Pages

Friday, January 10, 2020

Shein Masuk New Term

Assalamualaikum..

Shein dah start masuk new term Sekololah Selasa haritu. Punya la beria paksa dia tido Isnin malam tu. Pukul 9.00pm semua dah tutup lampu lepas tu Shein cakap 'I still cannot sleep Mama'. Tekebil-kebil dia kena paksa tido. Hahahah sian dia. Kitorang punya kiraan normal like everybody does, Shein ni kena bagi dia puas tido, the next day baru la dia tak cranky time bangun nak pergi school tapi ada je jugak dia dah tido dari 8.00pm sampai 6.30am, cranky jugak pon. Hahahaha. Sejenis kuat tido Shein ni. Sama la dengan Mama. Tido la 20 jam ke, tetap rasa macam tak cukup tido. Orang minum kopi boleh stay up sampai 3 pagi relax je tak ngantuk. Tapi I, bagi la double shot espresso ke tetaaaaaaaaaaap letak kepala kat bantal, tetiba sampai Hong Kong dah. Nak pulak ada Shein ni, takde takot apa dah nak tido. Tak kisah dah pon Sazli nak balik pagi ke kalau ada bola, tido tetap tido. Dah tu tak ambik masa lama pulak tu nak kasik lelap. Itulah kelebihan kita berdua Shein. Kita kena bangga. Hahahaha.

Tapi ada masa nak stay up, kekadang sampai 2.00am pon tetap gigih nak tengok TV. Tengok keadaan jugak. Kekadang kalau tido awal before 10.00pm nanti jaga 4.00am tekebil-kebil taktau nak buat apa. Nak lipat kain malas. So layan la tengok Odah The Vass dalam Instagram. Tengok dia masak macam sedap je semua. Anyways, tadi nak cakap pasal Shein sebenarnya. Hahahaha. I saspen jugak masuk term ni, muat lagi ke baju-baju Shein. Alhamdulillah for PE and Uniform dedua pon OK. Seluar je la macam sedut jubor sikit. Cawat dia jadik pendek. Anak aku dah la runjau. Hahahaha. Sekolah pon buat berperingkat. Start dengan untuk Primary dulu baru la Secondary. I tengok macam tak ramai yang pakai checkered pants/skirts. Haritu ada la tengok sorang dua bebudak Secondary pakai new uniform, skirt dia pendek giler macam dalam cerita Anime Japan fuiyooooo. Yang I suka new uniform ni is baju dia Polo Cotton. Which is takyah risau baju kusam ke apa sebab Shein ni dia bukan pergi sekolah dia bukan berjalan tapi maybe dia berguling tu yang kotor hitam habes baju dia.. Satu lagi, socks dia dah warna hijau wooooooo. Takde dah white socks tu. Tu jenis nak rendam dalam clorox pon susah sebab dia ada line kuning tulis 'Sayfol'. Tu yang jadik banyak stoken di hilang semua tulisan. Hahaha. Baju, Seluar, Stoken semua I beli 5 pasang each. Selamat Isnin-Jumaat. Malas aku nak fikir kena basuh baju tetengah minggu.


Eiiii ebab-ebab Mama ni. Dia ada la mintak nak Enjit-enjit 'Somot' tapi mana nak larat wei.  Tak sudi I nak enjit somot with you Shein. Ni mau dah masuk 30kg dah ni. Lama tak timbang. Hari Selasa ada PE so mintak red ball and nak pakai cap. OK Boss!



Mintak nak ambik gambar dia, lepas tu dia buat macam ni. Melting sangat rasa. Memang lah kan kita rasa anak kita terpaling cute dalam dunia. Semua Ibu Bapa macam tu. Bukan I sorang.

Untuk Year 2 ni, dia takde la stress for us but of coz la I risau sebab masuk Year 3 bulan August ni, Shein dah kena tau membaca 100% and kena faham semua arahan dalam buku. Now reading simple dia dah boleh la sebab guna phonics. No more guessing. Baca boleh, but faham tu, maybe tak 100% lagi. One more, sebab English spelling dia lain dengan Bahasa. But I yakin, Shein can do it InsyaAllah. Ni la Shein, lahir hujung tahun. Masuk sekolah macam Sayfol, dia cepat 4 bulan so cepat la naik kelas. By the time naik year 3 pon Shein still 7 tahun but belajar untuk bebudak 9 tahun. Nanti Year 3 takde dah assistant cikgu yang akan hantar pergi toilet, check basuh betul ke tak. Kat canteen all kena 100% berdikari. No more assist from asst teacher. Pepandai la sendiri.

Now dari Kindy 1 sampai year 2, satu kelas ada 2 cikgu. Depa akan assist 100% apa bebudak ni buat sampai lah ke canteen sebab maybe ada yang tak pandai nak guna coupon lagi kan? So I takde risau apa. Si Shein ni dia asal duit je 'Two hingget Mama'. Nak beli semua menda Two hingget. Senang hidup la kalau semua menda dalam dunia two hingget. Hahahahah. Sekarang dia lagi belagak la wei. Breakfast pon taknak dah Chocolate Bread yang I bekalkan. Nak makan Canteen. Makan Nugget or Roti Canai. Biasa kalau dia makan lunch je, I bagi RM10.00 dah cukup. Ni kalau Breakfast and Lunch mana nak cukup. Semalam try letak RM16.00 gone all. Huwaaaaaaa. Ni dia mau la minum air kosong yang I bekal. Sok lusa dah senior, air nak coke je. Aje mampos belanja sehari RM20.00. Adoi.

All the best Shein. Mama tau you can do it. Banyak je sekarang yang you impressed me with your achievements. Iqra' pon dia dah pandai. Dah kenal words and dah boleh baca. Alhamdulillah. Phonics pon slowly dia boleh buat. Takpe sayang, lambat sikit pon takpe but Mama tau Shein can do it. Alhamdulillah ada rezeki lebih Abah and Mama untuk hantar Shein sekolah dekat sini. Some International School more to academics as well and I la dapat DM dari my readers cakap anak dia kena reject kat Sekolah Kebangsaan sebab speech delay. Sian sangat. My advice is, sesapa yang anak kena reject dekat sekolah kerajaan, don't stop usaha. Tak pergi sekolah macam orang lain takper but ambik private tutor. OK? Lambat takpe, catch up slowly... Jangan give up and bagi pressure pada kids. Darjah satu lambat baca pon takpe. It's OK. Darjah 1 tak pandai baca bukan the end of the world. 

-eNd-



2 comments:

  1. ATM ada sue. dekat ngan Restoran Mamak & Pharmacy tu :)

    ReplyDelete