Pages

Wednesday, July 15, 2020

Resepi Pavlova Confirm Menjadi

Assalamualaikum..

Sebab dah a few times I buat Pavlova menjadi so only now I nak share resepi and cara buat OK? I share ni berdasarkan dari kegagalan I yang beberapa kali tu jugak. Hahahah. Tachiu Huda sebab dia lah yang paling merajin menjawab soalan-soalan I pasal Pavlova. Walaupon Pavlova is so yesterday and baru sekarang I gelabah tetek nak buat tapi takpe, kita bagi berbaloi Sazli bagi I Oven ada kipas (Convection Oven). Memang lama dah impian nak buat Pavlova sendiri. 10 tahun ada kot? Hehe. Actually Pavlova ni ada banyak cara nak buat. Resepi pon macam-macam tapi macam biasa, I play safe. Huda ada share dengan I satu IGTV Mat Saleh ni buat Pavlova tak guna cornstarch tapi guna boiling water instead cuma I tak confident sebab I guna hand mixer je. Esok lusa kalau Sazli belikan I stand mixer jenis power, maybe boleh buat macam-macam lagi yang lain. Sekarang I tengah fasa mabok Pavlova sama macam mabok Brownies dulu. Punya angau sampai malam tadi pon mimpi buat Pavlova kaler putih. Parah dah ni.

Actually tips nak buat Pavlova ni senang je. S A B A R. Tu je. Kalau boleh sabar, InsyaAllah Pavlova akan menjadi. Kalau terlebih excited, gelabah tetek, gedik semua memamg confirm tak jadi. Sebab 2x I buat Pavlova lepas tu gelabah kejap nak tengok, kejap nak tengok memang tak jadi la. Rasa macam buang masa je buat semua dari awal, tetiba hasil dia menyedihkan. Pavlova I mendap lepas tu berpeluh macamkan baru lepas exercise. (Jogging ke tu? Hahahahaha) Failed buat pavlova ni usually ada 3 jenis. Failed masa prepare, failed masa bake and failed masa whisk whipped cream. Semua ni I pernah lalui and InsyaAllah dah ada serik dia lah. Semua sebab tak sabar. Hahahahahaha. Padan Muke!


Mango Pavlova. Ni Pavlova paling sedap combination dia. I lagi suka yang ni dari Berries punya. I letak Mango Pakistan yang sebijik namblas hengget lepas tu drizzle dengan orange sunquick. Combination mango - orange memang sedap. Nanti nkorang try OK?
Resepi Pavlova

Bahan-Bahan

Untuk Meringue
1. 6 biji Putih Telur (Gred AA)
2. 240 gram caster sugar
3. 1 1/2 sudu tepung jagung
4. 1 1/2 sudu cuka/lemon
5. 1 sudu kecik esen vanilla

Untuk Cream
6. Whipped cream 400ml
7. 2 sudu icing sugar
8. 1 sudu kecil esen vanilla

Hiasan
9. Berries or Mango (Buah-buah masam)

Cara Membuatnya
  • Panaskan Oven dengan suhu 150' selama 15 minutes (mode kipas/convection)
  • Putar putih telur hingga berbuih (5-7 minutes)
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit
  • Masukkan esen vanilla, tepung jagung dan cuka
  • Putar semua bahan sehingga sebati and sampai dapat soft peak (bila terbalikkan, adunan tak jatuh)
  • Lapikkan baking tray dengan parchment paper
  • Letakkan adunan meringue di atas parchment paper and jauhkan 2 inci dari keliling loyang sebab meringue ni akan mengembang
  • Bakar meringue pada suhu 150' selama 10 minutes dan turunkan suhu ke 120 selama 1 jam 10 minutes. Selepas cukup masa, tutup oven dan renggangkan pintu dalam 2 inch. 
  • Jangan bawa meringue keluar dari oven. Biar sejuk dalam oven selama 2 jam.
  • Putar whipped cream + icing sugar + esen vanilla sehingga kental
  • Letakkan cream diatas Pavlova and hiaskan dengan buah-buahan.
Tips 
  • Pastikan kesemua alatan bebas minyak/air kalau tak nanti putih telur tak kembang
  • Jangan bukak katop pintu oven untuk check pavlova nanti meringue akan kecut and confirm tak jadi
  • S  A B A R
  • Kalau nak buat 3/4/5 biji telur pon boleh. 1 biji putih telur = 40 gram gula castor
  • Boleh kurangkan manis lagi kalau nak tapi I tak jamin meringue akan menjadi
  • Jangan over beat whipped cream. Nak senang and confirm jadi, guna non dairy whipped cream sebab dia tak mudah pecah. Kalau whipped cream Arla texture dia lagi cantik compared to Emborg.



Ni I buat 6 biji putih telur atas tray 10 inch. Besar giler. Memang tak muat kalau tray besar ni.


Dia akan mengembang sampai macam ni. So important untuk nkorang jarakkan 2 inch dari keliling baking tray.


Hasilnya dalam dia lembut macam marshmallow. Luar garing. Still manis jugak I rasa. Imagine resepi asal guna 300 gram Castor sugar untuk 6 biji putih telur. Mampos manis level potong kaki. Pengsan.


Adunan 5 biji putih telur. Kalini dah pandai, so I jarakkan dari keliling baking tray dalam 2 inch.


Hasilnyaaaaa. I suka crust macam ni but next time I nak try bagi dia tak roboh. I nak turunkan suhu kepada 100-110' bakar selama 1 jam mana tau dia jadik putih sikit?


Yang ni I letak strawberry and blackberries yang sisa-sisa dari 1st Pavlova yang tak menjadi tu. Tu sebab jarak dia jauh-jauh . Hahaha. I sagat chocolate and dust dengan chocolate powder untuk effect poyo. Hahahaha.

Kalau beli barang sendiri dekat Jaya Grocer untuk 6 biji telur, cost dia akan jadi dalam RM40-45 macam tu. Still murah sebab biasa dekat Bakery sebiji ni jual dalam RM90-RM120.00 so still berbaloi kan? Nkorang buat la sendiri nanti OK? Sazli pon suka makan Pavlova I ni. Letak dalam peti ais, makan sejuk-sejuk Ya Allah heaven giler. Nanti I nak improvise whipped cream dia. I tengok dalam Youtube ajar nampak macam sedap. Nanti kalau menjadi, I akan poyo lah dalam IG story macam biasa. Hahahaha. Ingat, kunci kepada Pavlova yang menjadi ialah  S A B A R. Kalau jenis tak sabar, boleh buat cekodok pisang instead. OK? Good luck!

-eNd-

2 comments: