Friday, April 17, 2020

A day with Fouziah Gous and FG Walet

Assalamualaikum..

Masa sebelum CMO; on Monday tu, I sempat la pergi jumpa Poja. Dah la jauh dekat Bukit Jelutong, bengang je nak kena drive jauh haha. Poja memang duduk sana sekarang. Beli rumah dekat sana and office dia pon kat sana jugak. Jauh laaaaa Bukit Jelutong ni. Hujung dunia tau? Eee!! I kenal Poja dah lama dah. Tahun 2007 macam tu kot? Dah berbelas tahun dah and still contact sampai sekarang. Ingat lagi masa I kawen, I pesan dia suruh dia datang lambat. Kang tak artist la I sebab kalau tak nanti orang sebok nak ambik gambar dengan dia je. I yang Pengantin, focus kena la dekat I please? Tiap kali jumpa mesti dia cakap 'Tu la Su, aku dah cakap dah nko kawen dengan Shaz. Tengok, betul kan aku cakap?'  (Poja panggil Saz, Shaz). Bangga betul dia sebab dulu masa zaman I baru-baru nak kawan dengan Saz dia asyik cakap 'Aku rasa ni bakal suami nko'. Tu yang dia bangga, tiap kali pon jumpa family Zhaf, itu la ayat dia cakap ulang-ulang. Iyerlaaaaaaaaaaah thank you Poja, masin mulut nko kan? 

I sayang Poja ni walaupon jarang jumpa. Walaupon dia suka kutuk I and belagak sikit-sikit tapi takpe, I sayang jugak. Kitorang memang macam tu, kalau sapa dengar kitorang berborak mesti pelik. Dah kenapa bahasa saling mengutuk antara satu sama lain ni? Dia bising la sebab susah nak jumpa I sangat. Asal call je I busy. Pastu dia tanya 'Aku ke nko yang artis sekarang ni? Susah sangat kan nak jumpa?' Hahaha. Banyak kali dah plan, tapi yang cancel I la. Tapi usually dalam setahun tu ada jumpa je masa birthday la, kenduri la. Cuma tak sempat nak berborak sangat but dekat IG selalu contact each other pasal makan and masak. Haha. Poja pon busy jugak dengan dia punga FG Walet Bird's Nest. Alhamdulillah I tengok FG Walet makin lama makin expand dia punya business. Last month pon team dia pergi Gulfood 2020 dekat Dubai and dapat dah a few distributor from oversea. Tahniah Poja. Poja dah lama tau start dengan FG Walet ni? Dari 2007 lagi, sekarang dah berapa belas tahun dah. Sustain dia dengan FG Walet. Dari pekerja 2 orang je sekarang dah berpuluh orang dah.



Maybe ada readers I yang tertanya-tanya, kenapa Poja muka macam Fouziah Gous. Ye. Orang yang sama la. Kawan-kawan panggil dia Poja. Cantik manis dia sekarang dah pakai tudung. I tanya dia 'Poja, macam mana nko start pakai tudung eh?' Dia jawab 'Yerla, kan tutup aurat wajib. Tak pakai tudung kan berdosa'. Sambil dia rolling eyes dekat I. Maka petir pon sabung menyabung. Haha.



Tak sangka Boss dah dia sekarang. Belagak pulak tu nak call-call staf dia dekat luar suruh buat kopi dekat I 'Wei, ko nak air tak? Tak payah la eh? Hahahahah'. Jahat wei pempuan ni.

Banyak Poja share dengan I pasal business dia. Macam mana dia nak bersaing dengan company-company besar and dia pulak perempuan melayu as business owner. Kekadang ada je yang nak bodoh-bodohkan dia tapi silap la. Poja memang Bird's Nest expert. Tengok je pon dia dah tau tu betul Bird's Nest or Fungus je. Sebab now banyak je company yang over claim pasal Bird's Nest. Padahal guna extract je pon tapi claim cakap ada bird nest original lepas tu jual harga murah. Sebotol RM6.00  je untuk Bird's Nest drink, mana la nak dapat harga tu. Ada masa nkorang pergi la tengok Youtube macam mana cara Bird's Nest ni di proses. 100% memang guna tenaga manusia and bukan machine.

Just untuk pengetahuan nkorang, Poja is pioneer Bird's Nest yang commercial macam ni selain dari cina-cina yang jual dekat kedai Ubat Cina tu lah di Malaysia ni. Lepas Poja buat, maka ramai la lagi yang nak buat jugak Bird's Nest sama macam dia. Paling best siap ada yang offer OEM, letak je jenama apa nak lepas tu terus ada jenama sendiri. I pernah jumpa dalam IG, ada yang offer nak buat OEM Bird's Nest starting harga RM3.00 je untuk 75ml tu. Pastu claim contain original Bird's Nest sampai 30% dalam tu. Tak logik langsung. So korang kena bijak sikit nak cari Bird's Nest product ni. Jangan tengok harga murah, terus nak beli. Padahal bila minum, takde apapa pon kebaikan and khasiat dalam tu. Kena tipu je dengan orang yang nak cepat kaya.

Macam Poja nkorang tengok la dalam IG dia. Dia, anak-anak dia semua minum Bird's Nest ni. Sebab tu kulit cantik, look young and sihat. Orang Cina dah lama dah amalkan Bird's Nest ni tau? Sejak beratus tahun dulu lagi. Dengan mengamalkan Bird's Nest ni, nkorang akan lebih bertenaga, lebih segar, kulit lebih cantik and mudah je nak tidur malam. Rasa dia pon sedap je especially kalau baru keluar dari chiller. Tak hanyir at all and bila minum sebotol tu je pon dah rasa full. 


Yang ni is the King of Bird's Nest. Concentrated. 100%  pure Bird's Nest. Dalam ni ada 90-95% Sarang burung dalam ni. Sehari ambik 2 sudu. 1 sudu pagi, 1 sudu malam time perut kosong. Boleh tahan 7-9 hari. Yang ni is premium product. Bagus untuk Ibu-Ibu mengandung sebab mengandungi kalsium, serat, zink, amino acids and folic acids. Semua peringkat umur boleh makan and bagus untuk sesapa yang ada critical weakness untuk consume. Musim Covid ni, memang ramai orang cari Bird's Nest concentrated sebab dah ada kan korang baca pasal makan birds nest boleh elak dari Covid. Makanya sekejap je lah this concentrated dah sold out but nkorang boleh tengok FG Walet punya IG untuk new update.


Yang ni pulak is Premium Bird's Nest with Collagen and Rock Sugar. Satu botol ni is 75ml. Satu kotak ada 6 botol. Yang ni kandungan Sarang Burung dia lebih dari yang jenis drinks punya tu. Elok diamalkan untuk meningkat kadar metabolisma dalam badan, menguatkan paru-paru, melancarkan peredaran darah, meningkatkan imunisasi dalam badan, membersihkan paru-paru dan mengurangkan efek nikotin (elok untuk yang hisap rokok) serta baik untuk ibu mengandung. 


Kalau nkorang makan berterusan dalam masa 21 hari, boleh rasa perbezaan dia.  Yang ni ambik sebotol je sehari. Minum pagi or sebelum tidur. Kalau mampu, boleh minum 2 botol sehari. Nanti kulit akan cantik, badan pon rasa lebih sihat.  I suggest nkorang ambik and amalkan yang ni. Lagi banyak kandungan sarang burung, lebih khasiat yang kita akan dapat.


Ni lah rupa sarang burung. Harga pasaran 1kg Sarang burung is RM7,000 and dalam sebulan, Kilang FG Walet memproses 100kg sarang burung untuk menghasilkan product FG Walet. Imagine berapa banyak yang di belanjakan?

FG Walet memang takkan compromise bab kualiti. Product sarang burung FG Walet melalui proses kedapan vacuum untuk memastikan khasiat terpelihara. Product yang tidak dibuka boleh tahan sampai 2-3 tahun dari tarikh pengilangan. Sebenarnya Bird's Nest ni semua golongan boleh amalkan. Tua, muda, laki, perempuan. Semualah. Takde harm apapa. Natural product macam ni sebenarnya lebih bagus dari product-product kecantikan lain macam nak putih semua tu. Anak-anak Poja pon memang makan Bird's Nest ni. Patutlah cantik je kulit. Untunglah Mak dia tauke Bird's Nest kan?


Untuk FG Walet Bird's Nest drink pulak ada 4 flavor. Setiap satu lainlah kebaikan dia. My fav is Aloe Vera and Gula Batu. Korang nak tau, Bird's Nest ni pon is one of milk booster agent tau? Nak banyakkan susu boleh minum FG Walet Bird's Nest Drink ni. Sedap sangat kalau minum keluar dari Chiller. I kekadang kalau stock habes, beli je dekat Petronas. Untuk lebih info, korang boleh follow Instagram FG Walet. Kalau I nak tulis semua dekat sini, esok lusa pon belum tentu habes.


Thank you Poja sebab hasilkan product yang berkualiti macam ni. Personally I kenal cara kerja Poja. Dia memang teliti and memang sustain kalau buat apapa. If nkorang nak dapat harga yang murah untuk Premium Bird's Nest FG Walet boleh beli dekat Go-Shop tapi biasanya kat situ memang cepat la habes. Yang tu Poja pon tak berani nak promote sebab cepat habes. Boleh? Hahahahha. Now I tak sure yang tu ada lagi ke tak dekat Go-Shop. Apapa je yang nkorang nak tau pasal Bird's Nest boleh tanya Poja punya team.

Most important kena ada knowledge pasal Sarang Burung. Bukan tengok 3 botol RM18 terus excited nak beli padahal dalam tu takde pon Sarang Burung. Yang ada pon extract je. Alahai... Lepas tu over claim cakap ada 100% Birds Nest and contain 30% Bird Nest dalam satu botol. Jual pulak RM6.00 sebotol. Logik ke? Kalau dah sekilo Sarang Burung pon RM7,000 macam mana sebotol boleh jadik RM6.00? Taknak kalah pulak tu cakap Premium Bird's Nest. Kata la kalau dia tulis Bird's Nest Extract Drinks OK la jugak kan, ni tak. Pastu kita pon beli. Padahal yang kita minum tu sebenarnya fungus je. Baik potong agar-agar letak dalam air lepas tu minum. Macam tu la lebih kurang kalau nak letak dalam bahasa mudah.

Untuk Bird's Nest product, I suggest belilah FG Walet. Product Melayu Muslim. Itu paling penting. Yang berniaga dengan jujur, yang ikhlas dari hati nak share kebaikan dan khasiat Bird's Nest. Bukan tipu and over claim. Macam I cakap tadi, kena ada knowledge and please jangan mudah sangat fall fengan Bird's Nest product yang murah. Ada sebab kenapa dia murah. Kita consume sebab kita nak kebaikan dia kan? OK lah. Penat bebel. Jom tengok rumah Poja pulak. Kasi korang cuci mata. I'm very proud of you Poja. Look at her now, bina empayar business sendiri sampai boleh beli rumah harga juta-juta macam ni dengan hasil titik peluh dia sendiri. You deserve it. Aku tau nko work so hard.


Rumah Poja ni dalam proses renovation. Bapak besar rumah dia ni. Siap ada lift semua. Bilik ada 10 ke apa entah. 3 tingkat. Siap swimming pool. Pastu dia beli dekat depan rumah Zhaf yang dia duduk dengan Inlaw dia sekarang ni. Hahahaha. Jalan kaki eh dah sampai rumah sana pulak.


Ni I ambik gambar dari tepi. Kona sana, kona sini, naik turun lift, store je ada 3 -4 eh padahal yang nak duduk 4 orang.


Kata Poja, nanti dah siap rumah dia boleh la main masak-masak. Taknak aku. Nak masak kena datang sampai Bukit Jelutong. Nak makan boleh.


Macam biasa, kalau jumpa Poja tak boleh sejam dua. Dia kalau boleh suruh tido rumah dia terus je. Dari tengahari I jumpa, pukul 10.00pm baru sampai Ampang balik.

InsyaAllah ada rezeki kita boleh jumpa lagi. Nanti tunggulah bila semua dah reda, Covid 19 ni dah takde, I bincang la dengan Poja untuk kita kumpul dengan blogger's and sesapa yang berminat nak lebih tau pasal khasiat Sarang Burung ni. Plan dah lama nak buat tapi sebab I busy menyelamatkan dunia so jadik semua menda tertangguh. InsyaAllah one fine day I bawak nkorang jumpa Poja and cerita pasal Bird's Nest ni. I pon rasa macam tercengang-cengang bila Poja cerita. Banyak yang I taktau. Poja ni I tengok dia ikhlas nak share khasiat sarang burung ni dari dia sebok nak orang join business dia. BTW, untuk yang nak dapatkan terus product FG Walet ni boleh check dekat IG dia and tengok agent-agent yang berdekatan. OK? Take care!

-eNd-