Assalamualaikum..
Yes, kembali lagi dalam entry Sunway Lagoon. Baik aku update sekarang sebelum basi and hanya tinggal sejarah. Hahahaha. Now, kitorang kalau berjumpa sure gelak sampai terkepit-kepit tahan kencing mengenangkan peristiwa-peristiwa kelakar yang jadik dekat sana especially masa naik Vuvuzela yang Kaseh tak sempat nak berpaut dekat apapa sekali pelampung dah berjalan and terkangkang dekat tengah-tengah muka terkejut nak nanges. Dyba punya serkop sampai tetanggal-tanggal lah and kisah Intan and Dyba gaduh dengan budak Tukang Jaga dekat Slide area Colorado Splash tu. Intan : 'Yang ni best tak?' Budak jaga 'Biasa je, sebab gelap. Tak nampak apa'. Intan 'Kalau macam tu tak jadik la, saya nak naik yang belah sana'.. Budak Jaga 'Eh, saya dah penat tahan air ni. Kena naik yang ni jugak'. T___T Sudahnya naik la berdua Dyba and Intan yang selenga dalam slide yang gelap tak nampak apapa tu. Langsung tak melawan. Kata Intan, malas nak gaduh dah. Nak naik yang sebelah sana dah malas sebab nak kena panjat tangga lagi. Dah la tinggi. Time panjat tangga, bontot je jauh tetinggal dibelakang. Mana nak larat turun-naik tangga. I lagi la pemalas, time tu baik aku duduk layan makan lagi bagus. Eeee I dah tuweeee la, tak larat dah nak beria. Adoi la. Yang paling happy is Kaseh. Asyik cakap Thank You je dekat Mama dia. Number 2 yang happy is Dyba la. Yang anak dua tu. Kemain bejoget menggeletis dalam kolam. Tu nanti next entry I share Ok? Anyway, we had fun here! Dah lama sangat dah plan akhirnya menjadik kenyataan. Seronok sangat! Sapa yang tak pernah pergi lagi, I suggest korang boleh la plan anytime soon sebab sini memang best! Keep on reading, nanti I kasik tips yang korang boleh ambik untuk menjadikan korang punya visit ke Sunway Lagoon ni fun. Ok?
Kitorang keluar rumah awal. Macam nak pergi kerja sebab target by 5.30pm dah nak ada dekat Ampang semula.
Sebelum masuk Theme Park, korang makan la dulu sebab makanan kat dalam sana mahal. Air mineral botol kecik pon dah RM5.00. Makanan luar tak dibenarkan masuk. So, makan dulu tau? But makan pon jangan la makan beria sangat sebab if kenyang nanti main game yang bepusing-pusing ada yang muntah atas kepala kawan pulak. I dari Ampang dengan Kaklong, Kaseh and Intan. Kitorang sampai dulu dari Izzah and Dyba. Intan cakap 'Sampai ke tak tu Dyba dengan Izzah dekat sini. Dyba tu kiri-kanan pon confuse'. Dalam setengah jam tunggu, Dyba and Izzah pon sampai. kata Izzah, Dyba bawak kereta macam nak terbang. Dia takot lambat. Nanti Kaksu marah. Hahahaha. Elok nak keluar rumah, IC pulak Dyba pergi tinggal. Punya beria taknak bawak purse, abes semua dia keluarkan. Hahahaha. Tiket Izzah beli dekat Travel Agency. Harga tiket untuk Dewasa is RM105.00, Kanak-kanak RM98.00. Beli dekat sana/website I tak sure berapa.
I suggest korang kalau nak datang selain dari datang awal pagi, datang la hari bukan Cuti Umum/Cuti Sekolah kalau tak masa abes untuk beratur je. Sedang kitorang datang hari Khamis and tak beratur lama tapi tak semua game dapat main (sebab 4.30pm dengan baju basah semua sebok berlari nak balik dah) Hahahaha.
Masa datang tu, walaupon semangat nak main game tapi pakai je baju biasa dulu Ok? Macam kitorang kasut pakai terus siap-siap. Kasut pantai tu kitorang beli dekat Decathlon. Jangan pakai selipar Ok? Tak practical.
Kebetulan Fiezul ada dekat Sunway Pyramid 3 hari. So boleh la jumpa dia. Handsome Fiezul pakai baju Abang Bomba. Sebelah dia tu anak buah dia nama Sadam. Eh, memang now Bomba muka level-level Steward ke acane ni?
Siap breakfast dekat Subway baru la queue untuk collect ticket. Dyba tu bagi harapan palsu, kata Oldtown bukak, sekali tak bukak lagi. TQ Kaseh tolong ambik gambar walaupon 80% semua gegar, Makcik redha.
Jangan lupa ambik Map and plan mana nak pergi dulu. Macam kitorang, mandi dalam kolam last sekali. Sebab lepas tu senang terus balik. Besar sangat Sunway Lagoon ni. Ada Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park, Nickelodeon Lost Lagoon and Water Park. Kitorang tak cover semua tempat sebab tak sempat.
Ok. Tips berguna. Kat sana takyah la beria nak bawak bag bagai. Tinggal je dalam locker. Macam kitorang, sebelum masuk scream park dah masuk barang masuk locker and siap salin baju mandi terus sebab nanti ada game yang akan basah. I beli bag dekat Happy Gear sebab dia water resist so dalam tu simpan power bank, cash sikit. Itu sahaja. Handphone bawak 1 je. Susah nak handle banyak-banyak barang time nak main. Harga bag ni dalam RM70.00. Hyper Gear ada dekat KLCC sebelah Famous Amos. Bag ni masuk dalam kolam pon takde hal. Air takkan masuk.
Hanphone cover macam ni jangan lupa beli. Boleh bawak masuk dalam air and elak handphone dari masuk air. Penting bawak untuk ambik gambar. I beli dekat Avenue K harga RM30.00 macam tu.
Kasut pantai ni sangat practical sebab boleh bawak masuk air terus and tak payah dah tanggal-tanggal. Harga tak sampai RM30.00 pon, beli dekat Decathlon.
Masuk-masuk je terus tukar baju. Pakai baju mandi terus. Makesure korang pakai baju mandi yang sesuai (bukan cotton) sebab nanti tak boleh masuk kolam.
Baju mandi nak murah beli dekat Decathlon Ok? Izzah tu top to toe Decathlon, tak sampai RM100.00 untuk baju, seluar and kasut. I pakai baju Arena, seluar Uniqlo. Jangan lupa pakai terus Sunblock sembur dekat muka. Walaupon nampak berminyak janji tak rentung. Dyba pakai baju I sebab baju dia tak muat. Dia confident dia kurus. Ada perangai beli baju malas try, masak malas rasa. Tak paham aku.
Memula kitorang masuk Scream Park ni. Masuk rumah hantu. I nasihatkan, kalau penakut ada sakit jantung tak payah masuk sebab Level Keseraman 8/10. Sini Kaklong and Kaseh tak masuk sebab takot. I Ok je sebab tau sini bukan hantu betul pon. Semua pon orang. Kalau ada yang sergah, I penampar je. Cecece.
Nak terkeluar anak tekak I menjerit. Masuk sini dalam group 20 orang macam tu. Kitorang duduk paling depan. Ni kalau masuk 5-6 orang memang kencing dalam seluar la. Zombie, Hantu akan sergah korang anytime Ok? Keluar entah dari mana-mana. Masa dalam rumah hantu ni is 20-30 minutes. Masa kat dalam sana, entah sapa-sapa je I tarik baju. Tarik kepala pon ada. Lantak lah. Hahahah. Level Adventure 9/10.
Siap kat rumah hantu, kitorang naik Gold Scream Coaster. Semua naik. Kaseh turun-turun muka pucat giler. Sapa suruh tahan jerit? Hahahaha.
Time naik ni mula la tingat citer Final Destination. Buatnya tercampak ni, mampos. Hahaha. Kena naik OK? Menyesal tak naik. Level adventure 6/10.
Next kitorang naik Pirate's Revenge. Kapal ni berpusing 360 darjah OK? Yang ni sumpah I menyesal naik. Kaseh tak lepas naik sebab tinggi cukup-cukup. This one I tak advice untuk yang gayat sebab memang pening kepala.
Masa naik tu, I rasa macam nak termuntah. Kalau I muntah, memang dekat muka Intan la sebab hadap mengadap dengan Intan. Hahahha. Ni la mendanya yang buat I terus pening. Untuk yang tak tahan SERIOUSLY jangan naik. Level Adventure 10/10.
Ni eh dia pusing. Seram tu takde la, tapi pening kepala. Ni video I yang ambik sendiri.
Next, terus pergi naik Grand Canyon River Rapids. Kitorang je yang ada and takde queue at all. Nak kata tak menarik, menarik la jugak. Tapi takde ramai sangat orang.
Kaseh suka la.
Dorang naik 2 round. I satu je, sebab pening naik Pirate's Revenge tak abes lagi. Sini ride dia boleh tahan la begoyang-goyang semua. Level adventure 4/10.
River Rapid ni 1 pusingan dalam 5-6 minutes je. Shein sure suka ni.
Siap dekat River Rapid, I mintak Take 5 sebab dah pening-pening lalat so kitorang jalan-jalan dulu la ambik gambar. Ni dekat area Wild Life Park.
Macam kitorang je dekat sini?
Sini ala-ala pekan Cowboy. Cantik!
Siap dekat Wild Life Park ni, kitorang decide nak makan dulu. So masuk balik dekat Area Scream Park before meneruskan perjalan ke Extreme Park untuk naik Pedestrian Suspension Bridge and naik Flying Fox. Tengok balik Map, actually kitorang tak masuk langsung Nickelodeon Lost Lagoon. Seriously memang banyak lagi game tak try. I rasa memang tak sempat 10am - 4.30pm dekat sini. Maybe kena ambik Annual Pass lepas tu masuk balik bebila ada masa. Annual Pass dalam RM100.00 korang boleh beli dekat dalam Sunway Lagoon ni. Ni takde Shein ni, kalau tak probably dekat Carousel, Candyland pon dah setengah hari. Untuk emak-emak kalau rasa nak bawak anak-anak baya Shein, memang kena redha datang sini for them. Kalau tak nanti kecewa. Ok. Nanti sambung Part 3. Babai.
-eNd-
Su, hyper gear laaa. bukan happy gear
ReplyDelete