Thursday, December 21, 2017

Keria Gula Melaka Ada Dekat Ampang

 Assalamualaikum.

Ingat tak I pernah cerita pasal dekat area rumah I ada jual Nasi Lemak Kukus sedap kan? Korang boleh baca entry tu dekat sini. Sekarang ni bukan setakat tu je ada ok? Memacam menda lain dah ada. Existing ada Putu Piring, Nasi Lemak Kukus, Apam Balik, Laksa, Nasi Budget, Goreng Pisang Cheese now tetiba ada Jagung Manis Rebus, Keria Gula Melaka and ada Air Mangga | Air Teh Madu | Air Green Tea. Perrrghhhhhh semua rasanya memang tak menghampakan at all. Mengganas betul dah gerai-gerai dekat sini. Kalau tak kuat iman, memang boleh naik la badan. Serious. Naseb baik I pakai House of Corset. So bila nak makan lebih je dia marah I so menteeeeeen. Hahahaha. Yang Keria Gula Melaka tu memang rasa dia 99.9% sama dengan Keria Gula Melaka yang dekat Melaka tu. Same size, same fluffy. I suka yang ni better sebab makan time panas-panas. Harga RM0.60 seketul. Haritu I tanya if RM5.00 dapat berapa, dia cakap dapat 8 ketul. Patut dia kasik la belen 20 sen kan? Tapi tak bagi. Takper laaaaa I halal. Cuma I prefer next time dia meniaga kena jujur sikit je la. Bukan soal 20 sen pon berkira. You got what I mean? Ni soal integrity. Yang I beli ni semalam. Keluar rumah 1.00pm memang tengah panas-panas la makan. Sedapnyaaaaaaa. Tak cukup beli sekali, repeat pulak lagi petang tu dengan GF I. I taknak dah makan tapi dia keep on hulur dari belakang. Itu lah perangai Ibu sejati. Anak gemok ke, cholesterol tinggi ke dia peduli apa. Janji anak dia selera makan and makan banyak. Yang tu dia puas hati. Kan? Ke Mak aku sorang je perangai suka tengok anak gemok macam ni? Hahahahaha.


Debab-debab kan? Memang sedap. Now kalau tingin Keria Gula Melaka takyah dah susah-susah nak pergi Melaka. Ampang pon ada maaaaaa.



Close up skek. Harap jangan ada air liur menetes atas keyboard.


Yang ni pulak Green Tea, The Madu and Mango. Semua sedap! RM1.50 je segelas besar macam ni you. Murah giler.

Location gerai-gerai ni terletak depan Permai Court Ampang. If korang bukan orang Ampang yang macam lagu Joe Flizzow feat Altimet tu boleh Waze Permai Court Ampang or Kolej Islam As-Soffa. Gerai ni dibukak everyday dari tengahari sampai dalam pukul 6.00pm macam tu. Tapi jangan expect dia akan ada every day. Ikut naseb. I pernah dulu tinginnnnnn giler nak makan cakoi, tiba hari nak makan, gerai tu tak bukak. Tingin nak makan Popia Basah, bila sampai sana kulit dah abes la apa la. Rasa macam nak terbalikkan ajer meja. So ever since that I chill je. Ada takpe, takde kalo anggap je la takde rezeki. Nak buat macam mana. So bila macam tu dia lebih relax and hati boleh tenang. Bab makan, I memang agak sensitive sampai boleh merajuk, nanges, moody sepanjang hari. Now dah tetua ni malas nak beria sangat tingin. Relax je. Tapi haritu tingin nak makan seedless grapes, dalam kereta nanges. Kah kah kah. Adoi la. I kan now banyak fikir sorang-sorang, study perangai moody Shein dengan nak kena pujuk elok-elok kalau bercakap, kena manja-manjakan, keras kepala semua, I realized dia banyak ikut perangai I. Hahahahah. So nak marah dia pon, kena cermin diri sendiri sebab mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ni yang tetiba kuar citer Shein dah kenapa? Okbye!

-eNd-

1 comment:

Cici said...

I warga Ampang, taktahu pulak Permai Court kat mana T_T takpe nanti I google. gebu betoi.