Assalamualaikum..
Haritu masa dekat rumah Bapak, Sazli mintak buat Maggie Goreng Kak Azam. Zaaaaapp terus I buat. Less than 10 minutes dah siap. Bagus la masak dekat sini sebab semua bahan ada. Yang takde Cili Padi je sebab depa tak makan pedas. Mak Azizah kekadang beli jugak Cili Padi sebab dia tau I suka makan, tapi masak dekat sini pon jarang-jarang sangat pon. Kalau ada permintaan I akan buat la. Macam sayur sawi tu I tengok always ada je dalam peti ais. Maggie Goreng ni kalau nak buat, sedap guna yang perisa kari. This time I guna Saji Mee. Support barang organisation sendiri chewaaaaaaah! I pernah buat yang Tomyam, sedap jugak. Tapi paling sedap kalau perisa kari la. Nak yang lagi sedap kalau tinggal makan je tak payah masak hahahaha. Rasanya resepi macam pernah bagi, IG pon ada jugak letak dekat #chooyayamsak. Tapi each time up ada jugak yang DM mintak resepi T_____T Haritu Dyba ada bagi rasa sesudu dua Maggie Pedas Giler perisa Tomyam. Sama pedas dengan Samyangg tapi S E D A P! But macam susah nak jumpa je. Haritu yang dapat makan pon sebab Robyn punya. Dia kata ada jual dekat News Stand bawah office ni tapi I dah 23 juta kali pergi, takde pulak jumpa. Semalam pon masa dengan Shein pergi Speed 99 Mart nak beli Susu dia pon takde jugak. Shein dah la eksyen. Time nak turun tu I ajak dia turun sekali lepas tu dia cakap 'Mama, I stay here. You don't cry' Eh, kita pulak dia pesan jangan nanges. Hahahaha. Besar dah Shein. I tengok dia sama macam I la jugak kadang-kadang perangai. Malam tadi mintak dia ambikkan air. Muka masam je, pantang kena suruh. Lepas tu dia macam terlanggar almari then cakap 'Aduh'. Hahahaha. comel giler. Kata Intan, dulu Shein kecik je. Selalu pegang bucu meja sebab takot dia terlanggar. Sekarang dah lebih dari meja dah tinggi dia. Shein memang tinggi. Kalau dengan Intan/Dyba tu dah more than half dah. Dia dah 26kg macam tu. Imagine kalau dia tido dalam kereta, I nak dukong dia sampai naik rumah macam mana punya hazab.
Sedap Maggie Goreng I ni. I ok je puji diri sendiri. Dah sedap, ngaku je la. Hahahaha. Macam Maggie Goreng, I suka letak sos tomato lebih.
Samyangg ni kekadang pedas dia macam hanat. Sakit perut aku makan. Nak kurang pedas letak cheese. Haritu makan Maggie Pedas Giler tu, dia punya pedas sampai kan air liur menitis sendiri bila nganga mulut.
During last school day before start term break. Sekarang Shein cuti 3 minggu bersuka-ria dengan Maktok and Baba. Jangan kena complain disconnected lepas masuk term baru dah la eh Shein?
Baju ni I beli dekat Langkawi Cable Car last year tu. Sekali ni je la kot pakai sebab taktau nak pakaikan kat mana dah. Rasa macam dah beli size besar tapi Sendong korang ni cepat benar tingginya. Ni pon I nampak dia pakai macam tesentut je dekat cawat tu maknanya memang tak boleh pakai lama la. Masa last day before term break, BBI suruh pakaikan the student Storybook Character tapi I belasah pakaikan Film Character. Kata Abah Shein, ni ala-ala Maverick dalam Top Gun. Dulu konon-konon masa kecik Sazli nak jadik Air-Force Fighters Pilot la, menyambung cita-cita/kerja Baba Shein as a Air Force Fighters Pilot yang tak kesampaian sebab Tok Chak tak bagi. Dia susah hati each time kapalterbang lalu atas rumah dia. Kalau tak sure Bapak now dah jadik Commercial Flight Pilot macam some of dia punya friend. Dah la dia tinggi handsome hehe. La ni handsome turun dekat anak and cucu dia la. Tinggi and segak. (Bodek sikit). Heeeeeeeee.
Maverick - Top Gun
Hi Kak Jue. I pinjam gambar you. Sapa lagi belum ada Bengkung Ramping angkat tangan!
Sebagai penutup harini, I nak tanya sesapa yang belum ada Bengkung Ramping, memang taknak try ke? Yang repeat customer every 2-3 bulan sure beli lagi sebab nak tukar size. Customer dari Singapore pon sanggup bayar postage mahal sebab puas hati dengan kualiti Bengkung Ramping I ni. Design, material semua sama dengan jenama popular lain but kenapa nak bayar lebih? RM78.00 je include postage untuk sehelai. Yang Bengkung Ramping ni dia lebih grip and nampak shape badan. Segala lemak babat dapat la sembunyikan and badan nampak kemas. Paling sesuai untuk yang pemalas pakai Corset. Korang boleh la start dengan Bengkung Ramping. I pon kekadang suka pakai Bengkung Ramping time malas nak pakai corset. WhatsApp I dekat 012-9184042 untuk sebarang pertanyaan. Ok? Okbye!
-eNd-
Adoi! Bukak blog kak su pepagi dah nampak maggi goreng.
ReplyDeleteKalau goreng dgn sambal air mata pun sedap ni kan?