Pages

Tuesday, April 21, 2020

Restoran Beriani Asif With Geng Serai

Hi everything, I post balik entry ni sebab
1) Macam teringin nak makan Asif, 
2) Rasa rinfu dengan Geng Serai
3) Sebab lapar

publish : 17/1/2018
re-publish : 21/4/2020


Assalamualaikum.

Tachiu la Ongkaya Aliah bawak I makan sedap dekat Restoran Beriani Asif (Pakistani Restaurant) dekat lorong-lorong gelap area Bukit Bintang sana ni. Sini best la wei. Restaurant ada aircond and semua pon sedap. Seriously, restaurant ni memberi I different thought and view of Nasi Beriani gitchew. Kalau sebelum ni, if Boss I nak makan Nasi Beriani untuk jamuan apapa dekat office memang tak la I nak sentuh. Sebab I tak suka makanan hari raya (bersantan). I suka yang sambal-sambal cenggitu. Ongkampung kan suka makan sambal-sambal ni? Kalau Hari raya tu, if Mak masak Kari, yang sebelum masuk santan, I mintak asing. Makan dengan kicap, lagi sedap. Punya taknak ada santan. Hahaha. I memang tak berapa suka Beriani ni sebenarnya. Macam Nasi Minyak, Nasi Kandar, Nasi Tomato pon I tak berapa suka. Ada la tingin sesekali yang maybe once a year camtu. Yang I suka hanyalah Nasi Ayam Penyet, duit yang banyak untuk shopping serta tido dalam bilik yang sejuk ada blanket comfy macam hutel. Eh, tu dikira jugak ke? Hahahaha. Bongok I. Sini memang sedap. Sedap yang REALLY SEDAP. SERIOUSLY. Korang kena try jugak sini one day. Lepas tu jangan lupa order Cheese Naan as well. Pon sedap. Dia punya Mango Lassi pon sedap jugak. Kaw and fresh. Price pon takde la mahal sangat. Semua between RM10-RM30.00++ je macam tu. Kalau tengok menu dekat sini yang paling mahal is Lamb Karahi RM35.00 and yang lain below RM30.00 pon, so tersangat affordable. Masa memula Aliah cakap Beriani I macam terkejut la jugak sebab dia tu mana boleh kedai panas-panas kang nanti muncung sedepa. Sekali datang sini baru I tau. No wonder la Drama Queen ni suka. Selesa and ada class rupanyaaaaa. Tak sangka dekat lorong-loronng macam ni tetiba ada restoran best. Jom tengok gambar.


Yang ni Mango Lassi. Ambik satu jug terus. Harga satu jug RM15.00, satu gelas RM5.00 so kalau nak berbaloi lepas ni korang datang 3-4 orang ambik 1 jug je. Kalau tak abes, paksa minum sampai habes jugak sebab membazir amalan syaitan. Ini guna mango fresh eh? Please. (Dah I nak belagak kenapa)



See? Tak ke nampak sedap tu? Mango Lassi ni is Mango + yogurt. Sedap!

.

Cheese Naan ni terbaik ok? Sedaaaaaap. RM6.00 je. Murah kan? Harga standard kedai Mamak.


Ini memang hero of the day la. Lamb Karahi. Harganya ialah RM35.00 (Ni la yang paling mahal) tapi seriously seeeeeeedap. Eh, I rasa I patut jadik Pengacara JJCM la. Kan? Sesapa tolong suggest dekat Producer JJCM boleh? Haha.



Yang ni nama beliau is Aloo Ghobi. Harga RM8.00 sajoooo. Ni cauliflower ni. Masak kari. Memandai je I cakap masak kari hahahah. Tapi makan dengan Nasi Beriani layan bro.


Ni semua ni semua lauk yang Aliah pilihkan. Memang semua sedap. Yang timun+tomato macam acar tu complimentary.



Ni I makan. Plain Beriani RM5.00 + Lauk-lauk + Cili Potong TERSANGAT LAH SEDAP! Cili tu korang mintak la. Kalau nak gigit sebijik-sebijik pon Ok. Sedap! Krup krap makan.

I cakap ni, Dyba sure dapat imagine I makan macam mana. Sebab kata dia, I dengan Shein kalau makan memang nampak selera je. Tak kisah la makan apa sahaja pon, memang nampak sedap hatta buah semata-mata. I pon perasan menda yang sama. If I makan, sapa tengok sure tingin. Biasanya Sazli la. Tu dia suka makan makanan I. Kekadang lauk sama eh dalam pinggan dia, tetap nak nasi aku jugak. Siap suruh gaulkan yang macam Mama punya. Dah gaul, pas balik dekat dia T_____T Now I tengok Shein makan, selera je nampak. Kekadang dia makan Nasi+Sayur pon nampak selera je cara dia kunyah tu. Hahaha. keturunan jenis appreciate makanan. Haritu I kasi dia try makan Maggie Asam Laksa (not healthy, but sesekali boleh bagi) Dia boleh makan 3 packet one shot. Giler ker apa? Hahahaha.



Ni I belanja keadaan dalam restaurant macam mana. Sejuk ada aircond. Selesa. Atiq tu dah abes cute la buat muka macam tu?




Ok, group photo. I namakan group ni as ‘Geng Serai’. Ada kisah sebalik nama ni, tapi I tak boleh share sebab R A H S I A. They are my happy pills (^_^)

Tadi Atiq hantar gambar dalam group suruh beli Walkie Talkie. Senang kalau nak keluar takyah la call. Dah la henpon Sazli 4 kali call masuk voicemail. Senang pakai Walkie Talkie je. I cakap dekat Aliah, kena beli 6 la sebab isteri-isteri pon nak guna jugak. ‘Hello, hello Aliah, I dekat kedai tudung. Roger’. ‘Berita terima, roger and out’. Waaaaahhh dah macam Secret Service wei, POWER GILER! Hahahaha. Tapi I saspek kalau beli 6 je, so Altaav, Adrieyl dengan Shein takkan nak tengok je? Maksudnya kena beli 9 la senang semua sorang satu. Masuk jamban pon bawak nanti boleh cakap macam ni. ‘Bola satu dalam jamban. Over’. HAHAHAHAHAHA. Ajer mampos. Tapi best jugak kan? Serious macam Secret Service. Kepada Aserk, ko ingat ko je ke polis boleh ada Walkie Talkie? Kitorang pon boleh laaaaaaaaaaaaaaaa! *Padahal Aserk tak pernah belagak apa pon. Tetiba nama dia kena petik. Haha. Dah tu, sapa suruh kerja polis? Kah kah kah.

Restoran Beriani Asif
9, Jalan Padang Walter Grenier, Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Open everyday 10.00am – 10.00pm


-eNd-

5 comments:

  1. mmg restoran fav masa kt opis lama sbb jln kaki je...sejak dh pindah opis kt shah alam..lama xjejak ke asif...rindu mango lassi , garlic cheese naan, lamb grill, chicken masala, lamb shank

    ReplyDelete
  2. mama tisya : takpe awak, kita makankan eh?

    ReplyDelete
  3. Kak Su, kenapa lawak sangat ni?
    Gelak2 sy baca depan PC ofis ni..
    Hahahaha...

    Buat sy rasa lapar pun ye jugak membayangkan
    makan nasi beriani gaul cili potong tu..aduii

    ReplyDelete
  4. salam kenal dari akak dear.

    selalu dengar resto ni. tapi akak tak pernah sampai. now kat shah alam dah ada pakistani resto. but m sure rege yang ni jauh lebih murah berbanding yang ada di shah alam ni.

    ReplyDelete
  5. azian elias : salam kenal akak. yg ni harga dalam 20-30 satu dish
    takde murah, takde mahal sangat. sederhana.

    ReplyDelete