. Dyba and Intan especially jangan nak moody-moody. If taknak kawan/merajuk tunggu minggu depan. Kena bagi Kaksu happy if sayang Kaksu.’ Lepas tu esok semua orang kena pakai Baju Kurung/Kurung Modern esok sebab I suruh, kan birthday week I? Macam tebiat pon ada ni sebab I memang dah berzaman tak pakai baju kurung pergi office. Dah la Jumaat ni masa birthday lunch I nak pilih all white wuuuuuu seram all white macam alam barzakh pulak. Hahaha. Tapi orang nak mati dia tak cakap dia nak mati so InsyaAllah umur I panjang lah. Khamis tu apa la eh I dapat dekat office? Nervous pulak. Intan and Dyba pon sama naik nervous. Dorang memang asal birthday I dia punya excited melebihi birthday mereka sendiri. Hahahahaha. I love them so much. Rabu tu pulak Sazli nak ajak spend time sama dengan dia dating dua orang and pakai Adidas XR1 yang dia belikan sempena birthday I tu. Hehe. So takde la nervous tertanya-tanya nak dapat hadiah apa dari Sazli sebab dah dapat tapi mana tau tetiba dapat lain ke kan? (Papa jangan stressed if you read this). Bersempena dengan my birthday week ni, I nak share entry throwback tahun 2015 masa I punya birthday dekat Korea with Sazli, Kaklong I, Kaklong Ellis, Ellis and Shein. 12 Oct 2015 kita jalan-jalan ke Bukchon Hanok Village, Namsan Tower and Itaewon. Berjalan dari pagi jejak ke malam masa birthday I memang puas hati giler. Tapi kan? Makan 2 tahun jugak nak update pasal Korea. Tengok balik gambar, amboi debabnya I. Seronok sangat dia gemuk-gemuk tu nak pegi mana?


I tau Kaklong suka Bukchon Hanok Village ni. Dia selalu la kalau lalu dekat area Kampung Baru yang nak menghala ke HKL jalan belakang tu kan, dia akan cakap ‘Dik macam Korea kan?’ Sebab depan Bank tu dia ada pokok-pokok rendang daun kaler orange.




Actually dekat Bukchon Village ni memang takde apa pon. Rumah-rumah tradisi je. Banyak lorong-lorong yang kena daki lepas tu ada a few rumah yang tanam Pisang Kaki or Persimmon. Tau? Sunyi je dekat sini. I pon suka. Semacam ada ketenangan.


Alley dia memang bersih. Takde sampah. Serious shit bersih.


Bukchon Village ni tak jauh pon dari Gyeongbok Palace. Berusia lebih 600 tahun and boleh dikatakan located di kawasan bandar jugak. Imagine eh. 600 tahun pon bersih elok macam ni.


Café-café pon banyak. Dekat sini la kitorang gelabah sekejap sebab Sazli and Shein hilang. Sazli dah tak kuasa nak menolak stroller Shein so dia decide nak lepak Starbucks je dengan Shein sambil layan iPad. iPhone dia pada I sebab I guna nak ambik gambar yang cantik. Ejan – Tourist Guide dengan kitorang. Tapi Alhamdulillah dapat jugak jumpa walaupon berejam mencarik. Haha. Dramatik jugak.


Bukchon Village ni asalnya tempat tinggal Pegawai Tertinggi Kerajaan dan Golongan Bangsawan masa Dynsty Joseon tapi lepas perang, orang biasa pon ada tinggal dekat sini. Bukchon ni maksudnya dia North Village. Sini memang mendaki eh? Memang tak sesuai bawak yang pemalas nak jalan dalam cuaca sejuk macam Shein.


Nampak macam panas kan? Tapi sejuk. Suhu time ni dalam 16-18 macam tu la. Kalau kat Malaysia aircond paling sejuk dah. Shein sejuk-sejuk macam ni kerjanya nak membuta je.


Halolo omelnya anak Mama. SHein tak masuk 3 years old pon masa ni.


Bukchon Village ni is Top 4 tempat yang selalu dilawati di Korea. Masa tahun 2007 lebih 30,000 orang visit tempat ni tapi lepas cerita Night 2 Days and Personal Taste jumlah pengunjung dah jadik lebih dari 600,000 pada tahun 2012


Tak banyak sangat info pasal Bukchon Village ni (padahal si tembun malas nak korek info)


Tapi sini best la. Serious best. Korang kena datang. Damai, tenang and feeling dia lain macam la. Memang best. Ni Kaklong dekat pintu pagar rumah sapa-sapa entah. Hahaha.


Pemandangan from the top of the hill. Sini bukit dia tinggi la wei, boleh ke lalu naik basikal?


Sazli tak kuasa nak ikut (sebab dia kena tolak stroller Shein) and kasik chance Mama and the rest begembira dekat sini. Actually trip Korea ni Sazli banyak tolong handle Shein. Malam-malam kitorang keluar, dia duduk rumah layan Shein. TQ Papa!


Takde la kerja lain ko kan Shein? Sedar-sedar membuta je. Pantang!


Ni la Ejan, Tourist Guide kitorang. Hatinya begitu lembut. Orang gurau-gurau cakap ‘Ejan, macam mana ni Sazli tak jumpa. Kena potong la upah’. Terus dia sentap cakap ‘Kak, saya buat ni bukan nak duit sangat. Fikir nak tolong je. Saya takkan ambik duit akak’. Hahahaha. Merajuk dah dia.


Along the street. Memang bersih sangat! Shein. Ko ni berapa tapak je kan berjalan kat Korea. Malas betul dia berjalan. Dah la mencabar nak bawak stroller dekat Seoul ni. Subway mana ada macam dekat Malaysia laluan khas untuk stroller and wheelchair. Sapa bawak stroller, memang kena angkat naik tangga menggunakan tulang empat kerat. Itu one thing I tak berapa suka Seoul ni.


Cantik kan? Sazli actually suka la tengok architecture design dekat sini tapi dia nak wife dia happy, so dia banyak jaga anak la.


Cantik kan? Tengah-tengah bandar tetiba ada kawasan traditional yang cantik bersih macam ni. Usia lebih 600 tahun masih terpelihara.


Hello Ellis. Tak abes-abes cakap nak carik rumah boipren dia.


I miss Korea very much. Jom la Baby we go lagi pwease?


Aduh… Cantiknya… Macam tak boleh get over dengan Bukchon Village ni.


Ni semua rumah orang ni.


Sebersih-bersihnya. Dapat ke Malaysia jadik macam ni? Rasanya IMPOSSIBLE.


Wow peha kau kan?


Sazli and Shein. Kawan dua orang je la jantan-jantan Mama ni.


I perasan sini macam takde pokok bunga sangat kan?


Ni nampak landau, tapi boleh tahan semput la nak naik sampai atas. Banyak jugak alley yg kitorang tak sanggup nak panjat.


Pisang Kaki / Persimmon.


Kukuh bangunan dia walaupon dah berusia 600 tahun lebih


Bukchon je I paham.


Macam ni rupa pokok Pisang Kaki.


Best la Bukchon Village ni. Especially dia punya Coffee Shop. SIni sejuk, layan minum kopi perrrghhhhh. Best sangat (Until Shein cranky lah) Hahahahaha. SIni kita memang banyak walk. Tu la if dekat Europe, Korea sehari kekadang jalan sampai 6km takpe pulak. If Malaysia nak jalan 200 meter pon bercinta ketiak basah. Masa kitorang datang ni nak masuk Autumn so daun baru nak start luruh. If daun semua kuning lagi cantik. Kitorang awal dalam 2 weeks. 2 weeks after Muni kasik gambar baru la seluruh Seoul nampak cantik dengan daun-daun maple kaler yellow + red. I suka Autumn sebab dia tak sejuk sangat. If sejuk sangat nanti I moody. Masa dekat sana, ada sekali je suhu dalam 8 macam tu waktu pagi. Terus malas nak keluar. Hahahahaha. Yang lain-lain dalam 16-20 macam tu la. Masa naik kapal ke Nami Island pon sejuk. Tu nanti I update bebila eh? Bebila tu mungkin lagi 2 tahun. Harap tabah. Hahahaha.

-eNd-

No comments: