Monday, July 29, 2019

Makan Seafood Sedap and Affordable Di Swan Seafood, Kuantan

Assalamualaikum..

Hari Sabtu-Ahad kitorang pergi ke Kuantan. Impromptu plan je. Jumaat tu tetiba Kaklong cakap nak bawak Kaseh pergi ke Gambang Water Park. Dia kata malam tu dia balik Jengka dulu and bawak Mak terus ke sana. So I pon OK la. Lagipon Shein sure suka main-main air ni. Based on experience, usually kalau dah sampai ke Gambang, kitorang akan dinner dekat Kuantan. Better la check-in je dekat Kuantan, so takde la nak balik terus malam tu ke Jengka. Ingat lagi tahun 2011 ke Gambang, dengan penat badan main air dari pagi jejak ke petang, kitorang terus ke Kuantan (Tanjung Lumpur)  makan kat Makcik Sombong lepas tu straight balik ke Jengka. Time tu gerak dari Kuantan dah 10.30pm macam tu. Masa OTW nak balik Jengka,  dekat Jengka 4 jumpa dengan Pocong toing toing tepi jalan. Hahahahahaha. Sazli la kesian. Berapa malam pejam mata tido, nampak Pocong. I tak jaga pon sebab membuta. Tau Saz nampak hantu pon sebab dia baca-baca ayat quran. I terus tanya 'U, nampak hantu ke?' Saz pulak time tu nak lawan takot, dia bukak tingkap and hisap rokok. Lepas nampak hantu pergi bukak tingkap, tak paham aku. Hahaha. Time tu pon memang famous pasal orang jumpa Hantu Bungkus dekat Jengka 4. Setan Bodoh la tu sengaja nak kacau. Jalan nak ke Jengka pon, kalau malam memang gelap gelita. Lepas lalu jengka 4, lalu pulak Bukit Gajah. Situ Hutan kiri kanan. Sesuai la untuk pengambaran cerita hantu. Eeeee takot. Kitorang ni banyak betul experience dengan jalan gelap semua ni. Ada sekali masa balik Johor, dari Kemelah nak masuk highway, Shein nak poo-poo. Lepas tu kitorang berenti kedai makan tepi jalan entah dalam hutan mana, lampu pon malap je. Ada pulak tu orang makan and was wondering, tu kalau la kita mintak bungkus, lepas tu masuk dalam kereta and by the time nak makan tengok-tengok caaaaaacing. Hahahaha. Adoi, besar pengaruh tengok drama melayu. Anyways! Kali ni I nak share satu tempat makan dekat Kuantan yang sedap, murah, berbaloi and lagi sedap dari kedai makan seafood dekat Tanjung Lumpur. Eh, tapi ni pendapat I tau? Pasal rasa ni very subjective. Ni mengikut tekak I la. Tachiu Asma and Go yang suggest tempat makan ni. Cuma masa order tu, I tak bawak my handphone turun so tak boleh nak ingat apa yang Go suggest untuk order. Masa tu masuk-masuk restaurant I dengan baju and seluar tido, bungkus kepala dengan towel, duduk and order. Meja sebaba Dato' Zaki, meja sebalah sana Dato' Zainal. Dato'-dato' belaka. I cakap kat yang ambik order, 'You tunggu eh, kejap lagi I turun dah Siti Nohaliza'. HAHAHAHAHAHA.



Must order tanpa banyak alasan. Patin Assam. Ni kalau korang jenis makan Ikan Darat la. Kalau jenis tak makan Ikan Darat tak payah order. Ni first time I makan Ikan Patin masak macam ni. Bapak la sedap! Ikan dia fresh and tak hanyir. I saspek ni Patin Buah. Harga RM120.00 sekor. 



Yang ni pon sedap. I pernah makan macam ni dekat Amverton Cove punya restaurant. Usually Chinese Restaurant Seafood ada sayur ni. Nama dia Fried 4 Beans. Medium Size harga RM30.00


Salted Egg Squid. Harga RM45.00 untuk medium size. Kitorang makan 9 orang tapi tak habes. Memang puas makan.


Pucuk Keledek Garlic. First time I makan Pucuk Keledek macam ni. Harga RM15.00 (medium size). Kata Abang Long, rahsia kenapa kedai makan Chinese ni sedap sebab api. Dorang guna api besar.  Tau kan yang api menjulang tu? Sebab tu la dia ada rasa smokey-smokey.


Kam Heong Crab. RM80.00 untuk sekilo ketam, dapat dalam 3 ekor size sedang-sedang. Ketam Bunga, bukan ketam Nipah. I pernah share pasal apa beza ketam bunga dengan ketam nipah. Korang boleh baca dekat sini.


Telur Dadar Bawang. Medium size RM15.00


Chili Crab RM80.00 jugak. Sedapnyaaaaaaaaaa!! Kuah dia banyak. Tak order pulak mantao. Tapi tak order pon dah tak larat nak makan. Sengkak perut. Dah berdiri lepas tu loncat-loncat kasi makanan jatuh pon takde ruang dah. Hahaha.


Kitorang main teka-teka berapa harga semua yang makan ni. Mak teka paling tepat. Lepas tu Sazli cakap 'OK, sapa teka betul dia la bayar semua'. HAHAHAHAHHA bengang je member.


Semua tekun makan. Kitorang take our own sweet time here. Makan slowly... 

Shein makan Nasi betambah dengan Abang Amir. Yang lain focus makan lauk je. Service sini cepat. Dalam Google pon cakap service sini cepat. Bagi I, harga dia memang berpatutan sangat. Kitorang amnbik 8 lauk (termasuk tomyam takde dalam gambar) with rice, Chinese Tea and Tidbits kena RM492.30 je. Sekepala jadik RM54.70 macam tu. Bagi I, kalau macam ni punya meriah memang berbaloi sangat. Kitorang plan, next time nak makan dekat sini lagi tapi nak try menu lain pulak. Kata Go, dekat sini yang sedap Szechuan soup (4 seasons or 5 varieties), Patin Masak Ssam.. Mantou Bun dengan Udang Kari, Rusa Black Pepper, Yam Basket, Udang Nestum, Sotong Telur Masin dengan Pea Sprout Garlic. Hoi banyaknyaaaa! Tapi Rusa Black Pepper tu bunyi macam kwahaja tu. Kena try. So Orang Kuantan, kasi serang restaurant ni OK? Nora kasik 5 bintang!

Swan Seafood Restaurant
Ground Floor
Hotel Grand Continental
Jalan Gambut, 25000 Kuantan
Pahang
Tel : 09-5136820

-eNd-

No comments: