Assalamualaikum..
Hi semua, dah gemok ke tu? I alhamdulillah setakat 13 Raya ni still tak naik-naik lagi, tapi takde la nak gembira sangat sebab Syawal still a long way to go. Ingat lagi last year, towards habes Syawal I naik 5kg hahahahahha. Turun 3kg, lepas tu naik 5kg. Seronok sangat rasa T_____T Lepas tu naseb baik turun balik. 5kg tu berat jugak. Sama macam sekampit beras kan? I kurangkan makan cookies sebab banyak gula and butter. Now cholesterol tinggi semua kena watch out. Pemakanan especially. Kata Kak Hani kena kurangkan daging merah, butter semua tu. Lemang and rendang pon kena tengok jugak portion sebab semua bersantan. Tapi minggu ni sederet jamuan raya every week, acane kan? Takkan la nak tengok je semua makanan tu? Hurm.. Cita-cita I nak buat balik overnight oats, try back for 3 month and see how it goes after that. Kata Kaklong kena start minum one spoon olive oil jugak. Cita-cita nak jaga makan tu ada, tapi kesampaian tu susah la sikit musim-musim raya ni. Macam haritu, beraya rumah Aliah and Atig, dia jamu makan Nasi Aaaaaarab. Siap kambeng. Dah la Kambeng tu lembut and lemak dia macam melambai-lambai. OMG sedapnya Atig masak. Seriously wei, sedap giler!! Kambeng lembut, Nasi Sedap, Ayam Goreng semua sedap. Menekun je memasing makan. Senyap, tunduk tak berkata-kata. Semua was really perfect kecuali Si Atig goreng Ayam tu lapan ketul je. Orang 11 orang. Ayam 8 ketul. Hahahahahah. Berebut-rebut makan. Tapi makan berebut tu sedap. Atig pon pandai bajet makan. Masa I sampai, I tanya Atig. 'Ni je ke Nasi ko masak. Berapa pot ni?' Dia cakap 6 pot kecik. Dalam hati I, ni kalau I masak, mau I buat 12 pot hahahahaha. I memang tak pandai bajet la kalau makan-makan ni. Tu hari masa ajak Kakak and Abang dari PPA, I order dekat Beriani Ipoh untuk 12 orang, sekali tak abes. Naseb la dorang tapau bawak balik. Tengok makanan tu macam 50 orang pon boleh makan. Adeh. Anyway, TQ Atig bagi aku makan sedap macam ni. Ko bubuh sependa ke apa yang sedap sangat ni?
Nasi Arab by Atig. Tengok pon dah tau sedap. Makan dengan Kambeng, Telur Rebus, Ayam Goreng Berempah. Haritu kawan dia datang, dia buat Lamb Shank. Mana la keadilan dalam dunia ni.
Kasik close up sikit. Ya Allah. Sedapnya. I kan actually dah serba salah nak cakap pasal makan ni sedap ke tak etc kang nanti kena komen dalam Forum cakap I exaggerate semua. Actually tekak kita ni subjective. Bagi tekak I memang la sedap. Kalau tanya Dyba yang tak makan nasi berempah and tak makan kambeng, memang la dia cakap tak sedap.
Ni sambal dia. Kata Ct, 'Tomat'. Aliah cakap 'Yang kalau orang kaya memang cakap tomat ke?' Weeeeeei Lia, Maksu takot dah nak gurau-gurau dalam ni la. Kang mampos aku kena hentam dalam forum. Adoi... Korang, jangan la take serious apa semua I cakap OK? Kan ni nama dia blog. I tulis panjang-panjang pon kena komplen cakap bajet kelakar. Dah kalau macam tu tak kasik buat lawak, pergi la baca buku teks. Adoiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai!
Atig. Lain kali Ayam ni goreng 20. Aku sorang makan 3. Haritu naseb la aku buat cerita kata Shein tak makan lagi. Dapat la 2 ketul. Padahal suap Shein dengan serdak dia sikit campur telur rebus. Hahahahahaha.
Nampak pon dah tau sedap. Please. Cili Padi buat ulam. Pinggan tu memang Aliah kasik size kecik je, biar saiko sikit nampak makan banyak. Dia ingat taktik dia berkesan? Sorry. 3 pinggan jugak Sazli makan.
Kata Aliah 'Tema baju raya eh?' Lepas tu I pesan, Jubah is not baju raya. gigih member pakai Baju Kurung. Hahahahaha. Zairie bulan puasa turun 10 kilo wei. I rasa time sahur dia makan kurma je, berbuka dengan zikir je. Tu pon dah kenyang. Tu pasal turun 10 kg.
Tart tu berebut la Sazli and Ct. Gaduh la korang kat situ.
Tak janji pon but tetiba semua ada unsur biru. Nampak sangat sehati sejiwa hashtag sister for life. Uweeeeeeekkk!!
Kekenyangan makan kambeng.
Huru-hara masa sejam pertama. Nak suruh calm down, bagi iPad. Setel.
Selamat Hari Raya from All of Us...
Anyways, Thank you Atiq and Aliah for having us... Nanti next turn rumah Zairi/Ct and kitorang la pulak. Nanti rumah aku, aku hidang makan Nasi Goreng Air Mata je la. Tapi kena fikir lain jugak tu. Bak kata Netizen, 'Dapur dah acah-acah cantik takkan la taste kampung jugak?' Ni la manusia kalau bercakap ikut sesuka hati je. Dapur tu macam mana cantik pon, rumah 13 tingkat siap boleh landing helikopter ke, kereta pakai Lamborghini ke takkan la nak berubah terus jadik tak makan pedas, tak makan kampung. Sama je kan semua tu. Hadoi. Anyway, terhibur jugak baca komen-komen orang ni. Kecik hati tu ada la jugak sikit-sikit but takperlah, I fikir I tak boleh nak puaskan hati semua orang. Maybe ada I salah silap kat mana-mana, I mintak maaf la kalau rasa tak selesa ke apa. Kalau tak suka pasal specific issue, lepas ni I tak citer dah la. Merajuk la maacam ni. OK la bye.
-eNd-
Bagus cara su layan komen netizen..x melatah..haters pn akn suka klu mcm ni..
ReplyDeletelantak situ lah su. toksah peduli komen taguna semua tu, just be urself.
ReplyDeleteI pun ada ja entry U yg I tak setuju, tapi tu U punya pendapat kan? kita raikan pendapat lah. kita pun ada pendapat sendiri, tapi tak perlulah nak komen menghentam mengkritik mcmkan kita maksum sgt. tak suka, tak pelu baca or tgk. ni follow rapat pastu hentam balik. aiyooo..
kat mana nk baca komen netizen tu? halah halahhh kecoh laaa depa ni
ReplyDelete