Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas kitorang makan-makan dekat Aseana
sempena #intancelebration7.0 sebab
dia pass exam. Kata Intan result dia paras-paras hidung and tak boleh
dibanggakan sangat pun tapi kena celebrate jugak untuk menaikkan semangat dia
habeskan study and dapat Degree. Celebrate memang penting pada Intan sebab tu
dia abes je exam zaaaappppp terus pergi Jepun. Boleh je dia join entah
sapa-sapa dekat sana. Takde kawan takde apa and main snow sorang-sorang ambik
video selfie (pon boleh). Lepas tu I cakap kat Intan, ‘Intan nak ambik Master ke? Kalau Intan ambik Master memang Kaksu akan
terajang Intan. Tak cakap banyak dah’. Sedang sekarang pon takde life, lagi nak amek
Master. Lepas Master ambik la phD je terus. Hahaha. I tanya Intan, ‘Intan ni beria sampai nak ambik Master
kenapa? Nak jadik GM ke?’ Intan ketawa je. InsyaAllah awal tahun depan
Intan habes la study dia. I pulak yang excited and tak sabar nanti nak pergi
dia punya Graduation Day. Tingat dulu kita borak-borak masa mula-mula Intan
decide nak ambik Degree 3-4 tahun lepas, ‘Agak-agak
nanti time intan Grad, apa jadik eh Kaksu? Sapa la eh suami Intan time tu? Ada
baby dah ke Intan eh?’ Nampaknya memang tak jadik apapa laaaa and still
yang akan pergi Graduation Ceremony tu is Kaksu, Dyba, Kaklong, Izzah and Izzy.
HAHAHAHAHA. Yang bertambah cuma anak-anak kitorang je la nampaknya. Anyway
Intan, congrats! Kaksu tau dah Intan sure akan pass exam ni sebab tengok Intan study macam apa je. Nanti bila dah
abes part time study ni, sure Intan akan sunyi and rasa missing. Lepas tu Intan
mesti rasa ok je kalau nak ambik Master. Kan? Ambik la kalau nak kena terajang.
Hahahaha.
Sempena
#intancelebration7.0 ni Intan request
nak pakai baju Maroon + tudung gold. Sekali sampai KLCC semua jalan jauh-jauh
sebab malu. Dah macam kumpulan Nasyid dah bergerak segerombolan. Agak-agak la kalau nak kaler tema. Next time jangan nak kaler beria macam ni Ok? Malu kat oghang. Hahahaha.
Izzah ni pesan la banyak kali, senyum tu mata jangan nak mengecik sangat. Dah la kemain beria dia, lipstick merah ang-ang. Berani nak lawan Siti Nohaliza?
Kaklong and Izzah. Dua orang ni makan beria tau? Tau-tau dah abes je. Konon kat Aseana nanti makan sikit je sebab dah kenyang makan Nasi Tomato I masak. Pui!
Izzy jadik tukang ambik gambar. I pesan pada Izzy 'Izzy, ambik gambar candid tau? You focus kat I sorang je'. Hahahaha
Imperial Cake - RM13.02
Tiramisu - RM13.02
Hot Honey Lemon - RM9.91
Pisang Goreng Aseana - RM14.34
Keropok Lekor - RM15.75
Thai Chicken Salad - RM21.70
Tom Yam Seafood - RM25.00
Mushroom Soup - RM19.81
Carbonara (Kuah Banjir) - RM26.89
Kitorang order tu je. Makan sharing berebut-rebut. Seronok macam tu. Jenis rampas makanan dekat mulut terus. Dah macam kucing dah masing-masing. Si Dyba menjerit dekat Intan sebab ambik roti cicah Mushroom Soup tu sampai terkeluar la suara jantan. Dia tanya 'Ada sesapa lagi nak tak?' Lepas tu terus Intan ambik semua and makan. Hahahahaha. Maksud Dyba, dia tanya macam tu sebab dia nak makan. Bukan dia nak offer. Yang Si Selenga Intan ni faham lain. Dia ingat Dyba offer and dah taknak. Pelik la dua orang tu. I tengok roti tu, takde la selera sangat. Tapi I perasan, dua orang ni memang suka berebut roti. Tak tengok kalau makan dekat Tony Roma's lagi. Bising nak mampos. I perasan Mak Datin meja belakang tengok je. Berbulu la tu. Hahahaha.
Izzy ni asal ada gathering macam ni mesti dia kena beli baju baru. Tak pernah yang ada dalam wardrobe dia. TQ Izzy take a good photo of us. Selalu je Izzy takde time kitorang lunch, tapi InsyaAllah dia masih dalam WhatsApp group 'I Will Survive'.
Amboi dia tu, cake sampai dua. (Baru balance)
Hi you, nak suap dengan pinggan sekali ke?
Sorry Dyba, gambar Dyba blur.
Dia nak jugak
Amboi kaki
Congrats Intan! Semoga Intan lulus next exam and kita celebrate yang 8.0 pulak eh?
-eNd-
No comments:
Post a Comment