Pages

Friday, December 11, 2020

Kek Sedap By I Bake You. Hehe.

Assalamualaikum..

Hi semua. Sorry sebab dah lama tak update blog. Sebulan ada kan? Ramai yang DM I lepas tu marah-marah sebab I dah lama tak update blog. I memang super busy menyelamatkan dunia. Kan sekarang I dah baking? I mengambil kata-kata Forumers yang cakap 'Rumah dah baru, dapur dah besar tapi Brownies pon buat yang pre-mix je'. SO menyahut cabaran tu, I pon start taking orders and all and now tengah mengasah skill baking and start buat cakes yang lebih mencabar macam Square Red Velvet and Icing Cake as well. So, look at the bright side, I nak ucapkan terima kasih pada Forumers yang kutuk tu. Kalau tak sebab kutukan tu, I rasa sampai sekarang tak jadik apa pon. I owe you guys! Thank you (^-^).

Semalam paling hectic days untuk I. Really. I penat giler sampai I nanges. P E N A T  G I L E R.  Kekadang kalau orders banyak, malam pon I still bake. Esoknya pukul 4.30am I dah bangun. Non stop baking kekadang membawak ke petang. Sakit belakang tak payah cakap la. Sebab I buat semua alone. I ada cakap dekat Intan suruh dia tolong settle pinggan mangkok lepas tu kata Intan 'Bayar by hours la Kaksu. Minimum Intan duduk rumah Kaksu 6 jam'. Dia nak charge sekali time yang dia duduk-duduk tu. Macam ni Tauke Balak pon boleh miskin. Hahahaha. 

Impian I nak ambik 1 day off, lepas tu nak pergi massage, buat kuku, buat facial and all. Tapi tengok jadual and orders, rasanya takkan berlaku la dalam seminggu dua ni. But Alhamdulillah semua OK je and I happy beyond any words I can describe. I happy boleh bake sebab memang dah lama pasang impian nak baking. Disebabkan nak settle Order cakes and pakai braces, I dah lost dalam 10-11kg. Nak makan pon tak sempat. Last month yang I kena admitted tu, from I punya self-diagnose, InsyaAllah I OK. Haha. Doktor-doktor I memang berbulu je kalau cakap pasal follow up treatment and medicine sebab nanti I cakap 'I punya self-diagnose, InsyaAllah I OK and I decide to stop the medicine'. Dapat dengan Doktor Shahrul, ditunjalnya kepala I. Sampai hati. Anyways loveliesssss, I nak share beberapa cakes yang I dah buat. Enjoy and please jangan jilat screen laptop/computer OK?


Yang ni 9x9 Square RV. I letak Kit Kat Balls and Kinder Bueno. Konsep topping cake ialah apa yang ada dalam peti ais. Kekadang plan nak letak Kit Kat Balls, tetiba eh mana semua dah hilang???? Pastu bila tanya Shein 'That's my shokolat Mama'. So apa ko nak cakap? Yang ni RM65 starting price. Nak tambah Nutella, Berries etc for RM5.00/item


Ever Delicious Brownies self-claim. Lantak la. Hahahaha. Kenapa sedap? Sebab I guna semua premium quality ingredient. Pure Butter, Chocolate only Hershey's Beryls, Tollhouse je. Yang takde topping harga RM55.00 for 8x8 inch and tambah topping for RM5.00/ item macam nak letak Nutella ke, Almonds flakes or Strawberry. Kekadang I kasik je FOC sebab saja nak kasik nampak cantik. Hahaha. Alia cukup berbulu dengan I. 'Kak, ko nak meniaga ke nak charity?' Sesapa yang pernah order dengan I, memang tau macam mana I letak Almond Flakes tu macam mana. Sampai ada yang tanya 'Kaksu curah ke almond ni?' I memang suka makan sedap and puas hati so bila bake, I akan buat sampai puas hati jugak lah.


Ni is Jelita Marble Cake punya base but ada customer nak yang with Icing. So sebab tak berapa pandai nak hias, aku letak je bunga ros tiga tangkai. Setangkai RM7.00 lepas tu yeah, tetiba lupa nak claim bunga tu punya harga. Hahahaha.


Haritu Farah Officemate I nak order Petite RV. Yang ni size 6 inch. Good for 2-3 person. Boleh la kasik sesapa as a prezen. Harga start dari RM45.00 and ikut le mengkome nak letak topping apa. Yang ni I letak Blueberries and coklat jugak. Dalam I buat 3 layer and letak Nutella. setiap lapis.


Mango Pavlova 2 layered. Untuk satu layer harga is RM55.00, 2 layered RM65.00 for Mango topping. Nak berries additional RM8.00. Pavlova I size 10 inch and kalau makan memang puas hati. Haritu buatkan untuk anak buah I Kakyang, dia cakap sampai taktau nak potong macam mana. Debab sangat.


Yang ni is Berries and Nutella Square Red Velvet size 9 x 9 inch. I buat 2 layer and lapis dengan Nutella dengan sangat generousnya. Insyallah puas hati. So far memang RV ni kegemaran setiap insan yang pernah order. Yang ni RM75.00 and berat approx dalam 1.6-1.7kg sebiji kek.


Tak boleh nak decide Brownies or Red Velvet? It's OK. Kita buat Combo punya. Yang macam ni is RM75.00 sebab kata Zee 'Sue, you buat yang paling sedap'. SO kalau sedap dia kena ada Nutella and Berries. 


Kata laaaaaaaaaaaaa kalau korang nak makan 2 orang je or rasa size 9x9 tu terlalu besar, boleh ambik yang petite size. Yang ni size 6' and price start dari RM45.00 sahaja.


Yang ni pulak is German Cookies. Dia ala-ala Butter Cookies but of coz la lagi sedap and poyo sebab dia melt dalam mulut. Manis-manis manja and I menggunakan pure butter ONLY. RM30.00 untuk sebalang macam ni. Dalam dia ada dalam 50-55 pcs macam tu la. I isi sampai penuh.

Untuk postage Brownies and Cookies je yang boleh. I charge RM10.00/postage walaupon harga sampul pre-paid RM10.90 tak masuk bubble wrap semua. Hehe. Untuk cakes area KL boleh delivery by Mr Speedy, Lalamove, Grab segala mala or boleh pick up dekat rumah I di Ampang. Untuk more cakes and update boleh check out dekat IG @_ibakeyou tau? I baked always with love and semua I do alone. Untuk sale Jumaat-Sunday I akan infakkan. So nanti I mintak Mama Intan aka Sally Kitchen untuk masak and cari la mana-mana rumah anak yatim untuk kita sedekahkan makanan. Ada rezeki lebih, I belanja ice-cream jugak. Dah doing this since start the business. Dalam rezeki I, ada rezeki budak-budak ni jugak. 

Now Sally Kitchen pon dah eksyen taknak ambik order I every week, so bila masa dia free baru la dia akan buat. SO, ada hari yang dorang free kita akan buat la infak tu. Mana minggu yang Intan tak boleh buat, I akan kumpul. So, dalam pada nkorang membeli dengan I, ada bahagian jugak untuk nkorang sedekah pada anak-anak yatim ni.Usually I akan update dalam IG Story. 



Ni salah satu rumah anak yatim yang Intan cari untuk Projek Infak ni. I pon dah lupa sebab dah banyak tempat kita infak. Yang ni kita bagi ice-cream jugak. Thank you Intan. I pesan pada Intan, Intan jangan lupa ambik upah duit minyak tau? Sian dia kehulu-kehilir beli barang untuk Mama dia masak and dia deliver kat rumah anak-anak yatim ni.

Di kesempatan ini, (dah macam ucapan hari raya), I nak ucapkan terima kasih pada all the love and support yang korang berikan pada I. Yang mengulang order semua, al-hamdulillah and terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah I akan cuba baiki mana-mana yang I boleh improve and tolong doakan supaya I boleh keep on continuing this so nanti weekend kita boleh sama-sama dapat happykan anak-anak yatim ni pulak OK? Apapa korang boleh DM I dekat IG @surayasulatin or WhatsApp I dekat 0129184042. Nanti zaaaaaaaaaaaaaaaap I akan reply. Thank you so much! (^_^)

Love,
Suraya aka Makcik Kek

-eNd-

4 comments:

  1. Wow, boleh Tanya icing or whipped cream topping guna dairy whipping cream Dan butter juga? Atau non-dairy Dan non- butter, kerana butter Dan non dairy akan melt

    ReplyDelete
  2. All the best dear.. cantik sangat cakenya tu.

    ReplyDelete
  3. Seronok dia lain mcm bila dpt baca update dari kaksu by blog.. Sorry kita xde ig fb mahupun tiktok 😅 moga makin mencurah2 rezeki untuk kaksu n tenaga yang berterusan untuk buat kek yg cantik2..

    ReplyDelete