Pages

Tuesday, April 3, 2018

Baju Raya and Crazy Sale ANNESURAYA SKINCARE

Assalamualaikum..

Raya tak lama lagi dah kan? Less than two months je. Amboi, puasa pon belum dah cakap pasal Raya. Hahahaha. Baju raya tahun ni kaler apa? Untuk tahun 2018 ni kitorang punya concept tak sama macam tahun lepas yang beli sekayu kain pakai sekeluarga tu. Kita buat kelainan sikit, lelaki pakai kaler lain, wanita pakai kaler lain tapi range warna sama cuma tone je lain-lain. Untuk tahun ni I memang buat Kurung Kedah Modern je semuaaaaaaaa. Senang nak makan banyak-banyak and senang nak bergerak. Baju tahun lepas kemain siap lace 3D rama-rama and ada reben ikat belakang dah macam pwincess tapi pakainya sekali je. Memang takde pakai dah lepas tu. So tahun ni I dah cakap kat Kaklong awal-awal. Takyah dah la beli kain satin/dull satin or seangkatan dengannya sebab memang tema maid je tahun ni supaya nanti bila sampai kat Jengka, I tak meroyan panas. Itupon kalau ikut hati, I nak beli kain cotton je tapi macam sedih sangat pulak. Hahahah. Ni baju raya Sazli, Shein dengan I dah siap dah. Tinggal nak ambik je. So setel dah masalah baju Jawi. Baju Rumi je takde lagi untuk Shein. Ni dah boleh start beli dah ni. Usually baju raya Rumi Shein ni pakai untuk open houses je and I suka beli last minute. Saja gelabah tetek nak rushing-rushing dengan Ellis, baru la semangat raya sikit. Kan? Ok. So apa azam raya korang selain dari nak kurus? Kalau nak kurus, sempat je lagi ni. Check calories intake dari sekarang, cut sugar and exercise. If harini duduk depan cermin and rasa down sebab gemok, jangan down lama-lama. Bagi masa pada diri sendiri and try for 1 month dulu eat clean. Yang penting kena ada determination. Senang laaaa nak cakap kan? Sebab godaan makanan ni dia memacam. Macam I ni hari-hari KLCC, makan nak sedap-sedap je. Office pulak selalu buat makan-makan and Huda punya kek boleh tahan menyirap tapi takpe. Boleh je makan, but bekadar la. You have to know where to stop and put la certain weight limit. Let say dah sampai max, work out balik. Ok?


Baju Raya Tahun Lepas Bertemakan Pengantin Terbang. Tingat dulu masa Kakyang and Kaklong beli, dia bagitau Eddy harga lace semeter RM200.00 lepas tu Eddy tanya, 'Mahalnya, boleh terbang ke?' HAHAHAHAH


Semalam nampak Iyra masukkan bare-face dalam FB cakap pakai AnneSuraya Skincare. Seronok tengok and baca testimonial dari pemakai cakap muka flawless. Ada jugak yang beli since beginning cakap only boleh pakai Liquid Cleanser and Day Cream AnneSuraya sahaja sebab kulit jenis sensitive. Jenis lain tak boleh pakai. Thank you for your continuous support. Soon InsyaAllah, I akan reveal new product under AS but now masih dalam R&D lagi. Nanti dah siap semua, I akan bagitau eh? Sempena dengan Ramadhan and Syawal yang bakal menjelma and preparation untuk mencantikkan wajah sebelum raya ni, Kak Kiah suggest untuk buat CRAZY SALE ANNESURAYA SKINCARE. Harga untuk satu set is RM55.00 sahaja (Not Include Postage) tapi kita bagi untuk 100 orang yang pertama sahaja. Abes 100 dah takde dah. Dia akan jadik NP RM90.00 untuk 1 set. Untuk loose item pulak, kita bagi 50% . Postage RM8.00.


RM55.00 untuk 1 set (Not Include Postage)


Ni harga untuk loose item, 50% less.

Testimonial and update pasal AS korang boleh check dekat AnneSuraya Skincare Instagram. If ada apapa pertanyaan boleh direct WhatsApp je I dekat 0129184042. If I lambat jawab tu maksudnya I busy menyelamatkan dunia. Tapi I akan reply jugak nanti. So, cepat grab chance ni. Dapat banyak dah tu penjimatan. Nanti Raya semua dah Siti Nohaliza je. OK? okbye.

-eNd-

No comments:

Post a Comment