Pages

Tuesday, December 10, 2019

Balik Kampung Last Weekend

Assalamualaikum..

Hari Sabtu Ahad haritu I balik kampung. Cita-cita nak balik lepas Subuh tapi biasalah, cita-cita tak selalunya menjadi kenyataan. So, dalam 11:30am macam tu baru lah kitorang gerak dari KL. I tak sure jalan jem ke tak, sebab I sedar setakat Tol Gombak je, lepas tu gone sampai Hongkong dah. Hahahaha. Sampai kampung GF dah ada masak tapi masa pergi dapur, I nampak ada Cendawan, terus la masak. I suka giler cendawan ni. Dia macam bermusim and orang kutip dekat dalam ladang. Yang ni ada jiran Mak jual. Seplastik RM5.00 kot? Usually I akan masak Sambal and buat Sup Lada Hitam. This time, elok-elok cendawan dia. Tak kembang lagi. Yang kuncup-kuncup ni sedap. Kalau yang kembang tu dia tak berapa sedap dah, kurang manis.

Balik kampung kalini, kitorang je yang ada. De dah balik Shah Alam last week. Kaklong pon tak balik. Si Shein masa ajak balik kampung, dia happy la sebab dia ingat ada Amsyar and Kaseh. Tapi masa dekat kampung, dengan Atok pon boleh jadik kawan gaduh. Si Shein lawan pedang dengan Atok dia, and Atok dia guna sudip melawan balik. Yang tua ponnnnnnnn. Rimas I dengar Shein jerit-jerit. Tak sampai 5:30pm, Si Shein dah ajak I ronda naik motor. Dia ajak pergi kedai nak beli eskrem. Dah sampai kedai, eh ada pulak nampak toys. So dia mintak nak beli pedang. I pandai bawak motor, so masa kat kampung kita ronda dua orang, Shein bonceng dekat belakang. Besar dah anak Mama. I bawak motor keras je sebab dah lama tak bawak, so tak berapa cekap sangat. Lepas Sazli bangun dari nap, kita naik motor 3 orang. Dah la semua debab-debab. I sampai duduk dekat besi belakang tu. Sakit bontot.


Sambal Cendawan. Resepi sama je macam sambal lain cuma I tambah dalam dua sudu santan. Lepas letak, menyesal sebab rasanya kalau tak letak lagi sedap.



Cantik cendawan ni. Kuncup-kuncup.


Mak ada tanam Kacang Panjang Ular. Panjang giler! Ni kalau masak sambal letak udang kering sedap ni or masak lemak cili api udang. Dulu Arwah Teh suka masak kacang panjang ular ni.


Malam tu, Mak kutip kacang botol ni and Sazli mintak buat sambal belacan. Sedapnyaaaa. Makan dengan nasi panas-panas and goreng ayam, tu pon dah cukup.


Dekat setahun dah rumah Mak siap.. 

Petang tu, kitorang bawak Shein main dekat Playground dekat Sekolah Tadika. Seronok dia nampak ada Ayam Belanda. Lepas tu banyak la tanya. Kenapa ciken ada 'tail' dekat nose. Kan Ayam Belanda tu dia macam ada daging lebih dekat hidung dia? Puas nak menjawab. Pastu masa dekat Playground. Ada sorang budak ni tengah main jugak. I tanya dia umur berapa, dia cakap 7 tahun. Mak dia hantar dekat sini main. Nanti pukul 7.00pm Mak dia datang jemput. Umur baya-baya Shein tapi dah berdikari macam ni. I cakap dekat Sazli. Imagine la kita letak Shein dekat sini, lepas tu biarkan. Nanti kemudian ambik. Apa entah jadi dekat Shein. Tapi I rasa, bebudak dekat kampung memang berdikari.

Dulu I darjah satu pon pergi sekolah jalan kaki. Bulan puasa pon jalan kaki tengah panas rembang tu. Sebab tu la bila mandi, segayung I minum air kolah. Lepas mandi, segar je. Hahahahaha. Yerla, panas... Tapak kasut pon panas. Jalan pulak 5km. Ishk. Tak boleh imagine la. Bila naik darjah 4 baru la dapat naik basikal pergi sekolah. Arwah Ayah kadang-kadang ambik, kadang-kadang tak sebab dia tak balik dari menoreh lagi. Siannnya I. Imagine sebesar Shein tu jalan kaki 5km? Tapi dulu mana ada orang jahat. Culik-culik ni mana ada kan? Dulu selamat, tak macam sekarang. I dulu Darjah 3 dah pandai masak. Dah kemas rumah atas bawah. Darjah satu dah kena sapu sampah keliling rumah. Si Shein ni umur masuk 7 tahun pon kena kena timang lagi. Suruh ambik air yang jarak 5 langkah pon dia punya seksa sampai merangkak. Manja sangat. Adoi.

-eNd-

No comments:

Post a Comment