Assalamualaikum..
Line dekat sini punya la sentut, nak cari signal sama macam nak cari periuk api gayanya. Usung handphone kehulu kehilir hazab sungguh. Ni I dekat Cafe ada la wifi so boleh la ambik masa share sikit pasal Wisana Village ni. Yg DM lain, yang whatsapp lain, yang komen dekat IG lain. Semua tak sabar nak tau pasal Redang punya holiday ni. Seteressssssss!! Si Ain pulak remind, jangan bagi lambat-lambat sangat draf dekat dia nanti dah working hours dia bizi. I mintak Ain yang masukkan dalam blog. Tachiu Ain. Nak kena bagi upah air laut ke acane ni? Anyway, masa memula sampai sini I cakap dekat Atig rasa macam isolated je tempat ni. Sebab Wisana Village ni dia macam private beach. Ada dia je, tak campur dengan resort lain. Sini total chalet ada dalam 10 biji macam tu and ada 1 cafe and that’s it. I imagine ada la kedai souvenir, convenience store ke apa tapi takde. Tu dekat Pasir Panjang ada banyak resort and commercial sikit. Sini takde. So kira macam privacy la sikit but view memang cantik nak mampos. Air laut biru cantik giler vavi hutan, keluar dari chalet konsep dia boleh terus snorkeling kejar nemo and penyu. So so so damai and B E R S I H. This trip I boleh cakap budget trip sebab harga seorang untuk 3D2N is only RM675.00/person termasuk 2x boat transfer, makan 4x sehari, snorkeling and hiking. Kids 7-12 years old is RM295.00 sahaja. Murah kan? Takyah bawak duit pon takpe dah sebab takde menda yang nak di spendkan unless nak pergi mencandat sotong or nak fishing naik boat tu lain citer. Beach activity macam dekat Pantai Chenang Langkawi tu takde makanya jimaaaaaaat kah kah kah. Bagus. Best kan?
Cantik kan? Ni betul-betul masa turun dari boat sebelum pergi ke Lobby/Cafe
Datang sini bawak la siap-siap a complete toiletries and hair dryer ok?Chalet dia simple je. Chalet, bukan hotel if korang nak imagine yang indah-indah tapi bersih la. Selesa. Memang bersih sungguh. Cafe pon bersih and semua-semua pon bersih. Dalam chalet takde TV tapi ada aircond, kipas and bilik air ada heater. Bagi I, cukup dah ni. Kalau lapar boleh makan je dekat Cafe ni. Drinks, roti, maggie memang all the time ada complete air sejuk and air panas. Makan pulak ada breakfast, lunch, minum petang and dinner. Lauk simple but sedap. Sedaaaaaaaaaap. Masakan Melayu ada and Western pon ada. If nak beli jajan-jajan pon ada jual dekat sini. I dah interview dah pekerja dekat sini. Lelaki 10, pempuan 4. Dorang kerja as a housekeeping, cafe, handle boat and receptionist. Dorang memang duduk dalam pulau ni je and memang tak naik-naik darat. Naik darat setahun sekali time monsun dari October - Mac. I cannot brain to live with 14 people dalam pulau macam ni. I maybe boleh giler. Tapi sebab I tak kerja dekat sini, so I takyah la risau jadik giler. Hahahaha.
Ni bebetul depan chalet. Tengok la air laut tu, punyalah cantik!
Kitorang duduk dekat sini. The terrace. Ada 4 pintu Chalet. Keluar je boleh terus terjun dalam laut.
Sini cafe tempat makan and lepak-lepak
Imagine sambil makan, bertemankan pemandangan macam ni. Atiq, ko tengok gambar aku takde dalam blog lagi, gambar ko dulu aku letak. Bak duit!
Lepas makan, lepak baring dekat sini macam ongkaya. Yang kaya Atig la. Menyirap je tengok gambar dia ni. Macam nak pijak je.
Becinta dua orang ni. Best je layan baring lepas makan.
Petang kita mandi lauuuuuuuuuuuuut!
Jap lagi kitorang akan buat snorkeling dalam pukul 9.30am macam tu and basically sini memang nak relax je and tak banyak activity sangat, paling sesuai untuk yang kuat tido and ada budak kecik taknak renyah-renyah sangat but still fun. Masa sampai semalam patut 2.30pm kitorang buat hiking 45 minutes naik, 45 minutes turun tapi all of us decide to hiking dalam bilik je hahahahahhahaha. Beria la aku bawak kasut sport bagai tapi sudahnya tak berguna tapi takpe, cita-cita nak buat hiking tu pon dah bagus sebenarnya. Ni nanti balik KL confirm gemok. Confirm! Sebab dekat sini kemain I bersuka ria makan. Ni esok otw balik KL dengar citer nak makan Ikan Celop Tepong pulak. Adeh. Takpe, balik KL kita diet balik semula. Hahahahha. Oklah. Nanti esok I update pasal Snorkeling pulak. Ok? Meanwhile ni je yang I boleh share pasal Wisana Village. Yang lain korang kena google sendiri dulu. Jangan nak pemalas sangat. Lempang nak? Kepada Apai and Galak, diucapkan selamat bekerja. Kitorang dekat sini tengah begembira. Jangan jelesssss!!
Oklah, belanja gambar Siti Nohaliza sekeping.
-eNd-
i pernah pegi sna tahun lepas.. mmg sgt privacy.. staff sna pon sgt sgt friendly.. makanan simple, xbyk choice but no worries still sedap. masa i pergi dlu, i duk chalet yg btol btol tepi cafe tu.. mkn jgn ckp la sbb cafe die sentiasa free.. kuar je bilik, leh berehat kt buaian.. sana mmg signal semput sbb sana dorg nk kita relax lupakan kesibukan kota.. gitteww.. hhahhaa. nway have fun siti nohaliza... enjoy your holiday ya :) take care
ReplyDeletei setiap hari nk view blog u.. xtau nape.. masuk office trus bukak pc, n sblom mula kerja mesti baca blog u dlu.. siap letak kt bookmark ag.. hehe.. suka keikhlasan kak su bler menaip..
regards
Emma
Emma Lina : oooo bilik sebelah cafe tu. i tau. tapi jauh sikit dari jetty kan? nak dapat signal kena pergi ke jetty sana tu. ipad manjang kena campak dengan shein sebab line kura-kura. hahahahahahha.
ReplyDeletenice kak.. tq for the review
ReplyDeleteilham purnama : hehe. tq bagi akak makan sedap2 haritu.
ReplyDelete