Pages

Friday, July 17, 2020

Main Layang-Layang di Kepong Metropolitan Park dengan Sveta and Hamirah

Assalamualaikum..

Dah lama dah tengok dalam Facebook pasal orang main Layang-layang dekat Kepong Metropolitan Park. Kebetulan memang Mira memang biasa jogging dekat sana so I pon bawak lah Shein pergi sana. I pergi lepas musim PKP2 and tengok orang ramai macam biasa je. Takde sosial distancing and tak pakai mask. Konsep dia redha je la (not good). Actually yang naik main Kite ni Shein tapi yang berusaha keras is Sazli la. I memang failed main Kite. Tak maunya naik. Sama la macam Hamira. Penat je lari, last-last tak naik pooooooon. Hahahah. Habes semua orang kitorang lamnggar. Dah macam Badut pon ada. Eeeee tak faham la macam mana nak bawak naik Kite ni tapi Hamira dengan I nampaknya masih tak give up. Haritu masa beli Kite, siap cakap dekat Nyonya tu 'Kalau tak naik, boleh tukar ke?' Dia cakap boleh. Lepas tu Nyonya tu cakap, 'Kalau tak naik juga, saya tolong you naikkan'. Hahahahahaha.

Masa yang first time pergi tu, Si Sveta pon redha je Mummy dia tak berjaya bawak naik Kite sampai dia cakap 'It's OK, We play invisible Kite'. Lepas tu dua beranak tu buat tangan macam konon-konon kite naik lah. Macam tarik-tarik benang lepas tu Sveta cakap 'Tengok mummy, Kite kita dah naik tinggi'. Sian kan? Tapi yang masa datang first time tu, Alhamdulillah Kite Hamira lagi suka berenang-renang di tanah dari di Udara. Hahahaha. Dia confuse dia punya function. Sebab dia ada tail, so dia fikir dia ikan. Tak payah terbang, berenang je dekat rumput. Hamirah salahkan Kite tu, tapi orang lain pakai yang sama, naik je pulak? Sazli memamg pro and take the flying kite as serious business. Berjaya naik sampai atas paling tinggi dalam dunia. (gitu exaggerate). Si Shein pon sangatlah happy, tapi lepas tu dia lagi seronok main Bubble dengan Sveta. One thing eh, nak datang sini kena bawak RM100.00 S E B A B - dekat sini macam Pasar Malam. Ada jual makanan, air, ice-cream, keropok dan macam-macam lagi. Lepas tu ada Bubble lima hengget sebesen, ada Bubble Pistol, Ada aeroplane and macam-macam lagi. Dapat anak sejenis Sveta semua menda dia nak, so bawak duit lebih tauuuu?


Dah bosan main Kite, main Bubble pulak. Kalau cuaca baik, angin laju semua, memang best la datang sini. Fun sangat. Jangan lupa bawak tikar sebab nak duduk. Kalau takde tikar, boleh beli dekat sana. RM20.00 satu. I pon boleh jogging. 1 full tasik dapat dalam 4km. 



Small world, jumpa pulak dengan Rohaya. Kawan office Mira, and kawan sekolah De I. Dia dengan anak dia Ayish. Mira terhutang budi dengan Rohaya sebab dia yang naikkan Kite Mira. Kalau tak, mungkin harini kecewa lagi. Hahaha.


Sebaya je Ayish and Shein. Sekejap dah geng. Bebudak memang senang nak berkawan. Si Shein now bergambar, kaki nak bengkok je. Tiru Mama. Hahahaha.


Suraya, Rohaya and Hamiraya. Hahahahah. I muka kepam sebab baru siap jogging. Shein tanya I 'Mama why you want to run?' I cakap 'Because Mama fat'. Lepas tu dia tepuk-tepuk perut I and cakap 'Yes Mama, you fat. Go run now'. Well Shein, terima kasih kerana keihklasan you pada Mama. Really appreciate that.


Tengok kitorang siap ada tikar OK? Macam picnic. Tapi open space agak panas. Nak kena bawak Khemah ke macam mana ni sebenarnya? Saz dekat belakang tu macam prop ke apa tu? Hahahaha. Dia punya Kite dah naik elok, tetiba kena sailang dengan Amoi mana entah punya Kite. Lepas tu kena potong benang dia. Benang boleh beli asing. Dalam RM15.00 kot harga dia. Kite pon harga lebih kurang dalam RM15.00 - RM30.00


Sveta and Shein. Sveta ni kuat merajuk. You fikir betul-betul Shein kalau nak serious dengan Sveta OK? Hahahaha.


Dia suruh I ambik gambar dia pegang Bubble. OK. Layan je. Memang tugas Mama ambik gambar Shein and Sveta je.


Tu yang macam Eagle tu la kite kitorang yang boleh naik tu. Takde ekor pon boleh naik. Teori Mira kena beli kite ada ekor baru boleh naik. Tapi dia punya ada ekor pon tak naik jugak pon.


Ramai orang and agak panas. Kalau jenis Princess macam Aliah, tempat macam ni tak berapa sesuai la.  Panas tau? Baby-baby pon I rasa tak sesuai. But sini memang orang ramai giler. Kalau boleh sampai sini dalam 6.00pm macam tu la. Just nice.


Jangan lupa bawak bekal air kotak ke, snacks ke apa ke.


Hi Hamirah, berjaya ke tak tu?



Meanwhile, I jogging la satu pusingan. I suka jogging sini sebab pemandangan best, ada angin... Takde la boring macam dekat KLCC sebab pusing-pusing pon tempat yang sama je. Tu rasa macam jogging setempat je rasa. Hahahaha.

 

I kalau weekend jogging pagi petang sebab poyo nak dapatkan jugak 20km/weekly so kena push sikit la.  One complete round boleh dapat 4km macam tu.

Siap jogging biasanya kitorang akan makan dulu. Shein pon memang susah nak let go Mira. Dia lagi bestfriend dengan Mira dari Sveta. Mira kan get along dengan bebudak kecik ni? Kalau ada gathering dekat rumah I, Mira bahagian melayan kanak-kanak tapi Intan cakap tu semua alasan dia taknak basuh pinggan. Hahahahaha. So far I dah pergi 2 kali. 2 2 hari pon cuaca baik. Shein pon happy. I pon suka datang sini. Walaupon bila nak jogging tu mendapat bantahan dari semua Ahli Jawatankuasa tapi naseb baik I kebal dengan godaan. Taman Metropolitan ni pon bersih jugak. Tasik dia pon takde bau busuk. Cuma nak parking tu je yang susah sikit. Bersepah parking tepi-tepi jalan. Yang lain OK. Ingat, bawak duit lebih. OK? Boleh la nkorang pergi weekend ni. Doa supaya cuaca baik. Happy weekend!

-eNd-



No comments:

Post a Comment