Pages

Monday, April 20, 2020

Resepi Mudah Biskut Cornflakes Rangup

Assalamualaikum..

Hari semalam I akhirnyaaaaaaaaaaaa berjaya buat Cornflakes Cookies selepas almost 2 minggu menyimpan angan-angan. Hahahaha. Punya lama kan? Macam cookies ni I macam lemau sikit nak start sebab proses dia agak lama nak kena buat. Lepas 2-3x masuk Oven baru siap satu adunan. Jenuh nak menunggu. Tapi kalau buat Cake or Brownies senang. Sekali masuk, jalaaan. Siap terus. I rasa I kena beli baking tray yang lebar and besar sikit so banyak boleh bakar at one time. Now I guna baking tray untuk Grilled Ayam tu. So sikit je. Kalau cookies tu one time boleh masuk 15pcs je. Memang mereput nak tunggu siap. I agak untuk any cookies standard size, maybe boleh dapat 60-70 pcs macam tu. Conrflakes Cookies ni one of my favorite. Actually I kurang sikit makan cookies. If makan tu, sebiji dua je. Lepas tu dah. Biskut yang fancy-fancy I tak suka sangat. Tapi kalau yang I suka tu memang berbalang lah boleh habes. I suka yang ada rasa susu-susu.

Semalam I dah beli Cocoa Crunch. Ingat nak buat nanti bila-bila. Maybe esok la kot? Nak buat harini dah occupied with Sazli punya cake. Harini birthday dia... I ingat nak buat la Chocolate Cake ke apa ke kat dia, yang fancy-fancy. Sekali dia cakap. 'Mama, I nak Kek Orange tau?' Hahaha. Padahal dah 3 hari 3 malam study nak buat chocolate ganache. Bahan semua siap dah beli. Takpelah, some other time. I ni suka la nak baking semua tapi Saz and Shein ni makan ala kadar je. Brownies tu je la kalau jalan pon. I pon kurang jugak sebenarnya tapi suka nak buat. Nanti habes CMO kalau buat tu boleh la bagi the girls. Dorang tu suka je makan apapa. Janji nama dia makanan, semua pon happy. Anyway, harini I share resepi nak buat Biskut Cornflakes Rangup ni. Korang boleh cuba tapi jangan derhaka pada resepi. Ikut semua 100% with suhu oven sekali. Jangan nak cepat siap, shortcut lepas tu tak jadi takpon rasa macam 'Eh, ni kalau tambah telur lagi lembut ni'. JANGAN. Tak jadi nanti baru padan muka.


Biskut Cornflakes Rangup. Rasa dia, rangup dia, manis dia just like apa yang I imagine and apa yang I suka. Puas hati sangat. Next round I nak letak raisin sikit. Lepas ni nak makan, buat je sendiri. Susah nak cari yang macam ni punya shape jual kat luar sana. Kalau ada pon RM39.00 sebekas. Dulu rasa mahal. Bila buat sendiri dengan penat menunggu semua rasa macam berbaloi ke untung orang jual cookies ni? Hahahaha.
Bahan-Bahan
  • 200 gram butter
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tbs essence vanilla
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tbs baking powder (Or boleh guna tepung naik sendiri, tak payah dah baking powder)
  • 1/4 cawan tepung jagung
Cara Membuatnya
  • Pukul butter dengan gula sampai lembut. I guna hand mixer dalam 5 minutes macam tu. Kalau nak guna food processor pon boleh.
  • Lepas tu masukkan kuning telur dengan essence vanilla. Pukul lagi dalam seminit.
  • Kemuadian masukkan tepung gandum + baking powder/tepung naik sendiri dengan tepung jagung. Guna spatula je. Mixed well.
  • Ramas kasar cornflakes. Macam I, I tak ramas sebab I memang nak cornflakes kasar-kasar macam tu.
  • Bulatkan adunan and golek atas cornflakes. Tekan-tekan sikit bagi dia masuk dalam adunan.
  • Letak dalam baking tray and bakar selama 27 minutes pada suhu 150'. Suhu ni terpulang pada oven masing-masing tau? 



Ingat, telur tu yang kuning sahaja.


Bila masukkan tepung, kacau dengan spatula je. Jangan beria sangat kacau nanti adunan lembik.


Nanti dia akan jadi macam ni.


I buat size duit 20 sen, tu pon besar jugak bila dah siap. Nak comel-comel, korang buat kecik-kecik je tau?


Bila dah siap bakar, dia akan kembang macam ni. Tunggu sejuk sebelum masuk dalam bekas.


Biskut Cornflakes Rangup is doneeeeeeee!!

So, selamat mencuba buat Biskut Cornflakes ni. Nak tambah apapa dalam tu macam raisin, cherry I rasa OK je. Cuma dry ingredient tu korang jangan la ubah. I guna Planta je this time, ok je. Nak guna margarine lain pon OK jugak. Nak kurangkan manis pon takpe. Maybe boleh letak 1/3 je gula. OK? I halalkan semua resepi yang I share ni untuk nkorang business ke, nak jamu orang makan ke. Takpe. All recipe termasuklah Soto ke apa semua. I tau, kadang-kadang kita frust dah ikut resepi sebiji-sebiji tapi tak jadi. Sebab tu la apapa yang I buat, I cuba dulu and I akan share exactly apa yang menjadi tu. So semua orang kena sayang I lebih now. 

-eNd-

No comments:

Post a Comment