Pages

Thursday, April 5, 2018

Kisah Melaka Masa Wedding Ross

Assalamualaikum..

I cita-cita tinggi dengan Intan. Konon nak pergi Melaka kenduri Ross berdua je kitorang. Kata Intan, nanti boleh bawak kereta tukar-tukar kalau Kaksu penat drive cecece. Kata Sazli, Snow White tu tak berapa OK. Kena service dulu and make sure semua OK baru dia bagi. OK la, gigih Jumaat tu I pergi service kereta naii Uber 2x RM50.00 kena pui! Sekali Lim Tayar cakap absorber kena tukar sebab dah jem dedua yang depan ni. Lepas tu Brake Pad ada lagi 40%, service biasa campur labor cost cong ceng cong ceng alexander total dalam RM4k++ kah kah kah amek ko! I tak pandai apa sangat so kira OK je semua masa Mechanic tu cakap. Call Sazli tak jawab-jawab. Adoi la. Lepas I dah sampai office balik baru dapat cakap dengan Sazli. Kata Sazli try service dekat Workshop yang Bapak biasa pergi sebab dekat Lim Tayar charge absorber sahaja RM3,700.00 HOI MAHAL NAK MAMPOS. Naseb baik Sazli selamatkan I sebab harini Bapak buat dekat Workshop dia cuma RM2,800.00 je total semua spare parts. Beza berapa tu? Banyak kan? Bapak ada cakap menda entah, yang I paham absorber je. Kata dia kalau I lanyak jugak sebulan bawak kereta ni dengan alignment tayar pon kacau. I tak faham sangat pasal kereta. Yang I tau bawak, isi minyak, cuci kalau tak tahan sangat dah sebab kotor. Tu je. Lagi satu, I memang expert dalam melanggar divider kalau parking kepala kedepan sebab tak pandai agak. Haritu baru repair keliling kan? Seminggu je kereta I cantik, lepas tu selamat dah terkopek cat dia dekat depan I teeeeerlanggar divider masa nak parking. Tapi al-hamdulillah I dilahirkan sangat kretif so I dah tutup yang cat tertanggal tu guna nail polish putih OMG bangga sangat I ok? So now tak de nampak sangat dah cat terkopek tu cuma texture dia kasar la. Nail Polish kan? Hahahaha. Haritu Bapak tanya ‘Lepas repair Su ada langgar apapa tak?’ Dengan bangga I jawab ‘Of coz la ada Bapak’. Bapak cakap ‘Ok la, fair’. Hahahahah malas nak layan I la tu. I rasa lepas ni I kena pakai kereta yang ada sensor/camera keliling lepas tu dia boleh parking sendiri and dia boleh cakap parking tu muat ke tak untuk I masuk. Baru senang hidup I. Dulu lagi kesian. Side parking kan? Kedepan kebelakang 10 kali last-last kat situ jugak, tak gerak-gerak. Yang I expert is parking bontot la, tu pon sebab ada sensor belakang.


Naseb baik la pergi dengan Sazli sekali, kalau tak memang tak merasa la makan Keria Gula Melaka Limbongan ni. Kalau I dengan Intan je, keluar rumah 8.00am, siap makan 12.30pm dah balik KL dah. Takde singgah. Kencing pon takyah. Bahahahah.


Since kereta tak sempat siap, so Sazli cakap takper lah dia pergi sekali bawak kereta dia. Shein pon ikut. Tak caya la tu I nak bawak kereta dia lepas I langgar divider dekat Pusrawi tu. Hahahahha. So kitorang keluar rumah dalam 10.30am and sampai Melaka pukul 2.00pm engkaaaaau. Ada accident kot? Entah I tak sure sebab sempadan N9 I dah selamat sampai Hongkong. Jaga-jaga dah sampai Melaka dah. Nak dekat 4 jam KL-Melaka. Ni kalau I yang drive ni taktau lah macam mana. Mau Intan terjun kereta je sebab stressed. Hahahahahahha. Intan duduk depan, dia jadik co-pilot la tak boleh tido. Teman Sazli drive. I dengan Shein tido berpelukan dekat belakang best je kena aircond. Dengar la sipi-sipi Intan cakap pasal jodoh dengan Sazli tapi I memilih untuk sambung tido. Masa OTW balik Melaka-KL dorang main dengar lagu hiphop dengan rap. Kemain Sazli imej Rock tapi tau lagu rap. Dok berborak la dia dengan Intan pasal Tupac la, Papa Bear la,  B.I.G la, Notorious la. Lepas tu I dengar Intan cakap ‘Ye Abang Saz, Intan tau Tupac mati kena bunuh’. Lepas tu Sazli cakap ‘Sapa lagi eh Rapper yang Intan tau?’ Sorang-sorang nama keluar lepas tu I tak tahan terus menyampuk. ‘Kaksu tau……..!! Waghihhhhhhhh! Duit den betingkek-tingkek, duit den betigkek-tingkek’. HAHAHAHHAHAH Nak jugak! Eh betul apa? Waghih pon Rapper jugak. I support Malaysian Product Ok?

Puas I nak mengingat Papa Bear. Tadi Google, Rapper Father Bear…. Rapper Happy Bear.. Takde result. Rupanya Papa Bear OMG Selenganya I. Happy Bear yang tak tahan tu. 


Seksa nak mendapatkan Keria ni. Sejam I beratur dengan berpanas. Naseb la Intan datang hantar payung. Sorang dapat beli 20 ketul je. I pon taktau la kenapa I begitu gigih beratur. Peluh dalam baju menitis-nitis wei, seriously.


Ni sementara nak tunggu keria siap masak. Tu yang buat lambat. Sazli geleng kepala je tengok kegigihan I. Ok apa Papa? I beli beratur lama-lama, U jugak dapat makan. Kira macam pengorbanan I la. Shein, Intan and Sazli bahagia duduk dalam aircond. Untunglaaaaaaaaaaaaa.

 

Berpanas pon takpe, janji Shein enjoy makan.

Siap urusan Kuih Keria, Sazli ajak tengok Coconut Shake. I cakap, I taknak dah queue. Suruh Intan. Intan ofcoz la taknak. Dia makan nak la, nama nak beratur haraaaaaaam. Takde sapa nak beratur, so kitorang gerak la balik KL. Pon jem jugak. Tu yang I tido dalam kereta. Sedar-sedar dah dekat PD chu’olls. Kah kah kah. Ni konon nak drive dengan Intan tu? Drive je dekat 8 jam. Memang penat giler la. Kata Sazli dia mengenangkan Si Ross je. Kalau tak, takde der dia nak pergi Melaka day-trip macam ni. Lepas tu Sazli cakap dekat Intan ‘Ko Intan kalau nak kawen, jangan buat kenduri dekat Melaka. Jem!’ Hahahahahah. Maka Intan, jangan la kawen dengan Orang Melaka kalau tak harapan la Kaksu nak datang wedding Intan. But seriously Melaka punya jem, I dunno what to say. Tapi sini foods dia = HEAVEN!




Kata Sazli, ‘Mama belanja I makan Menate. Penat I drive’. OK Papa. No Problem. Sampai KL terus kita makan steak.



Lepas makan, balik rumah terus mandi. Dengan berbaju kurung pagi jejak ke malam tak cool jugak. Kitorang sampai umah dalam 10.30pm macam tu kot? It was a tiring day walaupon yang drive tu Sazli tapi I penat la jugak. Penat tido. Hahahahaha. Sebenarnya kalau nak ke Melaka memang kena expect this la. Silapnya I rasa kitorang tak keluar 8-9am kalau tak maybe la tak sepenat ni. Tapi kalau level jem sama jugak, tak kisah la keluar pukul berapa pon. Kan? Anyway, TQ Sazli sebab drive kitorang ke Melaka. Allah tu susun elok/cantik je. Kalau tak sebab Snow White tak sempat tukar absorber mesti I dengan Intan je berdua pergi Melaka. I pulak kaki tido. Especially bila drive. Cepat sangat mengantuk. I kalau mengantuk, memang cubit la lengan sampai lebam pon eeeeeeh tetap dia terlelap jugak. Suka telelap time bawak kereta. Bahaya la. Kan?

Okla. Tu je nak citer. Bye.

*macam cilake je ending. kah kah kah.

-eNd-

No comments:

Post a Comment