Wednesday, October 23, 2019

Birthday Lunch with Fifie

Assalamualaikum..

Hi. Memang hari-hari ke nak kena update pasal birthday? Hahahaha. Sabar eh? Setahun sekali je pon. Kasik chance la please. Memang macam ni lah every year. So harap supaya saudara-saudari sekalian dapat bersabar dan tabah. Harini turn celebrate dengan Fifie pulak. Dengan dia I tak kira celebrate yang group. Kena individual. Fifie pon redha je la. Masa Jumaat 11hb tu, dia cakap awal-awal dengan I yang esoknya dia takde dengan I. So semalam baru ada chance nak lunch sama-sama. Fifie tanya nak makan apa, I pon taktau dah nak makan apa. Rare ni kejadian jarang nak makan apapa. Biasa pantang hulur. Zaaaaapppp I akan terima. Hahaha.

I sebenarnya macam teringin nak makan Momotalo or Gyutaro tapi sebab dekat Ampang takde, so I decide nak makan Gol Gappa je la dekat Delhi Royale. Lagipon dah lama tak makan. Last month masa makan dekat Sunway Putra Mall tak sedap langsung. I suka jugak Indian Foods. Kalau Briyani, I paling suka dekat Asif. Dia punya Lamb Karahi is to die for. Memang sedap giler! Shein pon suka jugak. Dia is no 1 Kari Fan. Every day is a Kari Day. Dengan I pon terpengaruh. Tapi kalau compare Indian dengan Japanese, I lagi suka Japanese foods. Tapi kalau compare Japanese foods dengan lipat kain, I pilih Japanese Food jugak. *tetiba.


TQ Fifie for the birthday lunch. Dah la dia stressed je semalam. Kek takde lilin la, lagu birthday tak kuat la, video 2 kali take la. Hahahahaha. Boleh pulak mintak semula.



Cute Fifie ni. Dia small size macam Dyba la. Semalam asyik suruh ambik gambar tepi je sebab nak tayang sanggul dia tu.


Semalam ada orang tanya I. 'Ni baju ke alas meja?' Hahaha berani kan soalan macam tu?


Dessert dekat sini OK la. So-so. I womder jugak macam mana dorang survive. Semalam masa lunch hour, memang kitorang je dekat sana.


Semalam makan Cheese Nan, Garlic Nan, Mutton dengan Dhal. Lepas tu makan Gol Gappa half dozen. Puas hati.


TQ Fifie!

Life so unpredictable kan? I macam tak sangka yang my life at work, people around me macam dah 360' berubah. Tahun lepas macam ni, tup-tup tahun 2019 dah jadi lain. Tahun depan entahkan macam mana. Entah-entah Shein ada adik ke. We never know kan? Masa semalam, I pesan pada Fifie. 'Fifie, kita kena sayang pada semua yang sayang pada kita. Kita kena appreciate pada semua yang appreciate kita...' Gitu pesan macam pesan pada Shein. Hahahahaha. Eh tapi betul. Ingat pesan I ni OK? Nampak simple, tapi dia sangat deep. Untuk yang always bagi negative vibes, suka maki-maki, suka cakap kasar, suka mengata mengumpat semua biarkan. At the end of the day, pahala semua kita dapat. Anggap je la yang manusia jiwa kacau ni semua dia ada masalah kurang kasih sayang. Takkan pernah rasa puas hati dengan kita. Biarkan. Jangan layan. Jangan let these people bagi impact besar dalam hidup kita sampai kita takde rasa happy dah. OK? Okbye!

-eNd-


2 comments:

Kisah Tatie said...

happy belated birthday sis... semoga bertambah rezeki _)

Chooyaya! said...

kisah tatie : tq dear :)