Assalamualaikum..
So, sambung balik la pasal CNY Bangi Getaway. Macam
I cakap, takde apa activity pon. Konon nak lepak main card la apa la, takde
deeeeeer. Kid’s sebok swimming or main Nerf-Gun lepas tu gaduh-kawan-gaduh-kawan
and kitorang banyak lepak-lepak je. I pulak lepas masak, masak lagi. Ada sehari
Lunch pukul 4.30pm ko mampu? CT and Aliah kekadang tetiba hilang je dari radar
sebab dorang ada anak kecik. Tidokan anak, dengan dorang sekali tido. Ongtue
sangat. Tapi I dengan Sazli la paling ongtue sebab last day Si Atig, Aliah, CT
and Zairi still lepak dekat hall atas cerita pasal hantu, I dengan Sazli dah
selamat sampai Hong Kong. Pelik jugak, dekat sana takde apa buat pon tapi badan
macam penat. Maybe sebab mandi kolam. Shein tu dah naik lebam dah muka sebab
tan. Dorang kalau boleh 24 hrs nak berendam dalam swimming pool. Shein suka ni
swimming pool so memang rumah kita nanti kena ada swimming pool lah ni. Hehe.
Tapi tak dapat la swimming pool besar macam rumah CT ni. Haritu siap kira
berapa meter lebar (x) panjang. Good thing pasal selalu bawak Shein swimming is
now dia dah pandai floating dah. Berenang macam anjing tu. Badan kat bawah, kepala
je dekat atas. Nampak dia macam nak lemas tapi dia survive but still kena awasi
dia la. Takot dia tetiba penat nak kayuh ke, lemas tak pasal. Yang asalnya tau
dia boleh floating tu sebab masa first night kitorang dekat sana, kid’s main
lari-lari dekat tepi pool lepas tu Bapak-bapak dah cakap ‘Ni mesti salah sorang akan jatuh ni, tengok anak sapa yang jatuh kolam’.
Tengok-tengok Si Shein hahahah. Semua la berlari dekat dia kot dia lemas. But
dia boleh terapung and pergi ke tebing. Takde nanges apa. Maybe bila emergency
macam tu, baru dia tau yang he can float kot? I time tu dah membuta. Sazli
masuk bilik cakap ‘Mama, Shein jatuh
kolam. Tapi dia pandai berenang’. Tak lama lepas tu Shein datang ‘Mama, I’m wet. Change shirt pwease? I nak gelak pon ada. Hahaha. Padan muka. Buas
sangat lagi kan?
Dulu
Shein suka sangat bukak dia punya floats tu dekat adult punya pool (macamkan
pandai swimming sangat), sampai I terfikir nak belikan dia swimming suit yang
siap ada pelampung tu (takkan tenggelam) but ni dah pandai floating ni kira ok
la. Yang floats dia tu, ikut suka dia. Ada masa dia pakai, ada masa dia taknak.
Ikut mood dia.
Cantiknya
I ambik gambar Rayyan. Pandai la I ni. Hahahaha. TQ iPhone X sebab quality
gambar memang superb. I banyak ambik slow-mo. Cool giler! Bebudak ni buat
macam-macam aksi. Si Rayyan pandai swimming.
Altaav
problem sikit dengan pool. Dia boleh je jump dulu tapi tau la kan ikut perangai
Mummy beliau – DIVA. Nak swimming tapi tak suka orang splash water and tak suka
air kena dekat muka. How? Si Adrieyl, Rayyan and Shein memang gurau kasar jenis
simbah-simbah. Menjerit la si Altaav.
Aliah,
Ajlaa, Atig and Eva. Altaav dekat belakang. Kitorang jenis cakap lepas je.
Bahan-membahan tapi takde sentap. Sejenis manusia yang ikhlas Alia and Atig ni,
memang baik. Lia tu Diva sikit. Kalau orang tak kenal maybe akan cakap dia
macam-macam. To be frank, dulu ada la setahun-dua kot I tak jumpa Lia sebab I
ada kecik hati sikit but always doa dengan Allah, keep me close dengan orang
yang ikhlas dan baik sahaja. Since last year kita catch up balik and
Alhamdulillah now selalu jumpa. Sayang Lia!
Actually
Mr David and Shariffah pon ada join kitorang dari Friday – Saturday tapi takde
satu pon gambar I dengan Shariffah ada. Macam hilang dari kewujudan. I sebok
snap gambar orang lain je. Tu Sazli apa kes pakai pelampung dekat kepala?
Eva
Medina. Anak CT and Zairi. Dia ni kalau nampak I macam dia nak lempang-lempang
je I sampai tangan mengepak. Takde chemistry dengan I. Dengan Alia singa tu nak
pulak dia. Tak paham la macam ni. I yang wajah lembut keibuaan ni yang dia tak
bekenan. Hahaha.
Sazli
– Khatig – Zairi. Betul lah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dulu masa
memula kenal Zairi I rasa macam dia ni P O Y O je. Cakap macam taknak kalah
hahahahah tapi padahal inilah dia manusia baik yang I kenal. Tolerate, kelakar
lurus bendul, down to earth.
Si
Eva ni copy muka Papa dia je. Sian CT yang pepenat mengandung, last-last ikut
muka Zairi sorang. Kata Sazli ‘Kalau aku
dukung Eva, rasa macam dukung nko je Zairi’.
Shein
ni sekarang kalau ambik je gambar dia lepas tu sebok nak tengok ‘Wanna see Mama, pwease’
Kata
Sazli Shein macam I. Jenis cakap, nampak gigi bawah je. HAHAHAHA. Betul la!
Altaav
and Daddy
Ms
Diva Aliah Ali. Orang dah cakap dah muka ko tu ada ubat jerawat, naaaaaaaaaaaak
jugak.
Bebudak
ni suka la main campak-campak. Memula Mr David larat la nak campak, lepas tu
Atig take over and lepas tu Zairi. Nak campak Shein la paling problem sebab
beliau debab.
Kesian
Si Eva dibuli Papa dia. Kemain eh bersantai tepi kolam? Kata Sazli, dia tengok
Eva macam tercekik je guna pelampung kepala ni. I agak nanti kalau anak I,
memang Sazli tak bagi la guna menda ni.
Tengok
Shein. Kemain suka dia. Ada sekali tu nampak dia macam nak lemas je time
floating. Sebok nak bercakap. Ingatkan apa rupanya ‘Mama, mama. Aeroplane!’ Oooo nak bagitau Mama nampak plane.
Good
job Shein! Nanti boleh enroll swimming class. I agak, tak lama lagi dia dah
boleh buat breaststroke kot? Mama beliau yang dah lama bekecimpung dalam area
berenang sampai sekarang still takde confident. Memula ok, tapi bila tau kaki
tak sampai dekat lantai, terus menggelupur.
Alololo
manja sangat ni
#kunyit
The Best Never Rest – Poyo je caption
Eh, baru perasan takde gambar Kak Cici. Kak Cici ni
CT punya helper. Dia ni jenis rajin tau? Buat kerja je tak henti-henti. Masa
pagi kitorang dekat pool, tengok dia dah bepeluh-peluh buat kerja macam-macam
lepas tu Sazli cakap ‘Kak Cici, sudah
laaaaaaaaaaaaa. Berkemas je’. Eh, melawan ye? Dia cakap ‘Ya enggak apa’. Taknak dia berenti. Lepas tu kata Zairi, ‘Takpe, aku ada cara. Kak Cici! Sini tolong
pegang Eva’. So bila dia pegang Eva berenti la dia buat kerja. Lepas tu
perangai susah nak suruh makan. Asal tanya cakap ‘Ya nanti aja’. Gittew. Lepas tu CT jerit la ‘Kak, ko taknak makan takyah pegang Eva ye?’ Zaaaappp macam lipas
kudung ambik pinggan terus makan. I pon taknak kalah. Nak jugak perasan Mem.
Haritu sebelum balik I kasik la duit raya lepas tu Kak Cici taknak ambik. Beria
taknak ambik sampai ditolak-tolaknya tangan kita lepas tu I cakap ‘Kak Cici, kalau Kak Cici tak ambik, nanti
Su taknak la pergi rumah Kak Cici di Bandung’. Baaaaru la ambik. Hahaha.
Baik la Kak Cici ni. Dia kalau nampak bebudak kena
marah nanti dia tanya ‘Kenapa Adik itu
menanges? Jangan dipukul. Kasihan. Biar saja Kak Cicik jaga’. Sebab kata
Kak Cici, anak dia ada 4 sebenarnya. 3 orang semua meninggal waktu kecik. Demam
je. Baya-baya Shein tu la. Jadiknya dia kalau nampak budak kecik kena marah,
iya lagi kasihan. Dia cakap macam tu. Lega I bila tau CT and Zairi ada helper
baik macam Kak Cici. Haritu I tanya dia ‘Kak
Cici rindu Su tak?’ Dia cakap ‘Iya,
rindu. Hari-hari Kak Cicik tengok gambar Adik dalam handphone’. Awwwww.
Haritu gambar kitorang dekat Melaka banyak dalam henpon Kak Cici. Dia yang
ambik. 30 snap, 1 belum tentu elok. Gegar la apa la. Hahahaha. Atig pulak kalau
dengar je I mintak tolong Kak Cici buat apapa mesti dia sound ‘Ko ingat apa, kadam ko ke nak suruh-suruh?’
HAHAHAHA. ‘Oi, dia yang offer la nak suruh tolong apa lagi. Aku cakap la. E!’
Dari pemerhatian I. Sejenis Atig dengan Sazli ni,
kalau ada Helper memang tak berapa nak helper la jadiknya. Mau aku yang lagi
penat. Sikit-sikit suruh rehat masuk bilik (walaupon dapur tunggang langgag
dah dia ingat Mak Tiri dia nak kemas?).Tapi I dengan Aliah rasanya terbalik, memang kitorang perangai Mak Datin
kaya sikit aaaaaaa (sebab kekadang lupa diri hahahahhaha). Sekejap panggil, sekejap
panggil. Hahahaha.
-eNd-
No comments:
Post a Comment