Wednesday, March 7, 2018

Cerita Masak and Jogging

Assalamualaikum..

Hi. Dah makan ke tu? Malam ni masak apa for dinner? I ni dah lama tak makan nasik. Rasa dah almost 3 weeks dah. Target raya ni nak kena kurus balik. Tu kena gigih sikit. So far overnight oats masih berjalan dengan jaya. Si Intan dah tak boleh nak telan. Walaupon dalam tu letak berries tapi dia tak lalu nak makan dah. Tu la orang cakap takyah letak pisang sebok nak letak. Greek Yogurt dah ada honey, sebok nak letak honey lagi. Makanan ni kekadang lagi simple, lagi sedap tapi base on my experience yang dah a few weeks makan overnight oats ni (cecece) bila makan tu, dia kenyang lama. Semalam makan for lunch, tahan sampai malam dia punya kenyang. Tapi letsay kalau depan mata ada lauk-lauk favorite I, memang rasanya tak tahan jugak tapi demi untuk kurus dengan bantuan House of Corset (Sesambil iklan) rasanya kalau isitqamah, boleh la dapat my desire weight. Cecece. Tapi I memang tak boleh lebih dari 60kg. 60kg paling great boleh pergi, lebih 60kg memang sekian lah nampak gemok terus. Seteressssssssss sangat rasa (ikut tonasi CT). Nak tau macam mana I nak satisfy my craving? I will feed people or beli makanan lepas tu tengok orang makan. Dalam hal ni yang menjadik mangsa ialah Sazli and Kaklong la. Kekadang Intan. Apa I tingin nak makan, I masak lepas tu bagi Sazli makan. Dessert apa I nak, I beli lepas tu bagi Kaklong suruh dia makan. Hahhahahaha. Dapat tengok orang makan pon rasa macam kepuasan. I rasa I dah gila la. Okbye.



Takkan pernah jemu. Ayam Masak Kicap Pedas. Resepi dah 60 juta kali kasik.



Ni Ayam Masak Hentam. Tumis bawang besar, bawang putih, halia. Lepas tu letak sos tiram and sambal belacan ready to eat Adabi. Letak cuka sikit, gula and garam lepas tu letak sos tomato. Jadik la begini rupa beliau.

Now I try la jogging 3/4 x pusing KLCC park tu dengan Intan, Kaklong, Izzy and Izzah. Kitorang baru dua minggu ni buat. Setakat ni berjalan lancar la. 5.30pm zaaaaaap salin baju. Pukul 6.00pm dah dekat park. Lepas tu lari lari lari and terus balik. By 7.00pm dah sampai rumah. Sekejap je and rasa macam quality hidup bila sesekali exercise. Dah bezaman dah duduk Platinum Park ni tak pernah terfikir nak jogging kt sini. Now only ada kesedaran. Kalau lah start dari dulu kan bagus. If ambik 3 kali pusing dapat la 4.00km dah cukup baik dah. Sini pon bersih takde bau longkang. Mat rempit pheewit-pheewit pon takde. Lepas tu ada air boleh minum takyah berangkut botol air. I suka. Pokok pon besar so dia redup and tak panas sangat. Ni pon dapat la lagi 2 bulan. Nanti Mei dah nak puasa and lepas tu maybe kena pindah building lain pulak. Yang ni I tak berani nak cakap apa walaupon Nasi Kudu is not my favorite but I diam je. Kang meluahkan kesedihan hati adaaaaaaaaa je mulut-mulut menyampai macam last time tak pasal aku kena dengan CEO. Pundek betul. Hahahaha.



Ni masa first day. Jakun la nak amek gambar nampak KLCC


Ni semalam. Tunggu Izzah siapkan one more round. Kaklong, Intan and Izzy dapat 2 round.


Semua ada except Dyba. Dyba tak join sebab dia takde masalah kegendutan. Makan nasi breakfast, lunch and dinner tapi macam tu jugak badan. Try check cholesterol sure tinggi.


Jumpa dengan Zack Pet. Dia dengan kawan-kawan office dia. Ingat sapa la hensem lari sebelah I rupanya husband Yaya. Hehe.




Jarak 4.01km yang dibanggakan. Time taknak share pulak. Hahahaha.

-eNd-

No comments: