Assalamualaikum..
Last 2 weeks, I langgar dinding rumah masa nak
turun parking. Kuat jugak la sampai bergegar kereta. Takde pon lepas tu gelabah
nak berenti and tengok tahap mana injured kereta I. Lantak jer la, malas nak
fikir. I Redha sambil meneruskan perjalanan but this time I agak memang rebeh
la bumper sebab kuat kan goyang? Hahaha.. Lagipon I dah biasa. Level biasa naik
divider, langgar dinding semua sampai takde rasa apapa dah bila lepas kejadian.
I BERDOA jangan la upgrade langgar orang pulak. Tong sampah, cone takper lagi.
Tapi tak gelabah tu kalau kereta sendiri la. Tu ari langgar divider guna kereta
Saz panas jugak bontot I. Nak nanges semua ada. Lepas tu malam bila Saz dah
masuk bilik, baru I WhatsApp dia. ‘Papa,
I nak buat pengakuan. I langgar divider’. Lepas tu I send gambar dekat dia.
Saz cakap dia tak marah. Tapi sampai sekarang takde dah dia offer kot-kot nak
bawak kereta dia pergi kerja. Kah kah kah. Serik lettew. So masa Khamis tu, I
terus call Bapak. ‘Hellowwwww Bapak,
Bapak kat mana? Dah makan? Sihat tak?’ Lepas tu Bapak gelak-gelak je and
cakap ‘Seram pulak Bapak hang ni call
suara manis je tanya dah makan ke belum. Hang nak apa?’ HAHAHAHAH. Dia macam
dapat baca la wei. Lepas tu I cakap, I langgar dinding and tak larat dah nak
tengok. Mintak Bapak tolong tanya Workshop yang dia biasa buat. Ikut hati I,
harini jugak I nak repair. Kata Bapak, dia mintak I bersabar. Nanti dia tolong
hantarkan but not today sebab dia tengah OTW nak main golf. Dalam sejam lepas
tu dia cakap Ah Chong busy and only available on Tuesday next week. Kata Bapak,
suruh I bawak kereta pejam mata je la sementara nak repair tu and dia suggest
lepas ni I tukar bawak lori je lah. Takde dah masalah nak langgar-langgar macam
sekarang. Perli I la tu.
Nah
I belanja sikit gambar. But ni sikit. If tengok view lain dengan terkopek dekat
bawah bumper tu, lampu terkopek and macam-macam kecederaan keliling kereta. I
pukul habes ye? Kiri kanan bawah tu kemek. Belakang lagi. Side mirror lagi.
Hebat giler I.
So appointment set on Tuesday. Nanti Isnin I hantar
kereta dekat Bapak and dia akan hantar la pergi Ah Chong. Bapak tanya, nanti
nak ‘sewa’ kereta Kembara bawak pergi kerja? Kan I takde kereta? I cakap I
taknak kalau Kembara. Kereta tu tak larat nak naik parking office I lagipon tak
sesuai dengan Imej I. I tak boleh carry bawak Kembara. Kalau Bapak nak bagi
Kembara jugak, I rela naik Uber. Hahahahah. Lepas tu kata Bapak ‘Aku tak pernah jumpa orang macam ni. Dah la
kita nak bagi kereta FREE tak payah sewa, belagak pulak tu. Duit pon takdak
banyak lagi belagak’. I jawab ‘whatever
you say Bapak’. HAHAHAHAHA. I memang macam tu dengan Bapak. Dia belagak, I
sama naik belagak. Taknak kalah. Akhirnya sebab kesian, Mak bagi pinjam kereta
dia jenis Kia Spectra. Yang tu I Ok. Kereta ni sama level dengan I jugak kemek sana
sini. Tapi takde la sampai bumper rebeh. Kata Mak, dia taktau kenapa jadi macam
tu. Bukan dia buat. Dia tak ngaku dia buat. Lagi power Mak jenis tak ngaku
terus. Hahahahahha. Lepas hantar kereta dekat Ah Chong, Bapak tanya. Berapa
budget I? I cakap I ada seribu je. If lebih, I taknak tanggung. Pepandai la
Bapak deal. Kata Bapak ‘Orang macam ni
pon ada ka?’ HAHAHAHAHA. Yerla… I cakap Ikhlas. Lagipon I macam tak redha
nak spend banyak-banyak touch up kereta. Sian I. Penat kerja lepas tu duit abes
sebab touch up kereta APERHAL???
Sudahnya Bapak cakap bagi RM600.00 je, total bill
RM1,500.00 Tachiu Bapak! I cakap ‘Bapak,
Thank you. You are so kind’. Lepas tu dia gelak-gelak cakap ‘I’m forced to be kind’. Ah lantak la…
Janji I tak keluar duit banyak sangat. I tau dia boleh je bayarkan semua, tapi
dia nak I take part and bertanggungjawab. Suruh I hati-hati kalau nak langgar
apapa lepas ni. Kang dah tau free, abes semua menda aku bedal nak langgar. Dah
la dia belagak ok? Masa I bagi kunci kereta dekat dia and dia try bawak, dia
cakap dia tak biasa bawak kereta murah. Jenis nak start takde start button
T_____T OMG Bapak. Hahahahah. Tapi Bapak belagak I takde ambik hati langsung.
Sebab I pon akan melawan sama belagak. Kekadang dah puji, lepas tu take back
selamba je. Cakap takjadi la kata dia handsome (sebab time tu seluk kocek
seluar dia ada RM20.00 je) HAHAHAHAHAH. Lagipon dia redha dah I macam ni. Dia
cakap ‘Do I have a choice?’. Yerla, Sazli anak tunggal. Nak taknak, I la anak
pempuan dia sorang and dia kena sayang I sorang je. YES!
Ok.
Dah handsome. Tachiu Bapak!
Now Snow White dah handsome dah. Ada la sikit-sikit
scratch tu nanti polish ok la kot? Kata Sazli, kalau RM1,800.00 baik buat satu
kereta je. Siap touch up semua macam kereta baru. Cushion pon I tengok dah
kepam sebab Shein masuk kereta kasut taknak bukak and suka tendang-tendang
dekat depan tu habes kotor semua. I macam tingin nak tukar leather seat tapi
ongkosnya bagaimana? RM2,000 ada kot? Kalau leather seat senang sikit nak jaga
tapi haritu kereta Sazli kena cakar dengan kucing. Sakit mata tengok sebab dah
terkopek-kopek. If jenis fabric ni kaler dia senang nak bertukar kalau kotor. I
sayang Snow White ni. Biarlah dah buruk and Civic dah ada 2 model baru dah
keluar lepas model I ni tapi I tetap setia. Bulan 7 ni abes dah bayar so I ada
la balance duit belanja RM1,005.00 sebulan. Bestnyaaaaaaaaa. Tapi I macam
tingin nak Evoque. I rasa sesuai la dengan I sebab I memang kena pakai kereta
jenis lori. So macam mana eh? (Tadi baru je cakap jenis setia). HAHAHAHAHAHAH.
-eNd-
No comments:
Post a Comment