Tuesday, January 2, 2018

Grilled Salmon By Chooyaya

Assalamualaikum..

Kata Sazli azam tahun 2018 nak turunkan balik berat badan dia and nak start eat clean sama macam masa dia hilang 14kg dulu (lepas tu tak jaga makan, nah kau naik balik). Kata dia masuk je 1st Jan 2018 lah diet. Tapi Isnin pagi I tanya breakfast apa dengan Mak and Tok Che Amah, dia jawab ‘Nasi Lemak’ T___T. Lepas tu pulak petang membawak ke malam lepak dengan Shariffah, Mr David and Rayyan dekat Melting Pot Concorde sekianlah sedulang Fettucini Carbonara dengan Pizza bagai dia belasah tapi pagi tadi I bekalkan dia Mixed Salad + Boiled Egg + Caesar Salad Dressing. Tengok mampu ke dia tak bertahan sampai malam makan tumbuh-tumbuhan je and tak makan menda lain. But Sazli, if dia bersungguh buat something, dia memang akan buat. Dulu masa yang hilang almost 14kg tu, consistently 2 times/week dia akan run dalam 3km. Untuk this year, I dengar dia nak enroll Kickboxing guna Personal Trainer. So kita tengok jauh mana dia boleh pergi. Sebagai isteri, I pasti akan sama naik stressed lepas tu sebab terpaksa jugak kurus. Jadiknya kejayaan I dalam mengekalkan/menurunkan berat badan sebenarnya bergantung kepada usaha Sazli jugak. Bersungguh dia, bersungguh la I. Diet taik ayam dia, I up diet taik kucing. Hahahahha. But meanwhile meh I share dengan you all apa yang I masak for Sazli the other day time jumpa Salmon Fresh + (Sale) dekat Cold Storage. I buat Grilled Salmon yaw! Senang je nak buat. Goyang tetek dah siap. Hahahahahaha.


Griled Salmon with Sesame Dressing Salad. Wow. Nama taknak kalah. Nampak tak I grilled sekali lemon tu. Poyo kan? Bajet Masterchef. Hahahahha.


Cara nak prepare? Senang je. Salmon tu lepas basuh lap lap lap sampai takde any air dah. Lumur dengan olive oil + crush black pepper + salt. Itu je. Panaskan olive oil dalam pan. Dah panas, masukkan salmon. Skin side dulu dalam 7-8 minutes and terbalikkan. Masak dalam 7-8 minutes jugak. Jangan sampai over cook and jangan pulak tak masak. Lemon pon I grilled je sekali. Sebab I rasa macam rasa lebih sedap. Hidangkan dengan Mixed Salad yang I gaul dengan Sesame Dressing jenis Kewpie. Siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!! Preparation time less than 30 minutes. Share dalam FB/IG lepas tu ada yang bagi macam-macam recipe lain. Ada yang guna Oyster Sauce jugak tapi I tingat dulu Kid penah pesan, Salmon ni cukup dengan salt and pepper je. Takyah menda lain sebab nanti akan kacau the taste. Macam I, I prefer raw salmon than cooked one. Tanya Sazli sedap ke tak, dia jawab ‘Mama, nanti beli lagi Salmon and Salad buat macam ni. I nak makan hari-hari’. S E D A P lah tu maksud dia. Kah kah kah.


-eNd-

2 comments:

Juls Julie80 said...

azam 2018 nak kurossssssssssss jugak tapi arini makan nasik time lunch & dinner..

x dpt menolak kalau ade cencaluk Bintulu + limau nipis + cili apiiiiiiiiiiiii

sobn sobsss sobsss

Chooyaya! said...

juls julie80 : ikut macam sazli je la. dia cakap mggu ni dia cheat week. start isnin depan. lepas tu jgn la pulak cheat month and cheat forever. hahahah