Assalamualaikum...............
Haaaa panjang I kasik salam. Hahaha. Sian sangat dekat nkorang tertunggu-tunggu new entry sampai ada yang cakap 'Kaksu tolonglah update blog, bagi salam je pon takpe. Taknak share pasal masak and menda-menda lain pon takpe. Janji new entry ada'. HAHAHAHAHAH. Pastu I letak poll 'lepas ni nak jual sambal apa?' dijawabnya 'Taknak sambal, nak new entry'. Pundek je kan? Hahaha. Yerla-yerla. I update la ni. Minggu ni tak busy sangat sebab I decide untuk focus on diri sendiri je. Stop production Sambal Air Mata and Sambal Crispy until Monday and focus on Cakes je. Order cake memang masuk hari-hari alhamdulillah and I manage it alone and minimal help dari Kaklong. Tak sangka kan sekarang I buat cake wei? Ingat tak dulu I buat cream puff jadi kura-kura? HAHAHAHAHAHAHAH. Pastu ada orang kutuk I dalam forum cakap I buat Brownies pon beli pre-mix nak kecoh, well sekarang I dah buat cake. Dah jual pon. Amacam? Haaaaaa. Sambal, Cakes semua I buat sendiri. Alone. Takde sapa tolong. Penat takyah cakap la. Kekadang tido 2am siapkan packaging postage sambal. Seawal 5.00am I dah bangun start buat cake pulak. Penat takyah cakap la. Kekadang I terfikir, mana datang semua kekuatan I buat semua menda ni sendiri? Fikir punya fikir, I dah ada jawapan dia. Because makan and masak is my passion. I enjoy buat and seronok share makanan sedap-sedap pada orang yang ada faith on me. Kekadang fikir balik, mana untungnya I buat Brownies guna pure butter, imported chocolate dengan walnuts and almond macam curah atas cake but takpe. I nak orang makan sedap. Rezeki tu nanti Allah bagi dengan cara lain.
Hamirah and Intan ada la tolong sesekali dengan upah RM50-RM80 dua jam. Mahal giler upah. I ada terfikir nak mintak orang tolong jugak. Now masih dalam MCO tak kerja takper lah. Nanti dah start kerja balik (yang tak tau bila) I plan nak cari orang handle postage, handle packaging semua. Tapi ada ke yang nak kerja part time macam ni? Bebudak sekarang nak ke gaji RM1,000 sebulan kerja bungkus-bungkus sambal segala? Pastu ada jugak terfikir dah taknak kerja, nak focus on apa yang I buat sekarang ni and expand. Hurm, macam best jugak but then, kali ni kalau I nak jadi a real entrepreneur I nak belajar selok belok perniagaan and penuhkan ilmu di dada and takde dah nak main redah buat suka-suki macam ratus-ratus ribu tu takde erti kalau tak balik modal and mendatangkan keuntungan.
OK. Dah bosan ke tu baca entry I setakat ni? Jangan nak bosan. Banyak lagi ni I nak cerita. Nak sangat kan entry baru? Ko tungu. Banyak lagi I nak membebel ni. Ko sabajab.
Untuk tahun 2021 ni apa kata kalau kita focus pada yang penting je? Someone ajar I. 'Life... is simple, if you simply look at it'. Jangan nak make it complicated. Semua pon kita chill je. Kita kena tau, setiap apa yang terjadi tu ada hikmahnya. Ada sebab Allah nak kasik. ADA SEBAB. Dia takkan bagi saja-saja SEBAB DIA TAU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA. Betul. Memula memang kita akan crack, down. Rasa macam ada batu hempap atas kepala and dah susah nak move on semua. Nak down, nak nanges, boleh. Silakan but life move on babe. Move on. Get up. Chin up. Teruskan hidup. Believe me, time will heal. Appreciate dengan apa yang kita ada sekarang, count our blessing and yang penting, siapa yang ada dengan kita, masa kita tengah jatuh tersungkur. Itu sahaja. Jangan dah nak terhegeh-hegeh please pada orang yang tak sudi. Taknak kawan? Sudah. Move on. Orang tu add value tak dalam hidup nkorang? Bagi makan tak? Bagi duit tak? Kalau takde, blah (and boleh blah). Well, memories sesekali akan datang balik but if the friendship tu pure, ikhlas, InsyaAllah it will come back. But if dia tak come back, sebenarnya kita patut tau, Allah sayang kita. Dia pisahkan kita dengan orang-orang yang tak sepatutnya. Tetiba I fe-feeling macam Ebit Liew sebab dia selalu cakap 'Allah sayang kita'. Haha. Sesambil.
OK sambung.
Tak payah dah fikir pasal apa orang kata, apa orang fikir. TAK PAYAH. Sebab apa? Sebab manusia kalau tak suka, dia akan carik 1001 alasan untuk membenci kita tak kisahlah sebaik mana, terbaik mana kita buat. They just couldn't careless. Really. Tahunya nak mengata, nak menjatuhkan semangat kita je. If ada seorang dua yang baik, yang sayang kita IKHLAS just keep that person. Dah nampak perangai ala-ala toxic, blah. Tak payah dah nak fikir. Dah tua dah kita semua... Ni bukan zaman sekolah 'EH sedih la dia taknak kawan aku' lepas tu nak feel left out semua sebab tak dapat lepak dengan kawan sekufu dekat cafe hipstur buat video tiktok. Aduh. Tak payah buang masa fikir bukan-bukan rasa semua orang buat nak menganjing and nak bagi kita jeles. Tak payah, OK? Tak payah. Kita semua ni 10-15 tahun lagi dah nak menopause pon hahaha. Percaya pada instinct atas tahap keikhlasan orang berkawan dengan kita. Kawan ni banyak jenis. Opportunist, nak tumpang glemer (macamkan glemer sangat hahaha), nak himpit sebab nak tau rahsia, nak berkawan sebab dah takde pilihan semua. Ada. Ramai. But, percayalah. Kawan-kawan sejenis macam ni, dia takkan kekal lama. Bahagianya akan sekejap sahaja. Betul.
Tapi. Apapa pon yang kita rasa tak berkenan di mata kita, sakitnya hati kita, terlukanya hati kita ni sebab perbuatan seseorang, always remember... Jangan sebab kita ada rasa dendam, sakit hati, lepas tu kita rasa taknak maafkan dia and kita nak 'tuntut di akhirat' so called, menjadi asbab untuk kita tak dapat masuk syurga. Well, sembang kari. Sebab I pon sebenarnya sampai sekarang masih tak dapat nak maafkan SEMUA orang yang pernah put me into tough position. Hahaha. Allah jua maha mengetahui. Sekarang memang I tak dapat nak maafkan. Not now, but I hope one day... InsyaAllah time will heal. One thing kita kena percaya, setiap apa yang terjadi tu, ada hikmahnya... I memula rasa macam susah nak accept but lama-lama I rasa, Allah dengar doa I. I mintak yang tu, dia bagi yang tu dengan cara yang lainlah tapinya. Sampai hati. Haha.
Anyway....I sangat busy menyelamatkan dunia sekarang. Dah naik pangkat jadi General Power Rangers Kuning. Hahahah. Kalau sayang I, nak tau update pasal I everyday, since I dah tak berapa sangat update blog ni sebab rasa 'adakah blog masih relevan?' You guys can always follow me at my Instagram. Personal @surayasulatin Business (cecece) @_ibakeyou Sekian sahaja entry I untuk malam ni. Dia macam ala-ala motivational punya entry la. Padahal takde apa pon. Bebel-bebel manja je. I hope nkorang semua jaga diri sekarang ni OK? Bahaya sebab covid cases everyday pon tinggi. I pon taktau sampai bila la kita nak kena hidup macam ni. Shein pon dah almost setahun tak sekolah. Online class dia, mau la dia masuk 1/2 hari dalam seminggu. Tu pon class 1 and 2 je. English and Math. Selebihnya penat la, nak mati lah semua cukup. Yuran jalan macam biasa takde discount apa. Mak dekat kampung duduk sorang. Nak balik Pahang pon dah tak boleh. Nak keluar makan, nak shopping pon dah tak boleh. Hotel House pon dah lama tak pergi sebab tak boleh mandi Swimming Pool. Banyak menda dah tak boleh and kita kena biasakan diri dengan new norm ni.
Seriously I rasa 2020 habes macam tu je. Now 2021 pulak dah nak masuk tengah bulan dua. I dok terfikir kalau lah Raya Aidilfitri kita masih tak boleh rentas daerah, alahai sedihnya... Nak raya kat Pahang... I nak kita semua hidup normal balik macam dulu. We almost berjaya dulu, tapi entah hanat mana lah punya pasal (you know lah sapa kan?) tetiba Covid naik balik. Haish. I rasa sekarang ni, Government pon macam dah tak boleh nak buat apa. Nak sekat apapa, macam mana dengan ekonomi. Nak dibiarkan nanti cases akan makin tinggi so apa kita boleh buat sekarang is, kita jaga diri sendiri je. Yang penting esok I nak makan Durian Kotak Musang King 500 gram. Haritu 1kg beli, I sorang makan. Shein tetiba tak suka durian cakap dah gemok la apa la. Time aku beli sebiji ada 5 ulas, time tu semua durian dia punya. Time beli sekilo boleh dia cakap dia dah gemok so esok I nak beli durian lepas tu makan puas-puas. Harap Hamirah tak baca la entry ni, kalau tak dah nak kena share dengan dia pulak. Sekian entry malam ni disudahi dengan impian I untuk makan Durian Musang King esok pagi. Masih berkisah tentang makanan.
Tapi now, naik sikit badan pon takde hal. Sebab apa? Sebab ada Burn Iced Tea! Hahahahha. Actually journey I dengan Burn Iced Tea ni asalnya sebab I nak review je. Lepas tu macam best and menjadi, why not I share dengan orang yang suka makan, tapi tak suka gemok? SO now I dah jadik Dealer Ampang for Burn Iced Tea by Avenys. It's really work on me and berpuluh-puluh orang yang dah try BIT ni. Busuk-busuk pon habes sekotak akan turun 1.5kg macam tu. Ada yang turun 8 kg tak habes 2 kotak pon.
-eNd-
uhuuuuuuuuuuuuuu.... bila nak daoat kek ni... dah menjijis air liur hari2 natap gambar... nak delivery tak baloi plak rasa... huwarghhhhhhhh
ReplyDeleteTq dear su, for your new entry.. I amm looking forward for it everyday.. despite im just yr silent reader..yr entry makes my day brighter...
ReplyDeleteyou are very kind hearted, talented and multitasking... keep up the good motivation..may Allah grant you his blessing in everything u do..
Cheers..
yr silent reader
woww.. sambal air mata.. sure meleleh ayaq mata makan ni.
ReplyDeletetest
ReplyDeleteAssalam, bile share info Waktu yg betul utk minum BIT tu? Kene minum Pagi²sblm bfast atau bila?
ReplyDeletekak suuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu where are you
ReplyDeleteLove u su ❤
ReplyDeleteTk jumpa number whatsapp nk beli burn iced tea
ReplyDelete