Pages

Thursday, October 31, 2019

Make up cantik by Linda

Assalamualaikum..

Linda kan, selalu bising bila I cakap pada dia, 'Makeup konti je la Linda' each time I mintak dia mekapkan. Semua tak berubah dari warna eye-shadow sampai la lipstick semua. I memang tak berani nak bereksperimen dengan muka I nanti rasa tak confident and tak semua orang boleh mekapkan I. Poyo je kan bunyi? Hahahaha. Sebab nanti ada je yang I tak puas hati. Kalau too light, macam I mekap nak pergi kerja and nampak takde beza langsung. Kalau beria sangat rasa macam Bapok pulak. Lepas tu, I akan touch up sendiri balik. Ni kalau Forumer Cari baca ni, mampos terus dorang bukak thread baru nak mengata I cakap mengalahkan artis. Hahahaha. 

Sejak 3-4 tahun ni kan banyak event nak kena pergi and I pulak kalau event je kena cantik-cantik. Kaki berangan kan, macam tu la. Sekarang jatuh dekat Shein. Tak boleh nak cakap apa kalau dia excited nak pakai costume untuk sekolah punya event. Hahaha. Dengan Linda, I dah almost 4 tahun rasanya. 70% kalau I make-up ialah dari Linda and balance tu ada dengan Shae and lain-lain. Shae pon OK jugak mekapkan I. Tapi dia tu always busy je.. Kalau nak mintak dia makeup kena bagitau awal sebulan. Gitu dia punya busy.


Ni Linda makeup kan I with Bollywood theme. 


For office event. Ni la Linda. Cantik kan?

Dengan Linda I memang manja. Apapa pon I nak, Linda layankan aje. Macam Bollywood Theme ni I memang bawak diri je. Top to toe semua Linda setelkan. I bagitau je nak pakai Bollywood, Linda dah setelkan I punya baju sekali. Mana dia cari, I pon taktau. Dia pon takde sebok nak tanya I nak yang macam mana, warna apa, jenis apa. Dia just buat je kerja dia. Proactive sangat. Bukan tu je, kalau masa-masa lain pon Linda layankan aje. I nak pakai turban la, nak sanggul tinggi la, nak earing la, nak tudung memacam jenis semuaaaaaaaaaaaaa Linda setelkan.

I selalu cakap pada Anny. One day kalau I kaya raya income RM30-40k sebulan, Linda la yang I akan bawak sekali dalam team. Berangan. Hahaha. Sebab I tau Linda sayang I.  Macam Photo shoot business I pon Linda bukan setakat make up, tapi semua dia handle kan. Model I, styling, semuaaaaaaaaaaaaa la. How do I live without you Linda? I sayang Linda ni. She always have a special place in my heart forever. Sebab tu I selalu pesan pada Shein, pada semua orang. Nampak simple sebenarnya. Kadang-kadang, menda-menda kecik macam ni, kita selalu terlupa and terlepas pandang. Appreciate lah orang yang betul-betul setia dan sayang pada kita. Sayang semuaaaaaaa yang sayang pada kita... 

BTW kalau korang kalau nak Linda makeup kan boleh. Tapi I dah pesan pada Linda. 'Linda, sayang Kaksu sorang je. OK?' Linda pon jawab 'Iyaaaaaaaaa'. HAHAHAHAHA.

018-2914377
AlhaAlfa. NuexRosli. Nvdism.BeeRamza.DewiTian.IanSham. EpieTemerloh.Student
💄No Eyebrow Trim

-eNd-

5 comments: