Pages

Wednesday, December 11, 2019

Resepi Ayam Masak Cili Padi Tomyam

Publish : 3/8/2019
Re-Publish : 11/12/2019


Assalamualaikum..

Rasa macam pernah kongsi resepi Ayam Masak Cili Padi Tomyam ni tapi I tak kira, nak share jugak kali ni sebab kasik chance please? Penat ok bentang alas meja GF kaler pink supaya background lawa? Hahahaha. Lagipon I snap gambar satu-satu. Baik kan I? Ni I masak masa balik kampung last week. Mak dia tau I jenis tak makan berkuah and suka makan drumstick so dia awal-awal beli ayam drumstick 9 ketul. Puas hati hakuuuuu takyah berebut drumstick dengan Along and Ayang. Muahahahaha. Mak tanya nak masak apa? Dia memang ready je I mintak dia masak kicap tapi dia terselamat sebab I masak lain. Resepi ni I improvise sendiri ikut suka hati I je. Tapi masa share dalam group Masak Apa Hari Ni (MAHN) dekat Facebook, ada yang komen cakap resepi ni asal dari Thailand. Eh? I ingat I memandai sendiri. Lantak la. Janji sedap dengan tekak I. Sila la cuba!

Kalau korang tak suka makan ayam, boleh tukar dengan daging. Daging tu rebus dulu la supaya tak liat. Kalau guna sotong, sotong tu matikan dulu air dia. Masukkan dalam kuali panas lepas tu tapis air dia. Kalau nak guna telur, rebus dulu kemudian goreng telur tu. Kalau ikan, goreng macam biasa. Kalau nak guna udang, masak sambal tu sampai masak, lepas tu baru masukkan udang. Masak sekejap je supaya tak overcook udang tu. Udang kalau goreng lama-lama dia ilang moist dia. Kalau nak masukkan haiwan-haiwan lain macam kerang, ketam, lala also boleh. Be creative. Kot kalau semua takde, boleh guna ikan bilis goreng. Kalau ikan bilis takde, nanges la ko kat situ. Makan je la kaki sendiri. Kenyang jugak.


Ayam Masak Cili Padi Tomyam. Sedapnyaaaa! Makan sejenis lauk ni pon dah cukup. Terutamanya yang jenis malas masak tapi bagi alasan tak pandai makan kalau lauk banyak sangat. Macam aku. Hahahahaha.



So ini bahan-bahan dia.

5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Seinci halia *
15 biji cili padi * - ikut kepedasan level korang macam mana.
Sepeket perencah tomyam *
Daun limau purut
3 batang serai diketuk
(Blender bahan bertanda * dengan sedikit air) 


Ini untuk masuk last sekali dengan ayam. Ada sebiji tomato 8, 2 biji lada hijau potong panjang macam ni and selabu bawang besar. Sayur ni ikut suka korang. Kata nak letak kobis bunga, carrots, baby corn pon boleh. Dulu I letak kacang buncis. Pon sedap. Kalau ada daun ketumbar lagi layan.


Drumstick tu potong dua. Garam kunyitkan lepas tu goreng half cook. Ada yang masukkan ayam terus. Pon boleh. Macam I, I suka ayam tu keras. Kalau lembik macam turn off. Eh? Okbye.


Ayam dah siap goreng ketepikan. Ni kalau dekat rumah Sazli, dia boleh je ratah ayam ni. Mak dia tak marah pon. I pulak yang menjeling. Tak berkenan tengok. Haha. I cakap pada Mak. 'Mak, ni kan ayam lepas goreng ni kalau dekat rumah Sazli, Mak dia tak marah pon kalau nak makan takyah tunggu masuk dalam sambal'. Hahah.


Guna minyak yang goreng ayam tadi. Tu petua nak bagi sedap. Tinggalkan dalam sesenduk je minyak. Jangan banyak sangat sebab nanti berlinang-linang minyak tak sihat la masakan kita ni. Cecece. Bila minyak dah panas, tumis serai yang diketuk. Tunggu sampai garing. 


Bila serai dah garing baru masukkan bahan yang diblender tadi. Biarkan sampai la sambal tu masak. Sesekali kacau supaya tak hangit. Guna api kecik. Kata kalau korang suka berkuah, masukkan air lagi sikit. Macam I, I suka kering-kering. Lepas tu masukkan daun limau purut yang dikoyak-koyak. Jangan letak banyak sangat ye daun limau purut walaupon ada sepokok kat rumah sebab nanti over power rasa pon tak ok jugak.


Dah tu baru masukkan kicap manis dalam 3 sudu. Terpulang jugak korang nak hitam macam mana kuah ni. Perasakan dengan garam dan gula serta serbuk perasa (optional). Kalau ada nampla (Sos ikan) actually lagi sedap. Tapi sebab takde so guna je la garam. Gula I letak 4 sudu kecik sebab nak balance dengan rasa macam paste tomyam. Yang ni, ikut suka tekak korang la nak macam mana. 


Last sekali baru masukkan lada hijau, tomato, bawang besar dan ayam. Ada orang suka masukkan tumbuh-tumbuhan awal. Macam I, I suka sayur tu rangup-rangup sebab I spesis kambeng. Suka makan sayur keras-keras gitu. Haha. At this point, kalau korang ada daun ketumbar boleh letak time ni. OK?


Siap!!! Sedap sangat. Korang kena cuba

Sendiri masak, sendiri kata sedap tu yang tak tahan. Hahaha. Sazli suka la makan lauk macam ni. Cuma dia tak suka letak daun limau purut. He doesn't like the taste. Tapi I buat-buat lupa. Masak tomyam kena la ada daun limau purut kan? Tingat dulu dekat Delicious air mangga laici dia blender sekali dengan daun limau purut. So refreshing! Eh, tetiba tercerita lain pulak. So korang, jangan lupa mencuba resepi ni. Resepi I usually bahan sikit je, lepas tu kering-kering dan senang nak prepare. Langsung tak renyah. Memang resepi orang pemalas tapi InsyaAllah sedap. Selamat mencuba!

-eNd-

No comments:

Post a Comment