Assalamualaikum..
I terpengaruh dengan Instagram @mom.learns.to.cook
sebab dia suka buat overnight oats. Cantik je dia buat. Dia letak macam-macam
dalam tu. Ada avocado, banana, dried fruits also macam-macam seeds dia letak. Kadang-kadang
dia letak mango and strawberry as well. Chocolate and granola pon ada. Gambar
memang semua cantik-cantik lah. Dalam jar cantik, dalam bowl pon cantik, tumpah
pun cantik! Hahaha. Dari caption dia, I faham yang dia makan for milk booster
and sebab dia selalu lapar. Dia menyusukan anak dia. So I pon curious maka I
Google. Apa kebaikan overnight oats ni selain dari rupa yang cantik. Rupa-rupanya
banyak kebaikan. Most important overnight oats ni berfungsi mengawal berat
badan. Kan I dah put on weight sikit sekarang ni? Yang paling sepatutnya di highlight kan is oats ni bagus untuk
jantung, dapat mengurangkan cholesterol dalam badan dan membantu sistem
pencernaan. But I rasa kita kena tengok jugak apa bahan yang kita letak
dalam overnight oats kita. Kalau dah letak Full Cream Milk + Flavored Yogurt +
Nutella segala mana yang sihatnya kan? So kena pilih ingredient yang healthy as
well. Korang boleh tengok dekat sini 35 overnight oats recipe untuk weight
loss. Kat situ dia ada cakap kena elak dari letak agave syrup. Agave syrup ni
macam bars, nutella, jam semua tu. If it’s pure honey takpe. Untuk yang nak
turunkan berat badan, boleh letak lotsa chia seeds. Chia seeds memang bagus
untuk mengurangkan berat badan. Macam I, semalam makan memula rasa macam nak
muntah jugak but slowly, lama-lama baru I enjoy. I rasa I boleh telan pon sebab
I letak buah dalam tu and mixed nuts yang I letak tu, dia ada rasa macam-macam.
Ada berries kot? Entaaaaaaaaaaaaah. I kalau bab foods dia jadik lain macam, I
memang nak makan yang sedap je. Yang tak sedap I taknak. Hahahahaha.
Rupa
my overnights oats. Ni kalau letak strawberry ni lagi cantik ni. Sedap ke tak
belakang cerita janji cantik. Hahaha.
Bahan utama untuk buat overnight oats obviously is
oats la kan? Macam I, I guna Rolled Oats yang Organic. Quacker Oats I tak sure
healthy ke tak. Yang tu pergi study sendiri. Amboi dia tu, semua info I nak
suap kan? Lepas tu I guna Greek Yogurt, Low Fat Milk, Chia Seed, Mixed Nuts and
buah-buah macam Blueberries, Pisang and tadi I ada beli Australian White Peach
(sebab ada promo dekat Isetan. RM11.00 je dua biji debab bra cup A hahaha).
Blueberries dekat Isetan memang murah. RM7.80 kot satu packet tu? Tak sure.
Greek Yogurt lebih bagus dari yogurt so better guna Greek Yogurt ok? Lupa nak
cakap, I also put some honey. Ada yang cakap tak bagus sebab sugar tapi madu
asli bukan process sugar so suppose to be ok lah. Liquid untuk soak oats tu
boleh guna almond milk or coconut milk as well. Ada yang komen dekat IG cakap
pakai fresh milk lagi bagus and ada yang cakap pakai almond milk double bagus
dari fresh milk. Malas pulak aku nak study. Hahaha. Meanwhile, guna je dulu apa
yang ada. If korang baru nak start buat, memang akan terasa macam mahal sikit
tapi takpe, boleh pakai lama. Macam I Greek Yogurt beli 1kg terus, Rolled Oats
pon 1kg jugak share dengan Intan sorang half sebab dia biasa la, apa I buat
semua dia terpengaruh. Lagi-lagi bab makanan sihat ni tapi semalam pagi makan
overnight oats, lepas tu aku tengok lunch spaghetti dua pinggan, eskrem Mc
Donald lagi. Acane?
Patut tengahari makan Salad Intan, baru boleh ngam dengan breakfast rolled oats.
Ok, macam oats ni dia bagus untuk menjaga jantung sebab oats mengandungi sejenis serat larut dipanggil beta-glucan yang berfungsi untuk menjaga jantung. Selain dari tu oats jugak dapat menjaga usus dan bagus untuk sistem pencernaan (kalau jenis susah nak berak, bagus la makan oats ni), membantu mengawal berat badan selain dari mengandungi protein, carbohydrate dan jugak fiber. Banyak kan kebaikan dia? Untuk bahan lain nak letak tu rajin-rajin la korang Google sendiri eh? Macam I, lagi cantik my overnight oats, lagi la bersemangat nak makan. Macam semalam almost give up sebab tak jumpa jar. Sudahnya Intan guna jar kecik bekas Sambal Hitam and I pulak guna jar spaghetti prego. Naseb la hari sebelum tu I ada buat spaghetti and botol kaca dia tu tak buang lagi. Terus I rebus untuk buang label + gam dia and konon-konon sterilized la. Hahahahaha. Tapi dah siap buang label semua cantik jeeeeeee. Satu KLCC I cari jar takde yang macam I berkenan. So sekian sahaja cerita pasal overnight oats dari I. Semua menda nak citer dalam blog kan? Macam takde life je Suraya tu. Eh biarlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dengki nape? Hahahaha.
-eNd-
Nak mkn oats gak la
ReplyDeletekak su dekat Daiso AK tu byk botol cantik2 kak
ReplyDeletecari bottle kat daiso atau DIY.. comel2 je botol dia..
ReplyDeletecari jar dkt kaison or daiso kak
ReplyDelete