Pages

Friday, March 30, 2018

Sunway Lagoon - Part I

Assalamualaikum..

Selepas almost 7 tahun plan nak pergi Sunway Lagoon dengan bebudak ni, AKHIRNYAAAAAAAAAAAA semalam tercapai jugak impian. 7 tahun eh? Imagine berapa lama. Dari Ira belum kawen, sampai dia dah kawen and dah resign lepas tu dari semua takde anak lagi sampai Dyba anak dua, Sarah anak nak masuk 3 barulah tercapai kah kah kah. Kata Kaklong, dari korang muda remaja sampai dah tua bangka baru dapat pergi. OMG. Semua dah berubah la wei, except for Intan je la yang tak kawen-kawen. Itu je yang tak berubah. Iyan iyer. Tatau lah dulu kenapa yang susah sangat kitorang nak sampai sini. I agak sebab jadual la. Susah nak kumpul kasik cukup korum. Sebab tu semalam Izzy tak free (sebab ada meeting dengan LGM) and Sarah tengah pregnant baby number 3, kitorang pejam mata gerak jugak. Ni kalau postpone nak tunggu Sarah bersalin, mau Izzy or Dyba or I pulak pregnant, takpon maybe Intan dah busy dengan husband dia.. Dah tu, mereput la ko kat situ takyah pergi Sunway Lagoon. Kitorang pergi berenam semalam. Izzah, Intan, Dyba, Kaklong, Kaseh and I. Cukup la semua ada partner. Pagi masa nak pergi, Shein tunjuk diri dia lepas tu cakap ‘Mama, Shein I follow?’ Lepas tu nanges. Aduhhhh rasa macam kesiannya pergi tak ajak dia. Kalau Shein pergi sana sure dia happy but nantilah one day, I bawak Shein je. Sebab semalam game kitorang main, ada a few Kaseh pon tak lepas. Susah. Yang Flying Fox tu pulak kalau Shein ada, sure I tak boleh naik sebab sapa nak jaga dia kan? Nak pergi ke situ pon kena menyebeang jambatan gantung, Takpon nanti dia nanges nak main game arcade je. Banyak kebarangkalian kalau ada Shein, so for this time Mama pergi dulu ok Shein? I promise you next time kita pergi sama-sama and you can and pick which game you want with unlimited time. Cumanya base on my experience, Sunway Lagoon ni yang enjoy for bebudak yang 10 tahun keatas la. Yang below tu, takat mandi kolam boleh la. Tak banyak sangat game for kanak-kanak.


Ni Burger semalam makan dekat sana lepas game Vuvuzela. Lepas bepusing-pusing tu memang memasing kebuluran and nak abeskan duit yang RM200.00 kitorang topap awal tadi. Makan sharing. Sini makanan luar tak boleh bawak masuk. Mineral water kecik RM5.00 ye? M A H A L.



Si Intan nak makan Onion Ring dari last week. Ada nampak Burger King tapi long queue so tak jadik makan kat sana. Ni amenda entah nama kedai ni. I pon tak perasan sangat. Takpe, tak sedap pon. So takyah sedih taktau nama kedai.


Fries + Cheese + Mushroom tak silap I harga dalam RM9.00 macam tu. Nampak sedap kan? Tapi biasa-biasa je.


Ni masa makan first round I dengan Intan. Second round dia jugak lagi makan share dengan Dyba pulak. Patut bayar lebih tu.


Time ni I dengan Intan je. Si Dyba, Izzah, Kaklong and Kaseh main slide. I taknak sebab I pening. I agak sebab faktor usia. I cakap dekat Kaklong, ‘Kak, ko nak main pergilah dengan Kaseh. Aku nak rehat. Dah tua. Tak larat dah nak beria’. Sedih sangat kan statement? Hahahahha.


Dyba la paling tak terkawal sekali. Dia semua game nak try and dia punya pasal la I pening lepas naik Kapal yang tunggang terbalik tu. Nanti I share dalam entry lain experience I OK?



Kaseh time ni melingkup main slide dekat kolam. Kitorang dah tetua ni tak berapa boleh beria sangat. Penat!



Kitorang datang sini, sama macam keluar rumah if nak pergi office. Kena datang awal tau? Sebab by 4.30pm dah nak kena keluar dari sini sebab takot jem nanti, nanges la malam baru sampai Ampang. Konon plan nak mandi la sebelum balik, bawak hair dryer la sudahnya dari Sunway Lagoon dengan sependa basah baju basah siap bau hancing semua kitorang balik je. Eh, sini memang semua kencing dalam kolam ke wei? Serious masa keluar dari ain hancing sangat! Hahahahah. Seat lapik la dengan towel taknak kasik basah. Tu pon ada a few game yang tak sempat nak main. Nak main each game tu actually takde la beratur lama sangat kecuali time nak Flying Fox tu je. Situ ada sejam kot? I dengan Intan, Izzah and Dyba je yang naik. Kaklong and Kaseh tak. Kaseh tak lepas sebab nak naik tu berat min 40kg and max 90kg. Si Intan pulak buat lawak. Nampak la dorang tarik harness pakai tali lepas tu dia cakap ‘Laporpo! Watakungsi!’ Macam citer P Ramlee. I ketawa sampai hingus air mata semua kelakar. Bongok giler. Hahahahaha. Bangang. Eh, Oklah. Panjang pulak bercerita. Nanti I share gambar-gambar lain. Kalau merajin la eh? Tak janji. Okbye! Selamat Berhujung Minggu!

-eNd-


No comments:

Post a Comment