Assalamualaikum..
Balik dar CNY Staycation dekat Bangi ni, I put on
weight kaw-kaw punya. Pagi petang siang malam dok belasah makan nasi + I
kemaruk makan Kek Chocolate World sedap Isetan tu mana la tak membelon? Lepas
tu pagi tadi lepas timbang I WhatsApp Saz ‘Papa,
kita kena diet ni. Kita dah gemok’. Lepas tu Saz reply ‘Kita? I memang dah diet. I jogging dengan Muay Thai Ok?’ Eh? Tu exercise,
bukan diet! Hahahah. Sesambil je nak cakap aku yang gemok sorang-sorang. Geram
je. So harini I will start back la my strict diet. Most important nak kena cut
80% of sugar intake. No more choc cake, no more caramel latte, no more brownies,
red velvet semua-semua tu taknaaaaaaaaaaaaak. Rice also taknak, carbs also kena
watch out and kena minum lotsa plain water. Corset pon kena pakai consistent
balik. Tu la Malaysia ni, sapa suruh asyik cuti je, dah I gemok. I kalau tak
pergi kerja memang jadi gemok. Serious. Eeee stressed! Masa dekat Bangi ni, I
rasa ada 2kg kot I naik. Makan banyak giler huwaaaaaaaaaaa. Tengok balik gambar
masa dekat sana rasa macam subhanallah Suraya! Begembira eh ko dengan makan
nasik 3 kali sehari and kena pulak Si Zairi jenis suka minum carbonated drinks.
Hulur pulak depan muka I siap ais berpeluh-peluh takkan nak tengok je? Memang
tak la. CT pulak tak aci and mengelat. Haritu dia beria cakap nak makan semua
yang I masuk dalam IG. Beria la I prepare Nasi Goreng Sardine. Tup-tup pagi dia
belasah shake Herbalife je. Pundek betul
membiarkan I gemok sorang-sorang. Hahahaha.
I
guna 2 can sardines and masak 1 belanga. Hahah. Macam nak makan sekampung. I
memang tak pandai nak bajet untuk makan tapi selalu ingat pesan Mak ‘Biar berlebih jangan tak cukup’. Macam
Kaklong I, masak apa pon suka masak ngam-ngam. Tengah syok makan, sekali dah
abes. Potong stim!
Nampak
macam sikit kan?
Actually
dapat 3 bekas besar macam ni. Lawan makan dengan Zucchini + Petai. Layan giler
wei!
Si
Zairi ni tekak ongkampung. Dia memang tak makan segala mala western foods,
salad semua tu dia tak makan. Makannya nak nasik je. Tempe goreng cicah sambal
kicap pon tak makan. Aduhhhh Zairi. Hilang nikmat hidup kalau tak bersabahat
baik dengan makanan ni.
First
day je makan berhidang beria dekat dining area. Lepas tu makan je la
masing-masing dekat Island. Si Shein siap bersila dekat atas cabinet. Pon
boleh. Ada Mr David, so semua
kanak-kanak makan tak bermasalah la. Tig, ko dari jauh nampak macam Vin Diesel la. Hensem tuuuuu!!
Ni
Mak Tiri I ni. Dia tak makan taugeh, durian, sardine. Masa hari Jumaat yang I
buat Nasi Goreng Sardine tu, tengah dia makan dia tanya ‘Ni apa ni? Atig tak cakap eh aku tak makan Sardine?’ Apa lagi,
menyiga la beliau. Hahaha.
Si Aliah cakap, dia bagitau Umi dia nak datang sini
rumah CT. Kata Umi ‘Ooo, CT kawan nko
yang kaya tu eh?’ Sebab bagi Umi
kalau kawan nama CT tu mesti yang kaya tu la. Memula Umi macam tak kasik sebab
dia kata Ajlaa tu baru nak elok demam semua. Tau je la Si Aliah and Atiq ni
kaki berjalan? Tapi bila cakap ada swimming pool semua, rumah besar dekat Bangi
Golf Resort terus Umi kasik. Lepas tu pesan ‘Lia
tengok sikit Altaav tu nanti takot dia pecahkan pasu ke, barang-barang ke.’ Hahahaha.
Comel la Umi ni. Si Atig pulak drama cakap kat Zairi ‘Eh Zairi TQ eh kasik aku duduk sini. Aku rasa macam drama dalam TV
je. Rumah ada Swimming Pool, ada CCTV, Bilik ada banyak, Gate Auto ada video intercom,
belakang rumah orang main golf. Jarang aku ada kawan kaya macam ni’.
HAHAHAHA. Sedih pulak bunyiknya. Lepas tu apapa kalau CT cakap kena Iya kan
ajer. Dialog biasa ‘You, jangan la
melawan cakap CT. Apa dia cakap tu iyekan ajer. Kita kena jaga dia – Ok OK’.
HAHAHAHAHA. Bongok la memasing.
Nanti I share gambar lain eh? Jangan la cakap I
show off pulak. Yang kaya ni CT, bukan I eh? Okbye.
-eNd-
1 comment:
Kak Sue, tu Zuchhini ke Kyuri timun jepun tu?
Post a Comment