Assalamualaikum..
Happy 7th birthday Shein sayang! Semoga Shein membesar jadi anak yang baik, sihat tubuh badan, dalam lindungan Allah selalu, sayang pada semua yang sayangkan Shein. Semua doa yang baik-baik Mama doakan untuk Shein. Sayangggggg you sangat tau? Walaupon kadang-kadang rasa geram tapi teringat Fifie cakap, 'Berapa lama je budak-budak nak meleset dengan kita.. Paling lama pon sampai 10 tahun je, lepas tu dorang dah taknak dah tidur sekali dengan kita. Masa kecik-kecik ni, kitalah cinta hati and orang yang paling mereka sayang sekali. So kena hargai waktu sekarang ni. Lepas tu, kita memang takkan dapat dah'. Seriously macam a slap dekat muka I tau? Sebab kadang-kadang bila I buat kerja rumah especially, I jadik geram dekat Shein sebab mana kita nak buat kerja eh, situlah dia duduk. Kekadang nak tolong sama. Dah Mama beliau jenis becinta dengan penyapu. Kalau orang kacau, memang la berasap. Tu bila I nak lipat kain cepat-cepat eeeeeh dia boleh mintak izin nak duduk atas riba. Takpon nak main iPad dekat betul-betul tempat yang I bentang kain untuk lipat. Geraaaaam je.
Shein pulak jenis suka tanya kenapa kenapa kenapa, why why why. Peramah like that. Kekadang kelam kabut kita nak bersiap, kemana-mana dia mengekor je. Halang laluan kita nak lalu sampai nak tersungkur bila jalan. Terus I jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Sazli memang dah paham sangat dah I memang tak suka 'semak-semak' bila tengah buat apapa. Takyah tanya/peramah. I memang takkan layan. Kalau jawab pon macam nak carik gaduh. Hahahahha. Anyways, untuk birthday Shein tahun ni kitorang bawak dia pergi 'Big Hotel House' dekat Ipoh. Dah bagitau advance 2 hari so hari-hari-hari dia tanya bila nak pergi big hotel house. Tapi a day before nak pergi, boleh pulak dia demam. Asalnya batuk sebab over makan anggur sampai membawak ke demam. Now pon tak kebah lagi. Sian pulak tengok Shein tak enjoy mandi kolam. Tadi Sazli tanya, nak mandi kolam tak. Dia cakap taknak.. Sian anak Mama.
Boss dia kenalah duduk belakang. Shein sekarang dah naik pangkat. Dia duduk depan dengan Sazli. Kecuali bila dia nak tido, dia mintak nak duduk dengan I lah dekat belakang.
I memang suka journey to the north. Sebab ada gunung kiri kanan. Kalau balik Pahang tu, scenery dia tak berapa cantik macam nak ke north. Tapi ni sembang je la. Sebab most of the time, I memang tido je. Tau-tau sampai Ipoh dah. Hahahaha.
Sian dia demam. Demam, selsema, batuk complete package. Lepas makan ubat batuk, Shein mengantuk. Lepas tu bila tanya, kenapa taknak tengok youtube dekat Abah phone? Dia jawab 'Saya penat'. Alololo sian anak Mama.
Plan asal nak makan dekat Nasi Ganja. Tapi tengok dia punya beratur panjang giler, so ubah plan. Makan dekat Nasi Vanggey dekat Greentown. Along anak buah I yang suggest makan dekat sini. Dulu dia kerja dekat Ipoh. Now dah pindah KL. So dia la suggest tempat-tempat makan sedap dekat sini.
Tak dapat makan dekat Nasi Ganja, I ambik la lauk ala-ala Nasi Ganja. Tapi terlupa nak ambik telur masin. Sedapnyaaaaaaaa!! Untung la orang Ipoh dapat makan Nasi Vanggey hari-hari.
Sian Shein, tak lalu nak makan. Biasa dialah yang palingggg suka makan Kari. Dia mintak nak minum Orange Juice je. Lepas tu makan la Chocolate Bread Hawai tu satu. Jadiklah, dari tak makan langsung. Time ni mula la rasa 'biarlah dia makan banyak sampai debab dari dia tak lalu makan macam sekarang'
Siap makan, terus kitorang check in. This time kitorang stay dekat 'The Haven'. I jadik confuse dengan description The Haven dekat Booking.com. I ingatkan hotel, tapi rupanya service apartment. But tengok gambar and baca review memang semua best and masa I tanya dalam IGS mana nak stay, ramai yang suggest The Haven ni. Sebelum confirm nak stay sini, option lagi satu is Weil. Compare harga, The Haven lagi menang so I pick The Haven. Hahahaha.
The Haven ni is service apartment but 5 star la. Harga kalau cuti akan jadik bedabel-dabel. Macam 1 room apartment, harga dalam RM600/night. Ni harga kalau weekdays (depends on musim jugak kot). I book 1 room apartment but dapat 3 bedroom apartment. Kalau 3 rooms apartment ni harga dia boleh jadik dalam RM1,000 macam tu for weekdays. Dia punya amenities memang superb and bersih la. Cuma sebab dia bukan hotel so I macam hurm.... Nak jugak hotel. Hahaha.
Scenery memang caaaaaaaaaaaaaantik. Kolam dia besar and bersih and cantik. Belakang tu ada bukit batu kapur and ada tasik. Bersih sungguh la tempat ni. Kolam dia I kasik 5 star. Yang paling penting, air dia suam. Kalau air sejuk, memang tak la I nak mandi.
Ni Tasik dekat sebelah kolam. Cantik and bersih la The Haven ni. Tenang je dia punya pemandangan. Sapa nak jogging boleh keliling tasik and apartment ni. 6km. Tak kuasa aku. Hahahaha.
Cantik kan? Yang penting kolam dia kalau nak mandi, tak boleh pakai tshirt and kena pakai swimming attire. Sebab air dia suam, so I mandi la dengan Shein. Dia lepas makan ubat, nampak la sihat sikit. Excited nak mandi kolam.
Kolam dia besar. Kiri kanan ada kids punya pool. Sampai hujung belah sana. Tapi I mandi area-area sini je. Lepas tu pindah yang dekat restaurant sebab senang nak makan. Haha.
Si Shein tengah bersuka ria main slide dengan Sazli. Enjoy la dalam 30 minutes mcam tu sebelum badan dia rasa tak larat semula.
Usually Shein bila dia swimming, dia akan lapar and mintak makan. Tetiba eh, kenapa ni macam banyak sangat? Hahahaha. All these total dalam RM80++. Spaghetti Carbonara, Oxtail Soup dengan Fries.
So, bila makanan sampai. Si Shein pon naik la. Memula dia makan macam excited. Dapat la 3-4 suap carnbonara tu. Lepas tu dia dah tak lalu and menung mengenang naseb. Sian anak Mama.
I tau, hati dia tu nak mandi kolam. Menung je dia tengok bebudak naik slide tapi badan tak larat. Bila ajak naik bilik, dia taknak. Nak duduk lagi. Tapi bila tanya nak swimming or main slide, pon taknak jugak. Kalau time sihat, memang jenuh berdrama nak ajak naik. Sian pulak tengok Shein macam ni. Esok pon bila Sazli tanya nak swimming lagi tak, dia cakap taknak. Nanti coughing. Naseb baik la kitorang tak beli lagi tiket ke Lost World of Tambun, kalau tak membazir je sebab Shein taknak swimming. So esok, taktau lah lagi apa aktiviti. Kata Sazli 'Pergi je lah makan kat mana-,mana yang Mama teringin'. Yahooooooo!! Hahahaha. I nak cari Taufufa sedap tu. Pastu breakfast nak makan dekat New Hollywood. Tengok esok macam mana. Shein cakap nak tengok haiwan. Dah tu nak kena pergi Zoo ke acane ni? Panas la Sheeeeeeeeeeein. You kan demam? Hehe.
Sian birthday boy tak berapa fit. Nkorang doakan Shein cepat sihat OK? Kitorang dekat Ipoh ni sampai Sabtu. Nanti I share lagi entry birthday Shein ni. Macam biasalah. Kalau rajin. Biasa I malas. Hahahaha. Okbye!
-eNd-
Happy birthday Shein. Sama tarikh dengan anak dara saya. 12/12/12. :)
ReplyDeleteBariah : Happy birthday to your princess as well :)
ReplyDeleteBaru ada masa baca blog kaksu.. Busy sangat taktahu buat apa.. Anyway.. Happy belated bithday shein.. :)
ReplyDeleteBaru ada masa baca blog kaksu.. Busy sangat taktahu buat apa.. Anyway.. Happy belated bithday shein.. :)
ReplyDelete