Assalamualaikum..
Dengar cerita harini ada orang kena denda tak boleh
pegang iPad at all. Hahahaha. Padan mukeeeee. Rindu pulak dekat Shein. Now dah
la makin garang. Dengan Mama lagi lah garang. Kadang-kadang Mama tak salah apa
pon kena marah. Perangai menjadi-jadi. Kalau cenggini punya perangai, Mama
ucapkan good luck la pada bakal isteri Shein nanti. Hahahaha. Tapi dalam garang
dia, Shein also rajin (but ikut mood). Dah boleh harap la kalau nak mintak
tolong apapa. Mintak tolong ambik air ke, tutup lampu ke, ambik remote ke semua
dah boleh harap. Tapi sampai perangai SamDol, blanket dia sejengkal pon sanggup
nanges yang tak keluar air mata sebab nak suruh Mama ambikkan jugak-jugak. ‘Mama, take that blanket. It’s Shein. S H E
I N’. Siap eja nama dia, macam Mama taktau Shein tu sapa ewah engkau? Esok
12 December Shein 5 tahun dah. Alhamdulillah… Tak sangka dah 5 tahun dah ko
Shein. Rasa macam baru je semalam Mama lahirkan Shein. Now dah 5 years dah.
Lagi 2 tahun masuk darjah satu dah dia. Baba punya cita-cita nak masukkan Shein
Sekolah Kebangsaan. Biar dia hidup macam mana Baba besarkan Abah dia dulu. Abah
and Mama pulak tak harap takot dia kena buli. Abah lagilah risau. Abes kalau
dah vocab Melayu pon very limited macam mana? Tanak, busuk, sakit dengan mana
je dia tau acane? Hahaha. Shein kan speech delay, so dia banyak cakap/learn
dalam English. Lebih mudah untuk dia and dekat BBI pon memang ramai kawan from
different country so kena la cakap English. Hari semalam masa pergi kedai dekat
kampung risau jugak orang cakap Poyo ke apa sebab Shein mana nak cakap Melayu
but then, orang tau ke apa masalah anak kita? I ada pernah terbaca status
friend list dalam FB ‘Sian aku tengok Mak
beria cakap English dengan anak, padahal anak entah paham entahkan tak. Diam je
aku tengok’. Mudah benar orang nak judge kan? Dia tau ke masalah orang lain
macam mana.
Last
week did a haircut dengan Abah. Mama cakap, ni last buat macam ni punya hairstyle.
Style tempurung ni. Nanti next, kita buat haircut yang matang sikit sempena
Shein dah 5 years Old.
Kemain beria tutup mata. Hahaha. So cute. (Aci ke cakap anak sendiri cute?)
Progress Shein so far so good. Dia lambat cakap of
coz I risau but progress dia so far alhamdulillah. Day by day dah banyak dah
good improvement dia yang I tengok. Kitorang dah ada 2 way communication, dia
paham most of the instruction. If he doesn’t, I tau dia bukan tak paham but dia
just stubborn sebab dekat School dia ok je. I ada baca untuk bebudak speech
delay ni kekadang 7-8 years old baru la dia boleh borak macam orang lain. For
Shein, I tau dia cuma ada masalah speech je. Bukan masalah lain macam autistic.
Dia mix well dengan peer dia, dia boleh try new thing each time. If nak compare
dengan peer dia yang takde masalah speech macam dia of coz la jauh Shein
tertinggal sikit but then buat apa nak stressed? Dia baru nak masuk 5 years old
pon. I know sekarang Shein on the right track pun dekat BBI. I know dekat sana
takde pilih bulu and abaikan budak-budak yang ada masalah macam Shein. Dorang
ajar sama rasa in fact bagi lebih attention lagi pada yang kurang dekat
mana-mana. I ada dengar, untuk masuk Darjah 1 Sekolah Kebangsaan now ada buat
test eh? Kalau tak lulus test dah tu acane? So memang dari darjah satu la yang
dorang dah asingkan bebudak bijak and kurang bijak? Seawal darjah satu dah ada
diskriminasi eh? Ke macam mana? If ada, seriously I don’t get it. Rasa macam
tak fair untuk bebudak yang masih kecik ni. Sian dorang. Mana yang pandai,
Cikgu bagi attention lebih. Mana kelas hujung macam mana pulak? Allah..
Kesiannya….
Parent’s mana yang taknak terbaik untuk anak-anak.
For Shein, selagi Mama and Abah mampu, InsyaAllah kitorang akan work hard for
Shein. Pakailah Snow White sampai abes hutang pon takpe asalkan Shein dapat
good education. InsyaAllah mama bersyukur dengan apa yang ada. Hurm tapi..... Hurm…
Oklaa hurmm. Hahahahhaha. Okla bye. Hahahah.
-eNd-
6 comments:
sorry kak su, i don't think diskriminasi, i think so that the kids yg lambat catch up tak rasa pressured in a class dgn org yg lebih cepat catch up. I've been in that kind of situation bila tak pandai nk hafal sifir and org lain dh hafal and the cikgu was so demeaning and condescending. kalau the kid same class with other kids yg sama progress then dia tak rasa pressured.
Ada baik dan buruk juga pengasingan kelas ni..nampak macam diskriminasi..but if look at the bright side..membantu jugak..cuba bayangkan if fast and slow learner ni dicampurkan mereka akan jadi stress..yang laju stress sebab nak tunggu yang lambat..yang lambat stress sebab kena kejar yang laju..tapi berbalik jugak pada pelaksanaan dari pihak sekolah..ada yang bila kelas belakang2 mereka tak bagi tumpuan..kelas depan2 je yang dapat full attention..ni semua sebab nak jaga ranking nama baik sekolah..
Test utk thn 1 bkn nk diskriminasi kn murid tp utl thu sjauh mne kbolehan murid kuasai 3M...so dun worry ok...
Test utk thn 1 bkn nk diskriminasi kn murid tp utl thu sjauh mne kbolehan murid kuasai 3M...so dun worry ok...
Test tu bkn utk diskriminasi...tp utk lebih jelas teknik dan pendekatan yg sesuai utk pelajar yg lemah.dan of co utk 3m...🤗
Agree.. dulu masa sekolah bila masuk kelas pandai rasa rendah diri dan x motivated...berlainan bila masuk kelas kedua lebih happy pegi skolah..lebih konfiden...kedudukan pun maintain top 5 dlam kelas...tpi masuk kelas first ja terus drop result...sbb saya tau tahap saya average jaa..
Post a Comment