Pages

Monday, January 29, 2018

Woman and Car

Assalamualaikum..

Last 2 weeks, I langgar dinding rumah masa nak turun parking. Kuat jugak la sampai bergegar kereta. Takde pon lepas tu gelabah nak berenti and tengok tahap mana injured kereta I. Lantak jer la, malas nak fikir. I Redha sambil meneruskan perjalanan but this time I agak memang rebeh la bumper sebab kuat kan goyang? Hahaha.. Lagipon I dah biasa. Level biasa naik divider, langgar dinding semua sampai takde rasa apapa dah bila lepas kejadian. I BERDOA jangan la upgrade langgar orang pulak. Tong sampah, cone takper lagi. Tapi tak gelabah tu kalau kereta sendiri la. Tu ari langgar divider guna kereta Saz panas jugak bontot I. Nak nanges semua ada. Lepas tu malam bila Saz dah masuk bilik, baru I WhatsApp dia. ‘Papa, I nak buat pengakuan. I langgar divider’. Lepas tu I send gambar dekat dia. Saz cakap dia tak marah. Tapi sampai sekarang takde dah dia offer kot-kot nak bawak kereta dia pergi kerja. Kah kah kah. Serik lettew. So masa Khamis tu, I terus call Bapak. ‘Hellowwwww Bapak, Bapak kat mana? Dah makan? Sihat tak?’ Lepas tu Bapak gelak-gelak je and cakap ‘Seram pulak Bapak hang ni call suara manis je tanya dah makan ke belum. Hang nak apa?’ HAHAHAHAH. Dia macam dapat baca la wei. Lepas tu I cakap, I langgar dinding and tak larat dah nak tengok. Mintak Bapak tolong tanya Workshop yang dia biasa buat. Ikut hati I, harini jugak I nak repair. Kata Bapak, dia mintak I bersabar. Nanti dia tolong hantarkan but not today sebab dia tengah OTW nak main golf. Dalam sejam lepas tu dia cakap Ah Chong busy and only available on Tuesday next week. Kata Bapak, suruh I bawak kereta pejam mata je la sementara nak repair tu and dia suggest lepas ni I tukar bawak lori je lah. Takde dah masalah nak langgar-langgar macam sekarang. Perli I la tu.


Nah I belanja sikit gambar. But ni sikit. If tengok view lain dengan terkopek dekat bawah bumper tu, lampu terkopek and macam-macam kecederaan keliling kereta. I pukul habes ye? Kiri kanan bawah tu kemek. Belakang lagi. Side mirror lagi. Hebat giler I.


So appointment set on Tuesday. Nanti Isnin I hantar kereta dekat Bapak and dia akan hantar la pergi Ah Chong. Bapak tanya, nanti nak ‘sewa’ kereta Kembara bawak pergi kerja? Kan I takde kereta? I cakap I taknak kalau Kembara. Kereta tu tak larat nak naik parking office I lagipon tak sesuai dengan Imej I. I tak boleh carry bawak Kembara. Kalau Bapak nak bagi Kembara jugak, I rela naik Uber. Hahahahah. Lepas tu kata Bapak ‘Aku tak pernah jumpa orang macam ni. Dah la kita nak bagi kereta FREE tak payah sewa, belagak pulak tu. Duit pon takdak banyak lagi belagak’. I jawab ‘whatever you say Bapak’. HAHAHAHAHA. I memang macam tu dengan Bapak. Dia belagak, I sama naik belagak. Taknak kalah. Akhirnya sebab kesian, Mak bagi pinjam kereta dia jenis Kia Spectra. Yang tu I Ok. Kereta ni sama level dengan I jugak kemek sana sini. Tapi takde la sampai bumper rebeh. Kata Mak, dia taktau kenapa jadi macam tu. Bukan dia buat. Dia tak ngaku dia buat. Lagi power Mak jenis tak ngaku terus. Hahahahahha. Lepas hantar kereta dekat Ah Chong, Bapak tanya. Berapa budget I? I cakap I ada seribu je. If lebih, I taknak tanggung. Pepandai la Bapak deal. Kata Bapak ‘Orang macam ni pon ada ka?’ HAHAHAHAHA. Yerla… I cakap Ikhlas. Lagipon I macam tak redha nak spend banyak-banyak touch up kereta. Sian I. Penat kerja lepas tu duit abes sebab touch up kereta APERHAL???

Sudahnya Bapak cakap bagi RM600.00 je, total bill RM1,500.00 Tachiu Bapak! I cakap ‘Bapak, Thank you. You are so kind’. Lepas tu dia gelak-gelak cakap ‘I’m forced to be kind’. Ah lantak la… Janji I tak keluar duit banyak sangat. I tau dia boleh je bayarkan semua, tapi dia nak I take part and bertanggungjawab. Suruh I hati-hati kalau nak langgar apapa lepas ni. Kang dah tau free, abes semua menda aku bedal nak langgar. Dah la dia belagak ok? Masa I bagi kunci kereta dekat dia and dia try bawak, dia cakap dia tak biasa bawak kereta murah. Jenis nak start takde start button T_____T OMG Bapak. Hahahahah. Tapi Bapak belagak I takde ambik hati langsung. Sebab I pon akan melawan sama belagak. Kekadang dah puji, lepas tu take back selamba je. Cakap takjadi la kata dia handsome (sebab time tu seluk kocek seluar dia ada RM20.00 je) HAHAHAHAHAH. Lagipon dia redha dah I macam ni. Dia cakap ‘Do I have a choice?’. Yerla, Sazli anak tunggal. Nak taknak, I la anak pempuan dia sorang and dia kena sayang I sorang je. YES!



Ok. Dah handsome. Tachiu Bapak!

Now Snow White dah handsome dah. Ada la sikit-sikit scratch tu nanti polish ok la kot? Kata Sazli, kalau RM1,800.00 baik buat satu kereta je. Siap touch up semua macam kereta baru. Cushion pon I tengok dah kepam sebab Shein masuk kereta kasut taknak bukak and suka tendang-tendang dekat depan tu habes kotor semua. I macam tingin nak tukar leather seat tapi ongkosnya bagaimana? RM2,000 ada kot? Kalau leather seat senang sikit nak jaga tapi haritu kereta Sazli kena cakar dengan kucing. Sakit mata tengok sebab dah terkopek-kopek. If jenis fabric ni kaler dia senang nak bertukar kalau kotor. I sayang Snow White ni. Biarlah dah buruk and Civic dah ada 2 model baru dah keluar lepas model I ni tapi I tetap setia. Bulan 7 ni abes dah bayar so I ada la balance duit belanja RM1,005.00 sebulan. Bestnyaaaaaaaaa. Tapi I macam tingin nak Evoque. I rasa sesuai la dengan I sebab I memang kena pakai kereta jenis lori. So macam mana eh? (Tadi baru je cakap jenis setia). HAHAHAHAHAHAH.

-eNd-

No comments:

Post a Comment