Assalamualaikum.
Last week kan Shein dah start masuk new term? Hari-hari dia tanya bila nak duduk 'Big Hotel House'. Taknak 'Small Hotel House'. Kalau Small Hotel House tu rumah kitorang la. Abah beliau pon cair. Shein cakap nak 1 2 3 4 5 days dekat Big Hotel House. Kira punya kira, Sazli ajak check in Jumaat, check out Isnin. I cakap tak boleh la sebab I nak basuh kain, nak siapkan tempahan kek. Cecece semenjak try-try buat cake ni kemain kan? Margin untung tidak la banyak mana tapi kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kekadang I rasa macam penat sangat sangat sangat. Especially hari kerja. Start baking dalam 930pm. Siap semua dalam 1230am sebab nak prepare, tunggu kek masak, kemas dapur semua. Lepas tu if nak pulun sehari 4 biji, pagi 345am dah kena bangun sebab nak kasik siap ngam-ngam untuk I hantar Shein pergi sekolah. Kekadang terfikir, amenda aku buat ni? Hahahaha. Seriously margin untung buat kek marble ni bukan la banyak mana. Kalau guna pure butter tu, lepas tu chocolate pulak nak guna Hershey's, lepas tu drizzle dengan Nutella ada la RM8-RM10.00 je untung satu kek. Dah tu pulak ada yang mintak discount. Huwaaaaa.
Sapa eh haritu tanya I, 'Kaksu, Kaksu tak cukup duit belanja ke?'. Hahahah siot je! I buat sebab I happy.. Penat memang penat tapi I puas. Nanti I calculate la macam mana nak maximize kan keuntungan. I pulak taknak kalah beli bahan. Nak premium je semua. Orang Kek Marble letak dalam bekas plastic transparent je tapi I nak letak board, kotak. Tu naseb baik I tak kasik pisau sekali. Hahahahahaha.
Anyways, back to the stay-cation, kitorang pilih Double Tree Hilton dekat sebelah Intermark tu je. Jalan Ampang. Jarak dari sini ke rumah kitorang kalau tak jem dalam 10 minutes macam tu je. Punya la dekat. Tapi lantaklah. Janji hotel. Hahahahah. I pon suka la sini. Senang nak makan, tak payah bawak keluar kereta sebab Sheindong nkorang cakap 'Eat, Sleep and Swimming only Mama'. Dia taknak jalan, taknak keluar makan apa semua taknak. Nak baring tengok TV and mereput dalam bilik. Naseb baik la sini connect dengan Intermark, takde la I pening sangat memerap dalam bilik. Boleh la keluar pergi Jaya Grocer. Tu yang tetiba bawak balik Pisau Pizza, Food Coloring semua. Hahahahaha.
Best friend dua orang ni. Sazli la melayan Sazli swimming. Sejak dah besar ni, makin senang la nak handle. Suka la Shein dapat duduk Big Hotel House cuma tu lah, taknak keluar. Ajak beli ice-cream pon taknak. Kalau turun makan kat Intermark tu, muka ketat je. Tak abes-abes tanya 'Bila nak go to the room Mama'.
Murah je rate now mana-mana hotel now. Macam Double Tree ni for 3D2N is RM410 macam tu nett exclude breakfast for deluxe room. I decide taknak breakfast sebab I memang tak pandai nak makan banyak-banyak masa breakfast. Buffet ni pening la. Lagipon malas nak jalan cari makanan. Kunyah pon malas. Hahahahah.
Sazli punya bench mark untuk hotel senang je. Lantai carpet, TV flat screen. Ngam dah.
Tengok Si Shein, sempat je lagi dia nak makan. Dia cakap dia Dolphin. Hahahaha. BTW, time PKP ni pool tutup awal. Lepas tu dalam satu-satu masa cuma boleh masuk 20 orang and limit 30 minutes je. Time Jumaat tu OK la, but Sabtu and Ahad pack. Beratur punya panjang.
Jumaat tu I mandi la sekali. Orang pon tak ramai so boleh la mandi sampai pool tutup. One thing I tak suka pasal open pool ni, kalau hujan tak boleh mandi. Yerla, faktor keselamatan. Kalau dekat G Tower or Maya Hotel dia indoor pool. So boleh mandi sampai lebam. Paling best kalau air dia suam. Syok! Air sini sejuk.
Hahahah. Comel la tu? Sazli la banyak melayan Shein. Especially pool time. I memang tak larat nak lama-lama and commit mengadap pool sampai 3 jam.
Naseb dekat sini gym depan pool je. Boleh la jogging atas treadmill.
Malam dinner dekat Italian Restaurant. Porto Romano. Sebab taktau nak makan apa. Tanya Shein, dia nak makan pizza so makan lah kat sini. Tengok la muka kura-kura Shein. Separuh rela nak turun makan. Dia kalau boleh nak memerap dalam office je.
Pizza dia sedap! Kitorang order ni share 3 orang.
Seafood Spaghetti dia pon sedap jugak.
Lunch time, kitorang makan dekat Grandmama's. Sazli cakap nak makan nasi.
Layan la I please? Sian Mama, kurang kasih sayang.
Kitorang makan Nasi with lauk. Sayur I ambik Pucuk Paku Belacan. Sedap!
Kari Kepala Ikan. pon sedap! I suka kalau Chinese Curry macam ni.
Chili Squid. Ni nama I reka-reka. Nama betul dia taktau. Tapi sedap jugak ni. Sazli la nak makan Sotong Celop Tepung. Ni ala-ala Celop Tepong so boleh la.
Tapi kebanyakan kedai tutup dalam 9-9.30pm macam tu. Agak awal. Tapi kalau tutup lambat pon, Shein bukan nak teman I shopping pon.
Malam kedua dinner dengan Oden je. Si Shein mati-mati taknak keluar. Geram je I. Dah la Oden ni apa yang ada je. Makan la sorang 4 ketul kami anak beranak. Settle. Hahahaha.
Actually masa kat sana, Poja (Fouziah Gous) pon check in jugak dengan anak-anak and family belah dia. Dalam 17 orang kot? Tapi I tak jumpa pon. Malas turun. Tu yang Poja selalu cakap 'Ko ke aku yang artis sekarang ni?' Hahahahaha. Tapi Poja jumpa la dengan Saz and Shein dekat kolam. I malas nak pergi gym sebab lari treadmill 5km pon macam takde apapa. Peluh pon tak. Masalah betul. SO maaaaaaaaaaaaaaalas. Semua pon malas malas malas. I dalam kepala fikir balik rumah nak basuh kain, nak buat cake. Tapi takperlah, sesekali stay-cation macam ni boleh la rehat-rehatkan badan. I suka pergi spa urut-urut tapi now semua spa dekat hotel dorang tutup due to MCO. Kenapa eh? Abes kolam boleh pulak bukak. Tak aci betul.
Si Sheindong nkorang masa nak balik macam sedih la. Tapi dah janji dengan dia nak pergi lagi hotel house. Sian jugak kat dia, masa MCO ni 6 bulan dia tak pergi mana-mana. Shein ni hotel apapa pon dia suka je. Janji nama dia hotel. Hahahah. Ni ada la a few date yang dah plan nak pergi jalan-jalan. Semua sebab Shein je. Ni plan nak pergi Lego Land dengan Aliah Atig semua. Bestnya. Boleh makan Kacang Pool!
DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur
The Intermark, 348, Jalan Tun Razak,
Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur.
-eNd-
"bantingtravel.blogspot.com
ReplyDeleteCuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"
Mana kaksu.. I miss u
ReplyDeleteSeluar swimming memang seksi
ReplyDelete