Pages

Monday, April 9, 2018

Netball Yang Dapat No 2.

Assalamualaikum..

Lama giler tak main Netball yang menang. Biasa main memang kalah je manjang. Hahahaha. Kali ni dapat Naib Johan woo hoo!! Jaaaaadikla dari tak menang apapa. Naseb baik la bebudak Palm ajak join dorang main under Upstream Cluster, kalau tak mereput la I each time main Netball lepas tu kalah. Usually yang main kalah tu time office I punya sukan yang lawan kilang-kilang tu. Makanya yang main GS Intan, Dyba pulak main WD jenis kejar je bola mana bola pergi - comel sangat. Dulu Si Ross ada, tangkap bola lepas tu bola lobos ikut bawah last-last peluk angin. Undang-undang pon taktau memang di ayam-ayam je la dengan orang-orang Kilang. Hahahaha. Nak harap ke Izzah je la yang boleh laaaa main sikit level-level I. Kita kalah memang biasa tapi player HQ semua cantik-cantik and muda remaja + baju kita biasanya cantik. Kira bab appearance dah menang dah la. Hahahaha. Aci je puji diri sendiri. Uweeek!! Kali ni game main untuk Kelab Sukan Inter-Dept. Ada 8 team semua. Meriah jugak main tengah panas. Kepam I balik tu. Terus kulit kaler Bronze. Bagus jugak sebab fe-feeling Beyonce aaaaawwww. Hahahaha. Main tengah panas takpe, yang penting 1) Baju meletop sampai Kak Zah taknak pakai. Kata dia macam baju nak pergi Disco. Hilang akal ape beli baju singlet kat dalam lepas tu suruh Kak Zah pakai? Hahahaha. 2) Padang view KLCC walaupon panas. 3) Dapat Naib Johan and dapat la duit hadiah + allowance makan RM60.00 (Breakfast Starbucks RM20.00 so masih ada balance keuntungan RM40.00). Most important I had fun. Seriously. Seronok sangat! Ila, Iyra nanti jangan la serik ajak Kaksu main Netball sama-sama eh? Walaupon tak berapa hebat sangat main tapi Kaksu pencetus suasana gembira. Kan?


Yang I hug tu, tu la Kak Zah. Guru Besar. Makan banyak before game tak bagi, minum ais tak bagi. Dia macam halimunan la wei. Memula ada dekat tengah padang. Elok I bersila mintak Izzah ambik Air Sirap Ais, eh tetiba dah ada bawah khemah. Hahahaha. Nak terkeluar bijik mata Kak Zah marah I minum ice. Dia ingat I bodoh? Dia blah I minum la. Hahahaha.



Cantik kan baju team kitorang? Cantik sangat ni Ila sampai macam bukan baju sukan dah (^_^) . Beli dekat Giordano. Tu yang masa si Izzah datang hantar dekat I, I gelak sampai kepit nak tahan kencing sebab tak boleh imagine macam mana Kak Zah nak pakai. Hahahah.


Ni Iyra. Agent House of Corset. Sale bulan ni macam mana Boss?


Lin my beloved Bengkung Ramping customer. Gittew. (Bodek sikit). Sabtu Netball, Ahad lari Standard Chartered Run 10km boleh tahan fit. (Walaupon Pace 10)


Panas giler wei! Tapi I had fun. Puas la main. Terhibur pon ada tengok macam-macam ragam yang main tengah padang. Yang lurus ada, yang taktau rules ada, yang comel ada. Macam-macam la. 


Yay, dapat Naib Johan! Izzah. Mesti Boss kita bangga dengan kita kan? Agak-agak Kelab bagi tak sorang RM100.00 kerana mengharumkan nama company? Cecece.


Time ni cabutan bertuah and umumkan pemenang. Ila tu dah macam Mak Ayam pegang duit macam tu. Hahahaha. Cabutan bertuah memang I TAK PERNAH dapat. Eh pernah la. Last time masa dekat UPM I dapat. Tak baik fitnah diri sendiri.


Tahniah Felda B menang. Ke Felda A? Lupa dah I sebab dorang hantar 2 team. Tu baju kuning ang-ang tu strategy tu sebenarnya. Sebab kalau dorang pakai baju kuning, lepas tu main tengah panas and silau, tak boleh la masuk gol. Hahahaha.


Miamor - Syira. Kitorang dulu sama-sama main untuk Team Felda tapi simpanan la. Merata berjalan sampai ke Perlis. Hahahaha. Last main 2012 macam tu. Lepas I dapat Shein, I takde dah main untuk Syarikat. 


Siap selesai semua, I ajak Syira makan. Dengan kepam muka Amah, kita confident pergi KLCC nak makan Nandos. Tutup pulak Nandos KLCC kena pulak pergi Avenue K. Ok je. Kata Syira, kepam macam ni la nampak athletics. I now kalau makan Nandos, ambik quarter chicken + Grilled Veggies. Acah-acah healthy.


Sedap pulak nampak. Blardihel.

Actually Sazli and Shein ada datang. Tapi time I Final dorang balik. Kata Sazli sebab panas. Tak semangat kesukanan langsung tau? Naseb baik Mama kalah. Balik tu, I dah start pening kepala. I kenot panas. So lepas mandi, terus baring dalam bilik dengan Shein. Lepas rehat and take a beautiful nape then only rasa lega. Thank you Papa tolong kawan dengan Shein. Kitorang macam ni la. I sukan Sazli support, Sazli sukan I support. Kita tau minat dan kecintaan masing-masing pada aktiviti macam ni. InsyaAllah hari esok start jogging balik dekat KLCC Park sampai la sebelum puasa. Untuk fitness je. Takde apapa pon tapi nanti bulan depan ada Netball game balik katanya. Kalau ada team nak ambik I boleh la main. Tapi Star macam I InsyaAllah ada orang nak. (Berbulu je Ila baca ni) Hahahahaha.

-eNd-

No comments:

Post a Comment