Tuesday, December 26, 2017

Cekodok Pisang + Cucur Bilis + Shein and Adrieyl

Assalamualaikum..

Hujung tahun ni ramai eh yang sambung cuti? I takde bawak Shein pergi mana-mana lagi so far. Plan weekend ni nak spend time dengan ongkaya Aliah and Atiq pergi Holiday House memana sebab Altaav dah rindu Shein and jeles Shein ada best-friend lain hahaha. Lepas tu minggu depannya pulak baru outing dengan Adrieyl’s family maybe ke Melaka menggemukkan badan. Tak naik kapalterbang pun (selamat). Semua driving distance je. Harap jangan la jem beria sangat cuti-cuti sekolah ni. Malas nak mengadap jem walaupon I takde fungsi apapa pon kalau jem ke tak. Kerjanya membuta dekat seat belakang dengan Shein kah kah kah tapi duduk dalam kereta lama-lama pon penat jugak ok? Nanti balik nak kena basuh baju lagi. Lepas tu sidai, lepas tu kering kena lipat lepas tu kena susun. Haish! Baju baju baju!I memang becinta la rasa kalau involve kain/baju ni. Memang bermasalah betul. I tak suka basuh baju dekat dobi sebab nanti baju jadik warna gelap lepas tu nanti dia akan shrink. I don’t like. Minggu ni kitorang takde pergi mana-mana. FINALLY setelah sekian lama, weekend ada dekat KL. So on Saturday tu bawak Shein keluar dengan Adrieyl’s family pergi lunch dekat Bellamy makan ikan bakar and lepas tu ke MyTown. Ingatkan nak bagi Shein main robot yang dekat Level 2 tu, tapi dah tukar dengan mainan lain. Pun ok jugak. Siap tu, kitorang makan dekat Street Churos and lepas tu ikut CT beli fresh milk dekat Village Grocer and Si Shein pon sama naik nak shopping. Sejenis perangai apa yang dia kenal barang tu, semua letak dalam trolley. Haritu dia letak fresh milk, orange, strawberry, vitagen, banana and some toys. Sudahnya banana je I bayar kah kah kah. Naseb member tak perasan. This time ok sikit, haritu segala mala bawang, tomato, ginger dia belasah suruh I beli. E! Bukan nak makan pon.



Pisang yang Shein ambik tu macam dah riped so terus I buat cekodok pisang. Pisang tu ada dalam 6 biji. I letak tepung sikit and gula dalam sesudu sebab pisang tu tak manis macam pisang emas + secubit garam kasik lemak. Sedap wei!


Ada orang suka letak soda bicarbonate dalam cekodok pisang. I tak letak pon. Petua nak sedap, tepung jangan banyak sangat. Agak-agak je la letak. Memang takde sukatan. Lembik takpe bancuhan tu jangan keras sebab banyak tepung nanti tak sedap. Tu je. If nak buat pancake, batter dia sama je dengan cekodok pisang tapi tambahkan sebiji telur. Garam memang kena letak secubit kasik rasa lemak dia naik. Nak jadik bulat macam I buat tu, masa nak goreng guna tangan. Bulat lah dia. Kalau guna kaki tak boleh jadik bulat macam ni. Hahahaha. Minyak mau panas betul. Lepas tu sedap dimakan dengan ice-cream vanilla. If nak makan dengan eskrem buat la besar sikit and leperkan sikit baru poyo. Gemok padan muka. 


Cucur Bilik + Kentang pujaan hati Shein and Abah beliau.

I buat senang je. Potong kentang dadu kecik-kecik, bawang besar pon dadu kecik-kecik. Ikan bilis barang segenggam penampar buaya basuh and tumbuk. Masukkan dalam tepung and pecahkan sebiji telur. Letak garam dalam sesudu kecik cam tu and masukkan air paip yang room temperature. Agak-agak la sendiri bancuhan jangan terlalu lembik, jangan terlalu keras. Bancuh guna tangan je and goreng pon guna tangan. Jangan over godak nanti liat. Ada orang suka guna air suam. I tak suka sebab nanti macam berminyak sangat. Petua? Takde petua. Letak ikan bilis tumbuk InsyaAllah sedap. Ikut tekak I, I nak letak cili padi. Tapi sebab Shein pon nak makan sama so tak boleh la pedas. Shein kalau makan pedas, nanti abes meja pon dia jilat. 


Manis sangat Korean Strawberry ni. Harga dalam RM12.00 1 pack. Ni ada dekat Village Grocer. Tachiu CT belanja I. Strawberry kalau nak manis memang jenis Korea je. Kaler tak merah ang-ang tapi manis!


Si Shein nampak Fish suruh amek gambar dia. Dia tanya ‘Why fish die Mama?’ Jenuh nak menjawab.


Beli barang seciput tapi trolley kemain besar dua orang ni kan?

-eNd-

No comments: