Monday, February 19, 2018

CNY Bangi Getaway - Part I

Assalamualaikum..

Balik dar CNY Staycation dekat Bangi ni, I put on weight kaw-kaw punya. Pagi petang siang malam dok belasah makan nasi + I kemaruk makan Kek Chocolate World sedap Isetan tu mana la tak membelon? Lepas tu pagi tadi lepas timbang I WhatsApp Saz ‘Papa, kita kena diet ni. Kita dah gemok’. Lepas tu Saz reply ‘Kita? I memang dah diet. I jogging dengan Muay Thai Ok?’ Eh? Tu exercise, bukan diet! Hahahah. Sesambil je nak cakap aku yang gemok sorang-sorang. Geram je. So harini I will start back la my strict diet. Most important nak kena cut 80% of sugar intake. No more choc cake, no more caramel latte, no more brownies, red velvet semua-semua tu taknaaaaaaaaaaaaak. Rice also taknak, carbs also kena watch out and kena minum lotsa plain water. Corset pon kena pakai consistent balik. Tu la Malaysia ni, sapa suruh asyik cuti je, dah I gemok. I kalau tak pergi kerja memang jadi gemok. Serious. Eeee stressed! Masa dekat Bangi ni, I rasa ada 2kg kot I naik. Makan banyak giler huwaaaaaaaaaaa. Tengok balik gambar masa dekat sana rasa macam subhanallah Suraya! Begembira eh ko dengan makan nasik 3 kali sehari and kena pulak Si Zairi jenis suka minum carbonated drinks. Hulur pulak depan muka I siap ais berpeluh-peluh takkan nak tengok je? Memang tak la. CT pulak tak aci and mengelat. Haritu dia beria cakap nak makan semua yang I masuk dalam IG. Beria la I prepare Nasi Goreng Sardine. Tup-tup pagi dia belasah shake  Herbalife je. Pundek betul membiarkan I gemok sorang-sorang. Hahahaha.


I guna 2 can sardines and masak 1 belanga. Hahah. Macam nak makan sekampung. I memang tak pandai nak bajet untuk makan tapi selalu ingat pesan Mak ‘Biar berlebih jangan tak cukup’. Macam Kaklong I, masak apa pon suka masak ngam-ngam. Tengah syok makan, sekali dah abes. Potong stim!



Nampak macam sikit kan?


Actually dapat 3 bekas besar macam ni. Lawan makan dengan Zucchini + Petai. Layan giler wei!


Si Zairi ni tekak ongkampung. Dia memang tak makan segala mala western foods, salad semua tu dia tak makan. Makannya nak nasik je. Tempe goreng cicah sambal kicap pon tak makan. Aduhhhh Zairi. Hilang nikmat hidup kalau tak bersabahat baik dengan makanan ni. 


First day je makan berhidang beria dekat dining area. Lepas tu makan je la masing-masing dekat Island. Si Shein siap bersila dekat atas cabinet. Pon boleh.  Ada Mr David, so semua kanak-kanak makan tak bermasalah la. Tig, ko dari jauh nampak macam Vin Diesel la. Hensem tuuuuu!!


Ni Mak Tiri I ni. Dia tak makan taugeh, durian, sardine. Masa hari Jumaat yang I buat Nasi Goreng Sardine tu, tengah dia makan dia tanya ‘Ni apa ni? Atig tak cakap eh aku tak makan Sardine?’ Apa lagi, menyiga la beliau. Hahaha.

Si Aliah cakap, dia bagitau Umi dia nak datang sini rumah CT. Kata Umi ‘Ooo, CT kawan nko yang kaya tu eh?’ Sebab bagi Umi kalau kawan nama CT tu mesti yang kaya tu la. Memula Umi macam tak kasik sebab dia kata Ajlaa tu baru nak elok demam semua. Tau je la Si Aliah and Atiq ni kaki berjalan? Tapi bila cakap ada swimming pool semua, rumah besar dekat Bangi Golf Resort terus Umi kasik. Lepas tu pesan ‘Lia tengok sikit Altaav tu nanti takot dia pecahkan pasu ke, barang-barang ke.’ Hahahaha. Comel la Umi ni. Si Atig pulak drama cakap kat Zairi ‘Eh Zairi TQ eh kasik aku duduk sini. Aku rasa macam drama dalam TV je. Rumah ada Swimming Pool, ada CCTV, Bilik ada banyak, Gate Auto ada video intercom, belakang rumah orang main golf. Jarang aku ada kawan kaya macam ni’. HAHAHAHA. Sedih pulak bunyiknya. Lepas tu apapa kalau CT cakap kena Iya kan ajer. Dialog biasa ‘You, jangan la melawan cakap CT. Apa dia cakap tu iyekan ajer. Kita kena jaga dia – Ok OK’. HAHAHAHAHA. Bongok la memasing.

Nanti I share gambar lain eh? Jangan la cakap I show off pulak. Yang kaya ni CT, bukan I eh? Okbye.

-eNd-

1 comment:

hachereennor'ain said...

Kak Sue, tu Zuchhini ke Kyuri timun jepun tu?