Pages

Monday, April 2, 2018

Pandora Ring, Ellis and Kuroshio Market

Assalamualaikum..

Hari Jumaat haritu asalnya nak dinner dengan Kak Kiah and Ellis, tapi biasalah dekat pilihanraya ni Kak Kiah korang busy la berkempen so dia mintak postpone. Padahal dah janji nak makan ketam. Blakang, I dah gelabah tetek sebab nak ambik Pandora Ring yang Ellis beli dari Melbourne. Dah 2 minggu kot dia keep the Pandora Ring with her. I cakap, I nak yang sebijik macam dia punya sama size semua tapi nak kaler Rose Gold. Yang Ellis punya kaler Silver. Naseb baik ada. Last time dekat KLCC takde size and dekat Ampang Point punya pulak takde Rose Gold so kecewa la I. Takper, takde dekat Malaysia kita cari dekat Ostolia, lagipon kat sana lagi murah. Yang macam I punya ni harga dia kurang dalam RM200++ jugak la compare dengan Malaysia. I rasa kalau I ada dekat sana sure meroyan pilih charm. Padahal tak berapa pakai sangat pon tapi bak kata Sazli, jenis pantang tengok pekan. Sure nak shopping je. Dulu Saz belikan I Pandora Bracelet dengan charm but lepas terpengaruh jadi Mami Jarum dengan Intan, I dah bukak dah Bracelet tu. Nantilah ada masa nak pergi cuci balik dekat Pandora sebab dah kepam je kaler. Charm pon tak bertambah-tambah. Banyak tu jugak. Dyba punya dah lebat dah macam nak rebeh je tangan dia tu I tengok. I punya macam tu jugak tak gerak-gerak. I rasa Pandora ni dia semacam trend. Ada masa dulu orang meroyan beli charm and sekarang dah macam diam pulak. Kata Dyba, Bracelet now pon dah naik harga. I pon tak ingat dulu harga berapa, sekarang harga berapa. Maklumlah semua dapat percuma. Keh keh keh. So now dah selamat dah my Pandora Ring with me. Cantik! Tapi balik dari Sunway Lagoon ni kulit I macam gelap dah sikit sebab main panas. Nak kena makan balik Transbella lah macam ni. So, Jumaat malam tu since tak jadik makan ketam sebab Kak Kiah takde, so I ajak Ellis pergi Kuroshio Market, Green House. Lama giler tak datang sini! Concept semua dah lain. Roti pon dah tak banyak dah ada. Nak melingkup dah ke tempat ni? Tu la. Sapa suruh increase harga drastic sangat. Pui!


Cantik kan my Pandora Ring ni? Bentuk macam daun. I love it! Kata Intan 'Kalau Intan la harga macam ni, baik beli cincin emas'. Ahhhh shadapyu Intan!

Konsep dekat Kuroshio Market ni dah lain la wei. Ada menda yang I suka makan dulu dah takde. Yang Sukiyaki tu. Takde dah! Lepas tu I rasa makanan dia pon dah tak banyak variety and roti-roti pon dah takde banyak dah. Naseb baik la I tak selalu datang macam dulu, kalau tak sure I frust. Tapi dalam pada konon frust, ko tengok apa dia order. Si Ellis la, dia ni memang tau? Suka order untuk I. Lepas tu cakap ‘Baby, ni you suka kan? Ambik ni la’. Abes semua dia order yang tukang makan sapa? I jugaaaaaaaaaaaaaaaaak. Hari Jumaat tu I mengantuk giler taktau la kenapa. Macam penat sangat. Jap nak ingat balik apa yang I buat on Thursday. Ooooo sebab pergi Sunway Lagoon la. Patut la I penat. I cakap pada Ellis, 9.30pm I nak balik sebab memang tak larat giler. Khamis tu pon tido awal. OMG dah tetua ni dia punya recovering process memang makan masa kan? Dah la Friday tu, I tak sempat naik atas umah pon sebab jalan jem. Masa sampai bawah, Ellis dah berkulat menunggu so I call Saz cakap I pergi jumpa Ellis terus. 


Miso Ramen Beef. RM25.33
 Dia ada dua jenis, Miso dengan Spicy. I ambik Miso. Tak berapa kena dengan tekak I. I suka Soyu punya kuah je sebenarnya. Tak berapa kena dengan tekak kan I cakap? Tak habes. Kah kah kah.


Ellis punya ni sedap. Yakiniku Don. RM22.90
 Sebab apa dia sedap? Sebab dia masak kicap lah. Hahahaha. I ni asal konsep dia berkicap, memang samadengan sedap lah jawapan dia.


Agedashi Tofu. RM7.90


Ebi Tempura. RM17.90

Kurus-kurus udang dia. Ada masalah anorexia kot?


Nah, di pangan! Di pangan tau apa maksud dia? Sapa orang Jawa je paham. 


Eh, terliur pulak tengok gambar ni. Ellis punya Beef Yakiniku tu memang sedap.


Miss busy 24hrs ni. Susah betul nak slot time jumpa dia. Tapi I sayang you tau and you kena sayang I jugak. Walaupon you ada #myirritas.


Si Ellis ni ialah manusia paling cool I pernah jumpa. Takde marah, and hidup memang macam takde urgencies pon. Cool dia sejenis menyirap jugak nak hadle. Haha.

Ellis ni, kata la I dah lewat nak pergi event ke and masa tu memang nak cepat kan? Nanti I masuk kereta dia boleh lagi ‘Hi Baby……’ lepas tu kereta tak gerak-gerak. Dah tu bawak kereta slow macam bersiar-siar sampai I kena cakap ‘I NAK KENA CEPAT NEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEY’ baru lah laju sikit. Lepas tu hilang ingatan, dia boleh slow balik. Macam masa Friday tu, I cakap I nak balik cepat. Penat. Dia masuk kereta boleh lagi tengok setting handphone dia lepas tu siap bayar tiket boleh lagi berbual dengan Uncle jaga parking siap wish good night bagai. Megren I dibuatnya. Hahahahaha. Boleh? Tapi jenis kalau marah dia ni, macam marah dinding. Macam tu jugak pon. So baik takyah marah apa. Buang tenaga, buang air liur je. Hahahahaha. Adoooooi. Anyway, TQ Baby for the Pandora Ring. Walaupon tukang belikan je, tapi nak TQ jugak. Hahahaha. Macam personal shopper pulak. Ni I nak tanya, you dah setahun tak pergi London. Tahun ni taknak pergi ke? Berjalaaaaaaaaaaaaaaan je kernanya. *rollingeyes.

-eNd-

1 comment:

  1. I love your pandora ring very much.
    http://www.diannesestatejewelry.com/pandora-flower-ring.html

    ReplyDelete