Friday, April 10, 2020

Choc Chips Cookies Sedap!

Assalamualaikum.

Harini ada announcement kan pasal RMO ni either habes 15 April ni atau akan sambung. I rasa mesti akan sambung sampai hujung April and will only start kerja 4th Mei tak pon middle Mei takpon semua takyah la kerja sampai raya. Senang sikit jimat duit takyah belanja tapi sebenarnya tak jimat jugak sebab semalam shopping barang baking and baking tools dekat Shoppee eh tetiba RM425.00 hahahahha. Kata Kaklong I, I nak bukak bakery ke? Kenapa yang jadi mahal sangat? Hehe. Tapi Shoppee ni seram jugak. Semalam tengok dalam Shoppee kata barang dah delivered, tapi sebenarnya tak delivered pon lagi. Bila message seller dia cakap Shoppee punya tracking kadang-kadang tak betul, so dia bagi Pos Laju punya tracking number. Tengok baru sampai Ampang punya hub. Tak sampai pon lagi dekat rumah I sebenarnya. Mimy Hamid lagi power, sayur semua pon dia beli dekat Shoppee. Bawang pon. Hahahahaha. I rasa macam kelakar pon ada. Yang tu I tak pernah try lagi. 

Ayways, semalam awal pagi I dah buat Chocolate Chips Cookies. Malam tu dah start browsing resepi and I end up guna resepi ni. Ada banyak version. Ada yang cakap butter dengan gula kena cream sampai light, ada yang cakap kena campur semua asal sebati je. Ada yang letak vegetable oil, ada yang tak. But semalam hasil perbincangan I dengan Huda, dia cakap resepi ni tak semua betul. If dia betul pon kadang-kadang silap dekat side kita which is kita guna cara yang salah. Kalau salah cara pon tak jadi jugak. Maybe kurang uli ke, kurang putar ke, kurang asam ke. Mesti ada silap kat mana-mana but kalau ada error tu nanti kita boleh adjust sendiri. Kira macam try and error lah. But kalau tak berjaya sekali, jangan la give up. Dari situ actually kita boleh berjaya. Macam semalam, I sedih jugak sebab bila cookies I ni siap, I rasa tak sedap. Tak rangup, lepas tu rasa macam terlebih soda bicarbonate. Tapi sebenarnya bila dah lama-lama and I makan malam tadi, Ya Allah.... Sedap je! Cookies ni takde lah siap masak, makan terus and kita expect dia jadi sedap terus. No. Kena kasik rest dulu. Selamat I tak buang. Kalau tak sia-sia je.



My Chocolate Chips Cookies.

Bahan-Bahan

250 gram butter
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 1/4 soda bicarbonate ( I guna 1/2 sudu teh sahaja)
2 sudu teh essence vanilla
3 cawan tepung gandum (1 put extra 3 sudu besar tepung lepas tu sebab adunan lembik)
3/4 cawan choc chips ( I tambah jadi 1 1/2 cawan sebab tak nampak pon choc chips dia sangat if 3/4 cawan je)

Cara Membuatnya
  • Pukul butter, gula castor and gula perang sehingga sebati sahaja
  • Kemudian masukkan telur, soda bicarbonate, essence vanilla dan garam. Gaul lagi hingga rata
  • Masukkan tepung. Kacau sehingga sebati dengan bahan-bahan basah tadi
  • Akhir sekali masukkan chocolate chips
  • Sudukan doh diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170 darjah selama 27 minutes. Masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar
Memang pon. 170 darjah, 27 minutes guna api atas bawah and angin, rentung cookies I. Hahahahha. Dah la penyet jadi macam lempeng. Kaklong cakap sebab adunan lembik sangat. So I tambah tepung, kurangkan suhu and kurangkan waktu bakar then baru lah jadi. Dalam resepi ni takde cakap kena masukkan adunan dalam peti pon. Tapi I did. Masukkan dalam sejam macam tu kasik keras. Sedang masukkan dalam peti pon first batch cookies I jadi lempeng sebab too soft. Bila campur tepung  lagi sikit barulah OK. Adunan tak boleh lembut sangat tau? Ada resepi lain I tengok dia letak tepung jagung as well. Maybe dia akan jadi lagi rangup. Lepas tu ada yang letak nuts. I tak suka. Ada yang letak chocolate rice and milo as well. Ada yang letak chocolate powder. 

I tengok bahan-bahan dia lebih kurang je. But if korang nak guna yang ni pon OK. Gunalah butter yang berkualiti + chocolate chips I suggest guna either Hershey's or Tollhouse. OK? Kalau granulated sugar dia bagi texture crunchy, kalau brown sugar dia macam caramelize and fudgy. Ikut suka la mana mengkome suka. Lepas dah siap, kalau makan terus akan down sebab rasa macam tak ngam. Tunggu la sampai bebetul sejuk 6 7 jam baru la dia rasa sedap. OK?  


Tak nampak kan chocolate chips dia. Tu yang I tambah lagi sikit. Sebenarnya lagi banyak chocolate chips, lagilah sedap. 


Ko tengok first batch, confident je I letak direct atas tray macam tu. Memang hangus la. Hahahaha. Kena letak dalam tray lain tau? Direct macam tu dia akan jadi panas sangat. So goodbye 20 pcs chocolate cookies. Selamat masuk tong sampah.


Ni masa first batch yang I telak atas tray tu selamat la. But tengok chocolate chips dia tak banyak. Dia kata 3/4 cups je. Choc cuips cookies budget ke apeni? Hahahaha.
 

Yayyy dah siap! Adunan ni dapat la 2 bekas kuih raya tu. I rasa cukup untuk 1 rumah. Kalau nak buat untuk 3 rumah samadengan pengsan. 

I tak boleh imagine macam mana orang meniaga dapat order sampai 50-100 balang. Pengsan! Hahahaha. Takperlah. Tak sanggup. Biar buat cake, takde renyah macam buat cookies. Nak buat untuk maakan sendiri OK. Ni malam tadi Sazli makan dengan Shein sambil tengok TV selamat dah. Tinggal la lagi separuh balang je. I pon cakap pada Saz, apapa I buat, Papa makan je semua. Tak payah tinggal dekar I, kalau I nak, I buat lain. Gitttew. Si Shein pulak jari dia tu nak mengutil je. Cookies ni dia carik choc chips je. Terkeluar biji mata I jeling dekat dia. Nak makan, put everything dalam mulut. Dia cakap 'OK Mama. Jangan la marah-marah'. Yerlaaaaa I pesan je.

So amacam, berminat tak nak cuba? Kalau boleh la buat sekarang. Okbye!

-eNd-

4 comments:

Rodiah Amir said...

uih beli dekat shop mane bawang dalam Shopee tu.. mana tau berguna in future hihiih

Chooyaya! said...

Rodiah Amir : Search jer. Nanti keluar.

Maie said...

Kaksu wlpun kita xkomen tp hari2 duk view blog kaksu tau heheh hehhe kita nk try ni nnt 😘

aisha said...

ok.. ni terliur skit... dah tis tis tis dah... nak buat tak nak buat nak buat...... nextttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt