Assalamualaikum..
Hujung tahun ni ramai eh yang sambung cuti? I takde
bawak Shein pergi mana-mana lagi so far. Plan weekend ni nak spend time dengan ongkaya
Aliah and Atiq pergi Holiday House memana sebab Altaav dah rindu Shein and
jeles Shein ada best-friend lain hahaha. Lepas tu minggu depannya pulak baru
outing dengan Adrieyl’s family maybe ke Melaka menggemukkan badan. Tak naik
kapalterbang pun (selamat). Semua driving distance je. Harap jangan la jem
beria sangat cuti-cuti sekolah ni. Malas nak mengadap jem walaupon I takde
fungsi apapa pon kalau jem ke tak. Kerjanya membuta dekat seat belakang dengan
Shein kah kah kah tapi duduk dalam kereta lama-lama pon penat jugak ok? Nanti
balik nak kena basuh baju lagi. Lepas tu sidai, lepas tu kering kena lipat
lepas tu kena susun. Haish! Baju baju baju!I memang becinta la rasa kalau
involve kain/baju ni. Memang bermasalah betul. I tak suka basuh baju dekat dobi
sebab nanti baju jadik warna gelap lepas tu nanti dia akan shrink. I don’t
like. Minggu ni kitorang takde pergi mana-mana. FINALLY setelah sekian lama,
weekend ada dekat KL. So on Saturday tu bawak Shein keluar dengan Adrieyl’s
family pergi lunch dekat Bellamy makan ikan bakar and lepas tu ke MyTown.
Ingatkan nak bagi Shein main robot yang dekat Level 2 tu, tapi dah tukar dengan
mainan lain. Pun ok jugak. Siap tu, kitorang makan dekat Street Churos and
lepas tu ikut CT beli fresh milk dekat Village Grocer and Si Shein pon sama
naik nak shopping. Sejenis perangai apa yang dia kenal barang tu, semua letak dalam
trolley. Haritu dia letak fresh milk, orange, strawberry, vitagen, banana and
some toys. Sudahnya banana je I bayar kah kah kah. Naseb member tak perasan.
This time ok sikit, haritu segala mala bawang, tomato, ginger dia belasah suruh
I beli. E! Bukan nak makan pon.
Pisang
yang Shein ambik tu macam dah riped so terus I buat cekodok pisang. Pisang tu
ada dalam 6 biji. I letak tepung sikit and gula dalam sesudu sebab pisang tu
tak manis macam pisang emas + secubit garam kasik lemak. Sedap wei!
Ada orang suka letak soda bicarbonate dalam cekodok
pisang. I tak letak pon. Petua nak sedap, tepung jangan banyak sangat. Agak-agak
je la letak. Memang takde sukatan. Lembik takpe bancuhan tu jangan keras sebab
banyak tepung nanti tak sedap. Tu je. If nak buat pancake, batter dia sama je
dengan cekodok pisang tapi tambahkan sebiji telur. Garam memang kena letak
secubit kasik rasa lemak dia naik. Nak jadik bulat macam I buat tu, masa nak
goreng guna tangan. Bulat lah dia. Kalau guna kaki tak boleh jadik bulat macam
ni. Hahahaha. Minyak mau panas betul. Lepas tu sedap dimakan dengan ice-cream
vanilla. If nak makan dengan eskrem buat la besar sikit and leperkan sikit baru
poyo. Gemok padan muka.
Cucur
Bilik + Kentang pujaan hati Shein and Abah beliau.
I buat senang je. Potong kentang dadu kecik-kecik,
bawang besar pon dadu kecik-kecik. Ikan bilis barang segenggam penampar buaya
basuh and tumbuk. Masukkan dalam tepung and pecahkan sebiji telur. Letak garam
dalam sesudu kecik cam tu and masukkan air paip yang room temperature. Agak-agak la
sendiri bancuhan jangan terlalu lembik, jangan terlalu keras. Bancuh guna
tangan je and goreng pon guna tangan. Jangan over godak nanti liat. Ada orang
suka guna air suam. I tak suka sebab nanti macam berminyak sangat. Petua? Takde
petua. Letak ikan bilis tumbuk InsyaAllah sedap. Ikut tekak I, I nak letak cili
padi. Tapi sebab Shein pon nak makan sama so tak boleh la pedas. Shein kalau
makan pedas, nanti abes meja pon dia jilat.
Manis
sangat Korean Strawberry ni. Harga dalam RM12.00 1 pack. Ni ada dekat Village
Grocer. Tachiu CT belanja I. Strawberry kalau nak manis memang jenis Korea je.
Kaler tak merah ang-ang tapi manis!
Si
Shein nampak Fish suruh amek gambar dia. Dia tanya ‘Why fish die Mama?’ Jenuh
nak menjawab.
Beli
barang seciput tapi trolley kemain besar dua orang ni kan?
-eNd-
No comments:
Post a Comment