Pages

Thursday, October 5, 2017

Potluck at Office

Assalamualaikum..

Last week team Department Marketing buat Potluck. I dengar la bebudak belakang ni kecoh-kecoh la nak bawak apa. Dyba paling senang sebab dia cakap nak bawak buah and kebetulan dekat bawah ni ada jual-jual so Dyba beli je la buah. Senang kerja dia kan? Orang lain semua masak-masak dia bawak buah hahahah. I yang tak Marketing ni pon take part jugak la. Biasa pon memang macam tu sebab I ni macam takde department pon sebab I VP Office so I bawak Mihun Goreng Kangkung yang dimasak dengan penuh kasih sayang gittew. Hahaha. I buat sebungkus setengah. Ingat tak cukup tapi more than cukup pon sebab ada banyak lagi makanan lain. Office kitorang memang suka buat makan-makan macam ni. Sorang bawak satu dish nanti tau-tau banyak je. Macam hari Jumaat lepas ada Mihun, Mee Goreng, Nasik Lemak Daun Pisang ada 2 type, sandwiches, roasted chicken, kuih-muih, kek and many more. Memang banyak makanan. Orang pulak tak ramai dekat office sebab ada Stock Take dekat Kilang-kilang company so masa share dalam Company punya WhatsApp group, mana yang takde dekat office bengkak je la hati sebab kitorang party makan kt office dorang bergelumang dengan getah sekerap. Hahaha. Boss I pon takde, dia pergi Palembang time tu. Intan pon takde, dia pergi ke Teloi Timur and first time masuk kilang getah selepas 8 tahun kerja dekat sini (yerla orang tu dah masuk HR). Dengar cerita dia muntah dalam toilet. Hahahaha. Sian. Kata Intan ‘Kaksu, nasib Kaksu tak datang kalau tak mesti Kaksu muntah bau getah. Busuk melekat sampai dekat baju. Tapi Ok la Kaksu tak datang sebab sekarang dekat Kilang Intan yang paling cantik. Kalau Kaksu ada, Intan tak nombor 1 dah la’. Hahahaha. Bongok Intan!


Sedap Grilled Chicken ni. I makan lepas Lunch sebab sakit perut pagi tu. Takot nak makan apapa. Masuk makanan je sakit. Sian I.



Nasik Lemak ada 2 type. I memang suka nasi lemak macam ni. Wangi je bau daun pisang. Sandwich Sardine and Sandwich Telur tu Dee yang buat. 


TQ Rish for the brownies. Satu office dapat makan. Ada cake and Kuih Bakar as well.


Mee Goreng by Kak Zarina Asyikin.


Ayam Goreng by Puan Sarimah. Ayam ni dah petang-petang baru la laku. Bebudak balik Solat Jumaat baru lapar. Hahaha.
  

Ehem-ehem Mihun Goreng sapa tu?


Kek Batik pon Puan Sarimah buah. Rajin dia buat macam-macam.


Ok, baca doa dulu sebelum makan.


Tu pakai spek nama En Hassan. I suka menyakat dia sebab dia kurus giler. Pinggang dia kecik je. Ingat dulu masa sukan dekat Melaka, Abang Nuar ada belikan dia roti gardenia coklat tu 2 ketul. Kata dia En Hassan pesan. Dia buat makan malam T____T Patut la kurus.


 Head of Marketing – Puan Sarimah. Wong Jowo. Satu kapal ni dengan I.


Ni la Team Marketing. Semua ni satu team dengan Dyba. Dyba head of Documentation. Dyba kecik-kecik macam tu pon dia Boss ok? 


So today Dyba and Kaksu je la. Intan takde, Izzy takde.


Nah. I belanja satu gambar I. Suka ke tak?

Aktiviti makan-makan berlangsung sampai la balik. I ingat dulu masa zaman hanya I and Intan je yang muda remaja dekat office (zaman tu bebudak lain semua takde lagi), I rasa macam I Mak Pengantin. If ada Birthday/Jamuan Makan I dengan Intan berdua je buat semua dari A-Z dari preparation order makanan, setting table semua sampai la kemas mengemas. Ada la yang tolong tapi tolong sikit-sikit je. Now that I dah tuweeee adik-adik pulak take part. I memang takde tolong langsung dah. Hahaha. Tolong pon sikit-sikit je sebab biasa pon kita kakak takyah buat apapa biar adik-adik buat. Kekadang sampai pemalas tahap dewa, I duduk je lepas tu tunggu orang hantar makanan atas meja. Lepas tu nak air panggil Kak Ros ‘Rosssssssssss bak meh bawak air dekat I’. Kak Ros ambik pulak tu yang tak tahan. Hahahaha. Tapi now I kurang dah buli Kak Ros. I memang macam tu. Nanti mintak apapa I akan cakap ‘Kaksu kan Kakak?’ So kena la dorang turun. Macam Intan dia boleh buli Dyba je la ‘Dyba, kan I Kakak?’ So Dyba menyentan-nyentan la. Dyba pulak tak boleh la nak buli sapa-sapa sebab dia paling muda. Kah kah kah. Iyan iyer.

-eNd-

No comments:

Post a Comment