Pages

Wednesday, April 25, 2018

Redang Excursion Part II (Snorkeling)

Assalamualaikum..

Jap lagi dalam 11.00am kitorang akan gerak dari Wisana Village ke Merang Jetty. Berakhir sudah holiday with Geng Kunyit for 3 Days 2 Night. Alhamdulillah takde major casualties except for Sazli punya kaki luka sebab jatuh dekat Jetty malam semalam masa fishing dengan Zairie and Khatig lepas tu I dah gemok sebab makan banyak and sunburn. Tu dikira sebagai casualty jugak ke acane? Adoi hahahaha. Nanti next week kena puasa ni. Aliah and CT tak bagi cakap pasal diet and complain pasal gemok sebab nanti seteressssss. Hahahaha. Holiday paaaling payah nak diet. Ni kang lunch nak makan Ikan Celop Tepung dekat Warong Pok Nong dekat Batu Rakit. Sapa penah makan? Apit yang suggest tempat ni. Harap-harap sedap lah. I dah lama nak makan Ikan Celop Tepong. Last was waktu Shein takde lagi time I join sukan Makswip ke apa entah. I pon dah lupa. I memang suka makan makanan yang ada ikan inside termasuklah keropok lekor, keropok kembang semua tu. Kuah cicah kena sedap. Kaler maroon, ada rasa manis pedas. Sedapnyaaaaaa!! Anyway today I nak citer pasal activity snorkeling semalam yang kitorang buat. My first experience tengok penyu dari dekat. Ya Allah, it was an amazing experience. I seriously tak sangka Malaysia ada laut yang best macam ni. Last time pergi Phuket beria bawak Go-Pro tapi tak dapat pergi tempat Snorkeling sebab cuaca tak elok so takde la dapat ambik video with the Nemo and Fish. Ni tadi bila dapat tengok live depan mata a beautiful fish and penyu rasa menyesal tak bawak Go-Pro (walaupon Go-Pro pon pinjam Along punya padahal) hahahah. Sembang nak kencang je, pui!

Tengok la muka I berkilat bukan main. Aliah and CT menten jelita takde sunburn. Mana la keadilan dalam dunia ni. I ni cepat hitam, cepat gemok jugak. Adeh. Kitorang naik boat pukul 9.30am from Wisana Village ke tempat penyu and coral. Ada 3 stop and takes us 2 jam setengah to complete this snorkeling session

 
Cuaca memang cun sepanjang kitorang dekat sini. Better sunny bright day walaupon panas dari hujan. If hujan memang tak boleh la nak buat any activities but usually cuaca ok je accept time Monsun from October to Mac. Time tu resort pon tutup. Ikut naseb la. Doa banyak-banyak la supaya cuaca elok. Ok?
Sian Sazli kaki luka kena kerang-kerang dekat tangga tu but still layan Shein untuk Snorkeling. Mama tak larat sangat sebab bila masuk air, cepat semput. Beza kalau shopping, 5-6jam berjalan non stop pon takde masalah pulak. Pelik. 
  
Khatig cakap dia takyah pakai sunblock sebab dia original tinted. Takde masalah. Hahahahah.

Shein. Hitamnya.... Hahahahaha. Takpe lah nak, janji happy. Kan? His first experience buat Snorkeling. This time tak berebut dah Swimming Mask sebab everyone have one. Cantik kan air laut? Biru je. Hatiku tenang di laut (tiba-tiba).
CT, Zairie and Eva. Si Eva dari kecik dah biasa mandi kolam, masuk laut pon takde hal. Mommy dia, masuk laut pakai life jacket pon menggelupur takot. Ada la 5 minutes je dia dalam laut. Tu pon berpaut dekat leher Zairie lepas tu nak nanges, bising giler sampai lari semua ikan-ikan and penyu. Pelik dia, kenapa la orang ni bising sangat. Hahahha.
Ni Azryn. The Boat Man yang kerja dengan Wisana Village. Very helpful and friendly. Korang kalau datang Wisana Village, confirm jumpa dia. Nanti kirim salam eh? Cakap Siti Nohaliza kirim salam. Dia kenal. Hahahah.


First stop tengok Turtle dekat Telok Dalam. Tak jauh dari Taras. Turtle ni tak boleh sentuh and jangan panic if dia come close. Dia takkan bite pon. Tapi walaupon dia tak bite, I tetap takot. Menggelupur bila dia berenang bawah I.

Azryn bagi Penyu makan. Dia makan sotong. Memilih eh? Nak makan sotong je. Roti taknak. Biasa dia tu.


Next kita tengok Coral and Ikan dekat Gua Kawah pulak. Sini cantik giler. Dalam lebih kurang 5 meters macam tu. Jangan lupa bawak Google untuk tengok ikan-ikan. Ok? Tu paling penting. I tak pakai time ni sebab lemas. Hahaha.

Last stop dekat Pulau Paku. Sini pon boleh tengok coral and fish as well.




The water is crystal clear. Memang besssssst giler wei! Kitorang bagi ikan-ikan ni makan roti. Roti dah abes, bagi makan kerepek pisang. Alhamdulillah dorang makan je. Bagus tak memilih. Hahahaha.


Actually time ni I dah pening-pening and rasa nak temuntah sebab boat tu kan dia begoyang-goyang? Aliah pon dah pening. But if korang ada rasa mabuk better duduk dalam air dari duduk atas boat. Better macam tu. Siap 3 tempat ni, kitorang return back to Wisana Village. Takes us dalam 2 jam setengah to complete. Sampai je terus mandi and just nice boleh terus lunch. Kitorang punya snorkeling ni termasuk dalam package and let say korang datang but tak stay dekat sini or tak ambik package, harga untuk Snorkeling is RM80.00/person and for children is RM40.00/person. Life jacket sewa RM10.00 sehelai. Pesan I, if ada Go-Pro sila bawak with Google and some roti putih untuk bagi ikan makan. Bawak towel untuk lap-lap badan in between 3 tempat tu. Some water untuk minum and if ada spray muka tu pon boleh bawak jugak to freshen up. Eh, banyak pulak menda nak bawak. Haha.


-eNd-

No comments:

Post a Comment