Assalamualaikum..
I sangat bangga dengan diri I sebab berjaya drive
dari KL to Seremban ALONE untuk pergi Majlis Pertunangan anak Big Boss I merangkap
I punya fav Fever Glam Lipstick agent, Iddurah dengan tunang dia Imran Zahri on
26 Ogos lepas. Ni betul punya throwback ni. Hahaha. Tahniah Durrah and tunang.
InsyaAllah nanti Majlis Perkahwinan akan diadakan on April next year tak silap
I. I pergi sorang je sebab Intan, Dyba semua tak FREE and Sazli petang tu nak
tengok Semi Final Bola Sukan Sea yang menang tu so takot I sampai lambat kang
susah pulak dia kelam kabut. Nak handle Shein sorang memang I tak mampu sebab
bersesuaian dengan motto I pada hari tersebut ‘Less Drama’ sebab Mak engkau dah pakai baju traditional cecantik
siap kain batik belah lepas tu nak mengejar dia je eh kurang kerja pulak kan?
Bak kata Yatie, kalau berjalan bawak anak-anak ni dramatic and adventure sikit.
Adeh. I kekadang nak ketenangan hati. Kata wife Big Boss I ‘Su patut bawak Shein, biar dia explore. Akak dulu pergi mana-mana bawak
anak-anak. Biar dorang explore things. Macam kenduri ni, biarkan dia bermain’.
Hurm, Shein kalau nampak pelamin, dia akan main belakang curtain and sama naik
jugak dia nak bersanding lupa dia sunat pon belum dah sebok nak bersanding.
Lupa ke masa wedding anak Boss yang pertama, disaat kompang tengah dipukul
diluar, sapa atas pelamin? Jawapan : Shein. Hahahaha. Lagipon I dah promise
Shein petang tu I nak bawak dia pergi tengok Dinosaur Live in KL dekat Matic tu
(lagi). Kang kalau angkut dari pagi, takot sampai ke petang dia dah ngantuk and
nak berdukung naik kereta, I tak larat nak angkat. Shein 24kg ok? Berat giler.
Tahniah
Iddurah and Imran. Cantik pelamin, warna baju semua. Dah macam kawen kan? Zaman
sekarang bertunang meriah sangat kan?
Esok zaman Shein bertunang macam mana la eh? I pon
sure sama naik nak cantik-cantik jugak. Hahaha. Eh nanti bila Shein dah besar,
I akan jadik kawan baik dia. Nanti apapa semua kita share la contohnya pasal GF
ke. I tak rasa I emak yang garang. I sporting. Ishk, sebak pulak citer macam ni
kan? Semoga Mama and Shein panjang umur so that kita boleh jadik best friend.
Amin…. Ok sambung citer. I gerak dari KL dalam 11.45am kot, tak ingat. Target
sampai dulu dari Boss I (En R) tapi tengok dia sampai dulu. I berdoa jangan la
ngantuk and tertido sebab I memang macam tu, pantang jalan clear mula la layu
je mata. Penah la telelap lepas tu istifar. Tapi kali ni I hati-hati la sebab
naik kereta Sazli. Kata Sazli ‘Tu kang
Mama jangan la nak langgar-langgar divider pulak’. Hehe. Haritu I dah
calarkan rim beliau. Stressed ooo bawak kereta orang. Macam I kalau naik
divider dah relax dah. Takde gelabah ke apa. Nak buat macam mana. Gelabah pon
bukan boleh rewind. Ada sekali masa naik divider Intan dah terjerit-jerit. I
cool je. Hahahaha. Tapi dalam hati berdebar-debar sebab amenda la ni nak kena
repair tapi sebab kereta sendiri dia cool la.
Tak
ramai kawan office yang datang haritu sebab ramai yang ada hal. Yang duduk tu
Isteri Boss I. Baik sangat dia. Dia Lecturer. Kalau pergi holiday mana-mana
mesti ada je buah tangan untuk I sampai I pulak naik segan. Belakang tu Dee,
Siti Nohaliza and Kak Jue.
Paling
Kiri baju biru, tu la CEO Office I. Encik KP. Kemain segak berbaju melayu ‘Butang baju melayu aku mana Pah’. Haha.
Jangan carik pasal. I mata tak boleh nak bukak sebab silau cahaya. Dee lagi la
tak boleh bukak mata tapi I letak jugak gambar ni sebab I Ok. Orang lain tak ok
takpe. Hahahaha.
Yang baju belang tu suami Kak Jue. Sama office
jugak dengan kitorang. En Baha nama dia. Tukang ambik gambar is Dzarif.
Last-last dia takde dalam gambar.
Thank you for inviting Su en KP and family.
InsyaAllah ada rezeki, nanti sampai la untuk wedding Durrah pulak. Wife En KP
cakap suruh datang malam berinai bawak Shein. Sure or not? Kang huru-hara pulak
majlis Durrah. Hahahaha. Balik tu, I
guna jalan lain. Guna Federal tapi jem dekat Seremban boleh tahan hazab sebab
banyak traffic light. I naik tersengguk-sengguk mengantuk. Subhanallah memang
tak boleh la nak drive. Now ok jugak sikit, dulu I dekat traffic light pon ok
je pejam mata sekejap. Hahahahaha. I memang pantang naik kereta, memang
ngantuk. Tapi kalau naik kapalterbang taknak pulak I tido walaupon dah berjaga
semalaman. Sesaat pon tak boleh lelap. Itu nak pergi London? Hahahahah. Lupakan
ajer la. Phuket pon dah separuh mati nak tunggu sampai. Sampai KL dalam 3.30pm
terus I bersiap bawak Shein and Kaseh ke Dinosaur Live in KL dekat Matic lepas
tu protes taknak tengok bola sebab sakit hati tak dapat pergi. Dah la memang
pulak tu. Siot je. Hahahahahaha. Time Sazli pergi Malaysia menang, time I pergi
Malaysia kalah. I rasa betul la I takde good luck tengok bola dekat Stadium.
Cis!
-eNd-
No comments:
Post a Comment