Ingat tak I pernah cerita pasal dekat area rumah I
ada jual Nasi Lemak Kukus sedap kan? Korang boleh baca entry tu dekat sini. Sekarang
ni bukan setakat tu je ada ok? Memacam menda lain dah ada. Existing ada Putu
Piring, Nasi Lemak Kukus, Apam Balik, Laksa, Nasi Budget, Goreng Pisang Cheese
now tetiba ada Jagung Manis Rebus, Keria Gula Melaka and ada Air Mangga | Air Teh
Madu | Air Green Tea. Perrrghhhhhh semua rasanya memang tak menghampakan at
all. Mengganas betul dah gerai-gerai dekat sini. Kalau tak kuat iman, memang
boleh naik la badan. Serious. Naseb baik I pakai House of Corset. So bila nak
makan lebih je dia marah I so menteeeeeen. Hahahaha. Yang Keria Gula Melaka tu
memang rasa dia 99.9% sama dengan Keria Gula Melaka yang dekat Melaka tu. Same
size, same fluffy. I suka yang ni better sebab makan time panas-panas. Harga
RM0.60 seketul. Haritu I tanya if RM5.00 dapat berapa, dia cakap dapat 8 ketul.
Patut dia kasik la belen 20 sen kan? Tapi tak bagi. Takper laaaaa I halal. Cuma
I prefer next time dia meniaga kena jujur sikit je la. Bukan soal 20 sen pon
berkira. You got what I mean? Ni soal integrity. Yang I beli ni semalam. Keluar
rumah 1.00pm memang tengah panas-panas la makan. Sedapnyaaaaaaa. Tak cukup beli
sekali, repeat pulak lagi petang tu dengan GF I. I taknak dah makan tapi dia
keep on hulur dari belakang. Itu lah perangai Ibu sejati. Anak gemok ke,
cholesterol tinggi ke dia peduli apa. Janji anak dia selera makan and makan
banyak. Yang tu dia puas hati. Kan? Ke Mak aku sorang je perangai suka tengok
anak gemok macam ni? Hahahahaha.
Debab-debab
kan? Memang sedap. Now kalau tingin Keria Gula Melaka takyah dah susah-susah
nak pergi Melaka. Ampang pon ada maaaaaa.
Close
up skek. Harap jangan ada air liur menetes atas keyboard.
Yang
ni pulak Green Tea, The Madu and Mango. Semua sedap! RM1.50 je segelas besar
macam ni you. Murah giler.
Location gerai-gerai ni terletak depan Permai Court
Ampang. If korang bukan orang Ampang yang macam lagu Joe Flizzow feat Altimet
tu boleh Waze Permai Court Ampang or Kolej Islam As-Soffa. Gerai ni dibukak
everyday dari tengahari sampai dalam pukul 6.00pm macam tu. Tapi jangan expect
dia akan ada every day. Ikut naseb. I pernah dulu tinginnnnnn giler nak makan
cakoi, tiba hari nak makan, gerai tu tak bukak. Tingin nak makan Popia Basah,
bila sampai sana kulit dah abes la apa la. Rasa macam nak terbalikkan ajer
meja. So ever since that I chill je. Ada takpe, takde kalo anggap je la takde
rezeki. Nak buat macam mana. So bila macam tu dia lebih relax and hati boleh
tenang. Bab makan, I memang agak sensitive sampai boleh merajuk, nanges, moody
sepanjang hari. Now dah tetua ni malas nak beria sangat tingin. Relax je. Tapi
haritu tingin nak makan seedless grapes, dalam kereta nanges. Kah kah kah. Adoi
la. I kan now banyak fikir sorang-sorang, study perangai moody Shein dengan nak
kena pujuk elok-elok kalau bercakap, kena manja-manjakan, keras kepala semua, I
realized dia banyak ikut perangai I. Hahahahah. So nak marah dia pon, kena
cermin diri sendiri sebab mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ni yang tetiba
kuar citer Shein dah kenapa? Okbye!
-eNd-
I warga Ampang, taktahu pulak Permai Court kat mana T_T takpe nanti I google. gebu betoi.
ReplyDelete